Followers

17.8.10

Kucai dalam kuali

Assalamualaikum. Jom kita berseronok dengan bahasa. Bahasa Malaysia kita ni memang mewah sekali. Lain negeri, lain daerah, lain penggunaan dan lain pula maksudnya. Kalau kita rajin membaca, selalu beramah-mesra dengan orang dari pelbagai negeri, nahu bahasa kita akan bertambah. Insyaallah.

PADA hari pertama Ramadan, Liza dipelawa oleh rakannya, Aznor berbuka puasa ....

Gambar hiasan dipinjam dari blog Kak Kamsiah

Liza: Terima kasih laa, ajak aku berbuka sama dengan kau. Kalau aku aje, alamat beli nasi bungkus le jawabnya, tinggal sorang. Dah le hari ni hari pertama ....

Aznor: Yang lain gi mana?

Liza: Balik kampung masing-masing. Semua pakat ambil cuti balik kampung nak sambut puasa dengan mak bapak!

Aznor: Ooo ... nasiblah aku terlintas nak ajak kau, lagipun aku pun tinggal sorang gak petang ni. Eh! Kau kenapa tak balik kampung gak? Selalunya kau balik kampung sambut puasa ni.

Liza: Memanglah! Hasrat hati memanglah nak balik kampung, tapi tak boleh cuti. Boss kata kalau cuti sekarang, raya nanti boleh cuti dua hari je. Syukurlah kau ajak berbuka ni, aku tak pernah berbuka hari pertama puasa sorang-sorang tau!

Aznor: Ajak tu memang ajaklah, tapi kau kena tolonglah, kawan-kawan serumah aku semua shif petang, tinggal aku sorang terkontang-konting masak!

Liza: Ya lah! Aku nak tolonglah ni ... eh! kaumasak apa tu?

Aznor: Alah, benda yang ringkas-ringkas je, tumis udang ngan petai dah masak, ni nak buat kuah pecal!

Liza: Pecal?

Aznor: Ha! Pecai ... puasa elok makan sayur lebih, kalau sayur biasa aku tak berapa suka, tu la aku masak pecal ni. Tu aku tengah goreng kacang dalam kuali tu ... buat kuah.

Aznor: Tolong kucai tu.

Liza: A’ aaa ....

Aznor: Kucailah!

Liza: Yalah!

Aznor: Tak kucai pun?! Buat apa terbongkok-bongkok kat peti ais tu? Cepatlah kucai!

Liza: Tengah cari la ni!

Aznor: Cari apa dalam peti ais tu? Sudip ke? Nun selit kat dinding!

Liza: Cari kucailah! Takkan cari sudip lak dalam peti ais! Kelakarlah kau ni.

Aznor: Cari kucai?

Liza: Ha laa, kan kau yang nak kucai tadi kan? Ni la yang aku tengah cari ni ... tak de la dalam peti ais ni ... kat mana?

Aznor:
Laa ... peliklah kau ni! Nak kucai apa dalam peti ais?! Kucai tu! Yang dalam kuali atas dapur tu! Cepatlah sikit, karang hangus pulak!

Liza: Dalam kuali? ... tak ada pun!

Aznor: Kuali sebesar itu depan mata tak nampak ke? Kalau kuali tu ular ... dah lama kau mati kena patuk! Tak nampak ke kuali atas dapur tu?

Liza: Kuali ni aku nampaklah, aku bukannya buta ... tapi tak ada kucai pun?

Aznor: Memanglah tak ada orang yang kucai, kat dapur ni kita berdua je, tak ada orang lain! Kau kucailah, karang hangus ada, masak tidak!

Liza: Eh! Kau biar betul-betul ni ... tak ada sayur pun dalam kuali ni.

Aznor: Sayur dalam kuali?

Liza: Ha la ... kan kau suruh ambil sayur kucai dalam kuali? Tak ada pun! Yang ada kacang ni je ... dah hangus pun!

Aznor: Hoi! Aku bukan minta sayur kucai! Aku minta kau kucai yang dalam kuali tu, aku goreng kacang nak buat kuah pecal! Kucailah kacang tu, kang hangus!!

Liza: Kucai kacang?

Aznor: Ha la!! Ambik sudip tu dan kucai! Tak faham ka? Hish!! Penyegan sungguhlah kau ni! Biarlah aku kucai, dah nak hangus ni!!

Liza: Laa ... kacau ka? Aku ingat sayur kucai ....


Glosari:

* Kucai -
( i ) sejenis sayur yang menyerupai daun bawang

( ii ) (dialek Perak Utara/Kedah) mengacau bahan masakan yang sedang dimasak dalam periuk atau kuali


Mewah Bahasa: Kucai dalam kuali
2010/08/11
Nota: Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM).

6 comments:

  1. assalamualaikum kak chik..

    hehehe...kelakar tul! sy pun baru tau kucai tu apa selain nama sayur..ekeke..kesian kawan tuu..blur jer,..

    ReplyDelete
  2. haha kelakar je.boleh sampai gaduh nih kalo sorg tak paham ape yg cube dimaksudkan:P

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikummussalam Mardhiah. Hehehe, kakchik pulak ingatkan dia nak cerita pasal dialek Kelantan.

    ReplyDelete
  4. Betul tu sizuka, memang boleh jadi bergaduh.

    ReplyDelete
  5. Salam kak chik,

    Tersedak ketawa akak baca dialogue ni..joke sungguh..hehehe. first timelah akak tahu kucai tu sebenarnya kacau..hehehhe thanks kak chik..

    ReplyDelete
  6. Wkslm kak azah.
    Hahaha... lucu tapi menambah ilmu kita kan kak?
    Sama-sama.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs