Followers

16.8.10

My Culinary Adventures

Assalamualaikum dan salam Ramadhan mubarak. Selamat meneruskan ibadah puasa untuk semua teman-teman.

Dah hari ke berapa ya kita berpuasa? Nak cukup seminggu dah kan? Sekejap saja masa berlalu. Waktu berpuasa pun dirasakan sebentar saja. Tidak macam dulu-dulu. Keletihan pun tidak begitu terasa walaupun kakchik melakukan banyak kerja. Mungkin juga sebab banyak kerja dan tak banyak masa boleh duduk-duduk saja itulah yang menyebabkan kakchik tak sempat nak rasa letih.

Blog My Culinary Adventures

Di bulan puasa ni, tak sah kalau tak cerita pasal masak-memasak dan hidangan berbuka juga bersahur. Kakchik tak tahu orang lain tapi kalau kakchik sendiri tujuannya hanya sekadar berkongsi cara kami berbuka - sederhana lebih baik dari berlebihan. Nafsu nak membeli pelbagai juadah itu ada cuma tidaklah kuat sangat. Selalunya bila nampak pasar ramadhan, yang kakchik terfikir ialah, "kalau beli... nanti kan membazir." maka tak jadi beli lebih-lebih. 

Kalau teman-teman perasan, kat dalam blog Keluargaku Sayang ni kadang-kadang ada kakchik letakkan gambar makanan yang kakchik masak tapi takde resepinya. Sebenarnya kakchik ada satu lagi blog yang khusus untuk letak resepi. Namanya My Culinary Adventures, sesuai dengan sifatnya yang merekodkan jenis masakan yang kakchik buat dalam perjalanan kakchik menjadi mahir memasak. FYI kakchik ni mula betul-betul memasak bila dah kahwin jadi banyaklah lagi kena belajar.

Kalau ada yang berminat nak cuba resepi mudah, ringkas dan sempoi yang kakchik suka buat tu, singgahlah di My Culinary Adventures. Tak banyak sangat resepinya sebab blog pun masih baru dan kakchik pun bukan selalu memasak.

Oleh kerana dah ada blog khusus maka kakchik tak letaklah resepi kat sini. Itu je yang kakchik nak maklumkan.

6 comments:

  1. salam kakchik...
    no celcom 0132179759 tetinggal kat rumah....
    no maxis ejat 0176010712

    ReplyDelete
  2. salam kak chik,

    Terima kasih kak chik kerana sudi berkongsi recipe ngan membaca. kak chik ni sangat pemurah. Akka selalu gak tengok Culinary Adventure kak chik tu cuma tak sempat lagi nak cari recipe roti kak chik..Insha ALLAH nak cuba, tapi tak tau le boleh menjadi cantik macam kak chik. Selamat berbuka puasa kak chik.

    ReplyDelete
  3. tq for sharing kak chik..dah jenguk..nanti sy add ke dalam blog list sy ye

    ReplyDelete
  4. wkslm ejat. thanks for the numbers.

    ReplyDelete
  5. wkslm kak azah.

    sama-sama kak. resepi mudah2 saja kak azah. yang banyak guna bahan kakchik tak berapa suka sebab leceh. kalau akak cuba resepi kakchik, insyaallah akan lebih baik dari kakchik.

    ReplyDelete
  6. sama-sama catlina. thanks in advance.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs