Followers

4.8.10

Mati Misteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik tahu, kita semua dah terlalu biasa membaca berita jenayah di dada-dada akhbar. Sekali-sekala kita baca pasal orang membunuh diri sama ada terjun bangunan, jatuh bangunan, gantung dengan tali dan macam-macam lagi. Tapi hari ni, seluruh negara membaca berita gempar seorang bekas ADUN mati bersama bekas pembantu peribadinya dalam keadaan 'misteri'. Siapa tembak siapa? tajuk depan akhbar Harian Metro.

Kedua-duanya mati akibat kesan tembakan. Dan polis kata kedua-dua tembakan adalah dari dalam kereta. Konklusi mudah bagi yang membaca laporan tu tentulah mengatakan mesti salah seorang dari mereka telah menembak pasangannya kemudian membunuh diri sendiri. Dua DOSA telah dilakukan. Malah mungkin DUA DOSA itu adalah lanjutan dari ... dosa-dosa yang lain? Allahu'alam. Ini cuma konklusi ringkas je. Jangan pakai. Kena tunggu laporan polis juga.

Misteri. Kita doakan kes ini cepat diselesaikan oleh pihak polis. Kes profil tinggi macam ni jangan biarkan senyap begitu saja. Bila dah lapor dalam akhbar tu, rakyat tentu nak tahu apa hasil siasatannya.

Petikan laporan myMetro:

Tembakan dari dalam

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Shamsul Munir Safini dan Abdullah Wahab
am@hmetro.com.my
2010/08/04

Kedua-dua mereka dipercayai ditembak dari jarak dekat berdasarkan tiada bukti tembakan dilepaskan dari luar kenderaan. Siasatan awal polis mendapati terdapat satu kesan tembakan pada kepala Abdul Aziz manakala kepala Siti Rohana mempunyai dua kesan tembakan. Polis turut menemui sepucuk revolver .38 milik Abdul Aziz dalam Toyota Caldina dinaiki mereka. (Kenapa ada dua pada Rohana?)

Difahamkan, kereta berkenaan yang dipandu Abdul Aziz adalah milik Siti Rohana. Ibu tunggal beranak empat itu aktif dalam politik dan pernah menjadi pembantu peribadi kepada Abdul Aziz dan kini Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi semalam, petugas lebuh raya mulanya menyangka mangsa terbabit dengan kemalangan biasa, namun terpaksa memanggil polis sejurus mendapati punca kematian kedua-dua penumpang kereta berkenaan akibat kesan tembakan.

Susulan itu, sepasukan anggota polis unit Forensik Selangor bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis turut menemui sepucuk pistol dalam kereta berkenaan dan senjata itu kini dihantar ke makmal forensik untuk siasatan lanjut.

“Terdapat dua peluru yang masih berada dalam chamber pistol (revolver) manakala tiga bekas peluru yang sudah digunakan di dalam chamber. Saya meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

“Mungkin ia kes pembunuhan atau sebaliknya. Adalah baik sekiranya polis melakukan siasatan lebih rapi terlebih dulu,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Anak bongsu Abdul Aziz, Mohd Anis Hisham, 33, berkata dia mengetahui kemalangan menimpa bapanya sekitar jam 12 tengah hari, selepas mendapat panggilan telefon daripada rakannya lalu bergegas ke lokasi kejadian sebelum ke Bilik Mayat Hospital Sungai Buloh.

“Saya masih tidak dapat memastikan sama ada bapa saya mati ditembak atau sebaliknya. Apa yang saya tahu, dia sememangnya memiliki lesen senjata api selain menyimpan sepucuk pistol model revolver .38.

“Senjata api terbabit yang digunakan untuk tujuan keselamatan kerap dibawa bapa sejak dia menjadi Adun antara 2004 hingga 2008,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati sanak-saudara mangsa serta beberapa ahli politik termasuk Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Azeez Abdul Rahim, berada di pekarangan bilik mayat HSB bagi menziarahi mangsa dan mengetahui punca sebenar kejadian.

Menurut Mohd Anis, dia hanya mengetahui bapanya ditemani Siti Rohana dalam perjalanan ke Tanjung Karang dari Petaling Jaya bagi menghadiri aktiviti yang dijalankan Umno bahagian berkenaan.

Anggota Exco Pemuda Umno Malaysia itu berkata, kali terakhir dia berjumpa ayahnya awal pagi semalam sebelum keluar meninggalkan rumah yang didiami bersama keluarga di Shah Alam.

“Kami bersarapan bersama sebelum membaca akhbar di ruang tamu sebelum keluar untuk urusan masing-masing. Ayah saya adalah mentor saya dan dalam karier politiknya dia disegani semua lapisan masyarakat di kawasannya,” katanya.

Menurutnya, Abdul Aziz kini memegang jawatan sebagai Bendahari Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor dan banyak menghabiskan masa dengan kerja kebajikan.

Difahamkan, selain Mohd Anis, mangsa meninggalkan dua lagi anak iaitu Nor Azila, 40, dan Nor Azian, 37, serta empat cucu.

14 comments:

  1. salam, kakchik..

    malam tadi tengok berita dni pk cemtu gak.. tapi ada satu lagi misteri.. mungkin ada bunuh dua orang ni... kan.. entahla.. susah nak pk... hairan juga..

    ReplyDelete
  2. sedih isteri ngan anak2 dia kan bila dpt kabar berita mati begini..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Chik,

    Apa2 pun kita jangan berburuk sangka. Sebarang kemungkinan boleh terjadi. Hopefully perkara ini dapat diselesaikan dengan telus oleh pihak polis dan keluarga kedua belah pihak menerimanya dengan tenang dan kita semua menjadikannya sebagai ingatan dan ikhtibar.



    p/s : Politik itu memang kotor.

    ReplyDelete
  4. jgn la hendaknya sampai mengasibkan ahli keluarga yang masih hidup.

    ReplyDelete
  5. SALAM KAK CHIK;
    ENTAH LA KAN MEMACAM KES SEKARANG NIH KEKADANG RASA TAKUT PUN ADA BACA SURATKHABAR SEKARANG...

    ReplyDelete
  6. salam chik
    macam nak sehidup semati je..wallahulam..

    ReplyDelete
  7. sekarang nih, macam-macam berita tentang kes kematian ditembak..

    Nak keluar rumah pun takut.. =(

    ReplyDelete
  8. wkslm dni, kemungkinan ada pihak ketiga tu polis kata takde. hanya antara mereka berdua saja. Allahu'alam, ini di luar penglihatan kita. Moga2 kes ini selesai segera sblm makin byk spekulasi dibuat.

    ReplyDelete
  9. Betul jue, kakchik rasa hidup mereka berubah banyak selepas peristiwa ni. Trauma tentu dialami oleh isteri dan anak-anak juga pihak keluarga arwah Rohana.

    ReplyDelete
  10. Wkslm kak azah,

    kakchik pun harap kes ini diselesaikan dengan telus dan baik. Politik Malaysia yang kotor kak. Politik Islam cara Nabi tak ramai yang mahu ikut sebab tiada kepentingan duniawi.

    ReplyDelete
  11. one z, kita harap begitu tapi media mungkin fikir lain.

    ReplyDelete
  12. Wkslm shiori,
    kita jadi takut kakchik rasa sebab mainan media yang mempengaruhi minda dan jiwa kita. Memang media kena lapor tapi cara melapor itu menyebabkan tanggapan terhadap keselamatan negara semakin menakutkan.

    ReplyDelete
  13. shira, keselamatan kita semakin tidak terjamin skrg ni. senjata api pun macam makin mudah diperolehi. segalanya makin teruk bila zaman makin ke penghujungnya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs