Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua yang sudi bertandang.
Kakchik rasa terpanggil untuk menulis tentang isu di atas. Beberapa hari ni kita dihebohkan dengan isu khatib mendoakan orang bukan Islam dan perihal seorang Ahli Parlimen bukan Islam yang memasuki masjid dan berucap di dalamnya.
Dari pembacaan kakchik, mendoakan bukan Islam agar dibukakan pintu hatinya untuk Islam tidak salah. Cuma mungkin waktu untuk mendoakan itu yang jadi isu, kerana khatib berdoa di dalam khutbah Jumaat. Dan orang yang didoakan pula ialah seorang pemimpin bukan Islam yang terkenal. Allahu'alam, gunakan mata hati dan akal kita sebagi orang Islam bukan orang Melayu untuk membuat penilaiannya.
Semalam, bising pula isu pemimpin bukan Islam, wanita, masuk ke masjid dan berucap di dalamnya. Kedua-dua isu menjadi besar bila dikaitkan dengan politik. Punah sungguh. Dari apa yang kakchik tahu, pemimpin itu masuk kerana dijemput berucap selepas beliau menyumbangkan RM1K untuk masjid/suaru tersebut.
Takde salahnya. Sebab dia bukan masuk dengan hajat nak mengkhianati masjid. Mungkin ada yang tak senang dengan pandangan kakchik ni. Tak mengapalah. Kakchik cuma memberi pandangan berdasarkan ilmu kakchik dalam Islam. Tak banyak mana pun tapi sentiasa ditambah.
Cuba dengar apa kata Dr. Danial Zainal Abidin, seorang pakar perubatan, ahli akademik dan penulis buku tentang hal ini. Lepas tu fikirlah baik-baik dan buatlah kesimpulan terbaik.
Jangan sampai kita ikut pandangan orang secara membabi-buta saja. Ikut dengan ilmu dan faham barulah kita tidak hidup sia-sia.
Inilah bahayanya politik kak chik, perkara seperti ini boleh diperbesar2kan sehingga Islam itu dipandang terlalu rigid.
ReplyDeletepolitik itu bahaya jika dikotori kak tapi selagi kita nak menyampaikan Islam ni, politik tak boleh ditinggalkan kerana pemerintahan negara adalah politik. cuma cara sebahagian orang politik negara kita ini kotor menyebabkan ramai yang salah faham.
ReplyDelete