Followers

22.8.10

Tak Boleh Buat Jualan Murah Kalau Takde Lesen

Assalamualaikum dan selamat meneruskan ibadah puasa.

Petang ni kakchik nak cerita pengalaman kakchik berbisnes dalam pusat membeli-belah. Sekarang ni bulan Ramadhan jadi semua peniaga nak mengadakan jualan murah atau sale. Kakchik pun tak ketinggalan tapi hanya dalam skala kecil saja.

Sumber imej dari sini.
5 tahun sebelum ni pun kakchik buat juga tapi masa tu kedaibuku kakchik bukan dalam shopping mall. Selalunya kakchik cuma gantungkan poster bertulis SALE di dalam kedai sebagai daya penarik pelanggan. Dan kakchik maklumkan hanya sesetengah buku saja yang ada diskaun dengan meletakkan tanda Less 50%, Less 30% dan seumpamanya.

Rupanya tak boleh buat begitu... Ahad lepas ada pegawai dari Kem. Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang singgah. Beliau macam nak marah je sebab kami letakkan tanda-tanda tu sedangkan tak ada surat kebenaran @ lesen. Tapi selepas kakchik dapat bercakap dengan beliau (masa dia datang kakchik di luar) melalui telefon, barulah dia jelas dengan sebab-sebab kami.

Tapi kakchik telah belajar sesuatu hari tu. Bukan boleh mudah-mudah nak letak tanda diskaun atau tulis perkataan SALE dalam kedai kita terutama bila kedai itu dalam shopping mall. Dulu-dulu bila pegawai KPDNHEP masuk takde pulak tegur.

Takpelah, kakchik tak mahu disaman ke apa, baiklah. Kita turunkan aje semua poster SALE itu. Kata seorang peniaga, pegawai-pegawai dari segala macam kementerian dan jabatan akan turun ke shopping mall dan hati-hati, kerana ada yang mencari 'suapan' dan menipu.

Semoga Allah lindungi bisnes kakchik.

8 comments:

  1. kedai sy yg bukan dlm mall pun kiranye tak leh jugak la kan letak sale gitu..

    sy pernah dgr jugak org dalaman ni nak cari suapan....sengaja je ckp itu ini..tambah2 nak raya ni..

    ReplyDelete
  2. bukan senang nak berniaga ni kan kakchik..

    ReplyDelete
  3. saya datang sini, lama sudah tidak berblog...

    saya pun baru tahu kena ada lesen.. hehe

    ReplyDelete
  4. agaknya memang dah jadi macam tradisi lah diaorang ni mesti kasi undertable. Hopefully tak terkena pada kak chik.

    Macam mna negara nak maju kalau corruption merata2 berlaku.

    ReplyDelete
  5. asha, dulu masa kedai kakchik kat rumah kedai, ok je. kakchik ada tanya pegawai tu kenapa selama ni ok je? dia kata memang tak boleh dan mmg sasaran utama di mall. tak acilah macam tu.

    ReplyDelete
  6. betul dni. macam2 dugaan dah kakchik alami sepanjang 7 bulan di situ.

    ReplyDelete
  7. wan, yang hairannya kedai2 lain tu especially yg tokehnya cha ya nun alif takde pulak diorang nak komplen.

    ReplyDelete
  8. kak azah, harap2nya tak terkena kak. ada juga sedikit rasa bimbang. kita berniaga hati ingat ini sunnah nabi, mungkin ada orang tak senang hati dgn kita. mohon Allah lindungi je. yang nak makan suap tu ada kak. kita je yg kena berani dan tegas.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs