Assalamualaikum dan salam Jumaat.
Apa khabar teman-teman semua. Dah masuk waktu petang ni barulah kakchik ada masa nak update blog. Pagi tadi kakchik ke KB untuk mendengar kuliah agama. Jadi dari jam 8 pagi hingga 12 tgh tu kakchik masih di sana. Cik Abe buat rakaman video, kakchik meninjau-ninjau kedai-kedai jubah sebelum kuliah bermula. Alhamdulillah, puas hati sungguh dapat ke sana hari ni.
Begini kan cantik... |
Kakchik nak kongsi satu pengalaman semasa bertugas di Zahra'. Semua orang pun tahu perpustakaan Zahra' ni ialah sebuah perpustakaan awam, jadi yang berkunjung ke situ adalah dari pelbagai golongan dan bangsa. Majoritinya ialah Melayu dan Islam dan juga remaja. Waktu petanglah mereka datang dengan ramainya ke Zahra' dan begitu juga pada hari Sabtu.
Ada satu kali tu, kebetulan kakchik bertugas shif tengahari di Kaunter Informasi. Selalunya kakchik suka tengok para pengunjung yang keluar masuk megikut pintu utama tu. Kadang-kadang kami bertegur-sapa dan ada juga bergurau-senda sekali-sekala.
Hari tu, ada ramai pengunjung remaja perempuan. Sekarang ni memang jarang jumpa remaja perempuan yang suka berbaju kurung, berjubah tu lagilah susah. Yang ramainya ialah berseluar panjang jenis jeans. Kena pulak hari tu kakchikbaru saja selesai membaca satu artikel tentang bahaya membuka aurat.
Tiba-tiba lalu 2 orang remaja di depan kaunter, berbual-bual sambil ketawa tak malu-malu. Pakaian mereka, seluar jeans sendat, baju adik (t-shirt kecik) dan tudung bawal diselempangkan ke atas bahu. Rasa nak menggeleng kepala bila kakchik lihat mereka.
Masa tu dalam hati kakchik ni dok berkata-kata, "cubalah tanya mereka, mereka tahu tak aurat tu apa? kesianlah kat mereka jika kakchik tak beritahu hal yang sebenarnya." Bila kakchik nampak mereka berdua tu asyik bersembang di sofa tempat aktiviti santai, kakchik ambil peluang bertemu mereka. Berkenalan dan nyatakan dengan sehabis hemah dan hikmah yang kakchik rasa tentang hajat kakchik bertemu mereka.
Ringkas cerita, mereka faham menutup aurat ialah memakai tudung kepala. STOP. Mashaallah... kalau begitu, kemungkinan besar ramai lagi muslimah di Malaysia ni yang juga berfahaman begitu. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk kakchik jelaskan perkara yang sebenarnya. Nampaknya adik-adik itu tertunduk malu. Sudah tingkatan dua tapi maksud aurat masih tidak faham.
Adakah MENUTUP RAMBUT = MENUTUP AURAT?
Bukan macam ni |
Cukuplah. Cukuplah dari menyusahkan diri berhias dengan tudung yang mahal dan cantik tapi bajunya jarang, nampak habis badan di dalam, bajunya sendat, kecik pulak tu. Yang longgar ada tapi tak nak pakai. Kenapa? Takut orang kata tak cantik barangkali. Semuanya kerja SIA-SIA. Buat penat je.
Nak tutup aurat, buatlah sebaik mungkin. Jangan buat penat saja. Rugi karan je. Kita pun tak suka buat kerja sia-sia kan?
Allahu'alam.
Ada seloka dari DUPahang's Weblog:
Bertudung tapi ..Tak Faham Aurat
Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang
Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat
Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis
Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong
Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah
Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan
Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan
Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat
http://www.isuhangat.net
Assalammualaikum kak chik,
ReplyDeleteKak chik ni kalau tulis blog pasal menutup aurat ni, akak paling suka baca tau..best malah akak suruh anak perempuan akak baca supaya dia lebih faham apa itu aurat dan pakaian mana yang sepatutnya seorang muslimah itu pakai. Alhamdulillah, dia pun belajar dari kak chik. so kak chik jangan risau apa yang kak chik tulis memang seronok dibaca kerana ia memberi manafaat kepada semua.
Bukan sekadar remaja je yang tak faham apa itu menutup aurat yang betul malah mak2 budak, wanita yang berumur 35 keatas tak faham apa itu pakaian menutup aurat yang sebenarnya.
Kekadang apabila wanita ini leka dengan keindahan yang diofferkan oleh dunia, mereka jadi leka ditambah pula apabila ramai rakan yang memuji cara mereka berpakaian yg menampakkan susuk badan mereka.
kekadang kak chik akak rasa mereka ni bila diberi hidayah atau musibah baru terjaga kot kalau sekadar nasihat naik muak orang2 mcm tu dengar sbb hati mereka terlalu seronok dgn duniawi.
Wa'alaikummussalam kak azah.
ReplyDeleteAla kak... jangn puji sangat kak, nanti kakchik tak sedar diri hehe. Terima kasih kak... insyaallah kakchik cuba nak tolong masyarakat kita setakat ilmu dan pengalaman yg ada. Kalau banyak membantu, alhamdulillah syukur sangat.
Memang begitu la kita ni kak, yang mudah macam ni pun ramai orang perempuan yg taknak buat. Cuba kalau mak ayah tutup aurat dgn elok, tunjuk contoh yang baik, insyaallah anak2 pun akan terikut juga. Tapi banyak juga yg kakchik jumpa ibunya pakai baju kecik macam anak daranya juga. Semoga mereka dipimpin Allah.
Nasihat kalau secara umum memang susah orang nak dengar tapi bila one-2-one mgkn lebih berkesan. Tapi, manalah sempat nak buat one-2-one semua kan?
post ni memang best Kak Chik,
ReplyDeleteseloka dia pun kena ja nie..
terima kasih wan siti. kakchik salin dr org lain sajak tu.
ReplyDeletesalam kak...
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan..tapi aza rasa bila dok kl ni (berbanding ngan dok penang dulu)..wah nak carik tudung bidang 60 pon bukan main susah...nak raya aritu nak gakla carik tudung bidang 60..kat jalan tar la, p mana2 pon tak jupe..last2 kite bertudung hitam (universal tu) hehe..
sama la kalo nak carik handsock ka...sock ka (aza suke stokin yg panjang smpai atas betis)..susah bukan main nak carik..
tp mungkin la sebab kurang berjalan n kurang ilmu..
kot2 la kakchik n sahabat2 bley tolong...
syukran...
wkslm aZa.
ReplyDeletesama-sama. skrg ni manufacturer pun dah krg keluarkan tdg 60" tu sebab permintaan makin krg. org skrg suka pakai tdg segera. kat KB ni masih banyak pilihan aza tapi kakchik pun risau, takut makin lama makin berkurangan. kalau aza nak beli tdg besar ni, cuba singgah ke HRA Enterprise di Gombak. Gedung ni menjual banyak pilihan tudung 60" pada harga berpatutan. Cuba search 'tudung nur' pasti jumpa pautannya.
salam kak cik..saya baru jumpa blog kak chik ni..menarik perbincangan kak cik mengenai aurat tu...memang isu aurat ni rasa mcm tak ketahuan sekarang..kadang2 tu kita(saya)yang tak kuat sangat ni tengok ustazah kat TV..terpikir...betulkah mcm tu tutup aurat..tak caya tapi depa ustzah...sya rasa ramai yg nak kebaikan ni jdkan ustzh kat tv idola...satu lagi tudung segera tu..mmg sekarang ni ada yng labuh..tapikan ok dak sebab jenis tudung mcm tu melekat kat dada..apa pendapat kak chik?
ReplyDeletesalam kak chik..
ReplyDeleteperkongsian yg sgt bagus dan menarik..tp lagi 1..muslimah sekarang msh x fhm konsep menutup aurat..bagi mereka aurat hanya apabila keluar dari rumah...klu org bkn muhrim datang rumah..masih x tutup aurat sbb....dalam rumah..malah dgn ipar duai, pakcik saudara suami, masih x jaga aurat...soal bersalaman lagi 1 perkara..contohnye mcm keluarga sendiri...mcmna nk tegur ye?..ade yg tau..tp masih xnak buat..sbb leceh kan?..dalam rumah sendiri, kena pakai tutup2...alahai...sy pulak bebel..hehe
bila berbicara soal aurat, ramai yang mengatakan tutup yang perlu da dikira menutup aurat..erti sebenar tidak difahami dan juga disebabkan resapan budaya luar..bentuk badan jelas juga kalau tutup sekadar perlu..jadi fikir2kanlah...kalau kata pakai besar2 ni panas, panas dunia je..panas akhirat insyaALLAH kita x tanggung
ReplyDeletewkslm suri solehah.
ReplyDeletekalau ikut pandangan kakchik, ustazah di tv tu sudah terlalu banyak tabarujnya. jadi kita kenalah pandai memilih idola kita dan pandai menjelaskan kesilapan cara pakaian mereka itu pada anak-anak.
bagi kakchik tudung labuh segera tu jika warna gelap spt hitam mgkn tidak begitu menyerlahkan susuk badan tp jika tudung labuh warna apapun, kelihatan jelas melekat di badan, elakkanlah. carilah tudung dr kain yang tidak melekat.
wkslm hanani.
ReplyDeleteterima kasih. iya, masih ramai yang tidak faham konsepnya sebab itu kakchik tulis juga pasal aurat ni. isu menjaga batas aurat dlm keluarga ni kita kena beranikan diri menegur sama ada dgn lidah atau dgn perbuatan. misalnya jika ajnabi menghulurkan tangan untuk bersalam, kita senyum dan gurau2 kata, mana boleh... salah tau! pandai2lah mencari peluang mengelak.
betul tu dr. muslimah. Kita ni suka cari alasan walhal bukanlah susah sangat nak amalkannya.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteBagus perkongsian ttg aurat ni. Masih ramai teman2 mama yg bertudung tapi nampak leher, nampak rambut, tudung jarang nampak dada, terbelah sana sini. Bukan mrk tidak tahu dan tidak faham Bila ditegur jawapan yg diberi ialah spt : "Husband I tak marah pun, "Alaa sikit aje nampak", "Taknak tutup betul2 nanti nampak macam Ustajah." "Nampak tua" dll. hmmm... Sekadar yg kita mampu dah tegur tu senyum ajelah, bukan perli or pandang rendah tapi berdoa agar dia diberi hidayah seterusnya. Permisi.
Wkslm mamawana.
ReplyDeleteBetul dah apa yang mamawana buat tu. Tanggungjawab kita ialah menyampaikan, menegur dan mengajak, jika mereka tidak mahu juga, kita serahkan sahaja kpd Allah. Hidayah itu anugerah Allah. Insyaallah satu hari nanti mereka akan berterima kasih kpd mamawana.
tima kasih kak...info yg sgt berguna.. aza suka pakai tudung labuh wat sendiri tu senaqnya..tp hubby suka tgk yg labuh gak tp yg agak bercorak..^__^
ReplyDeletetq kak sudi share hal bertudung ni...ain pun tercari2 artikel ni...betul kata akak...zaman ni bukan semua faham maksud menutup aurat sebenarnya...ain juga respect keberanian akak menegur remaja tbabit dan beri penerangan pada mereka...moga ain dberi kekuatan lakukan perkara yg sama..tq kak..
ReplyDeletesama-sama aZa. alhamdulillah kalau aZa bertudung begitu. Jika suami suka, tidak salah rasanya kalau aZa menggembirakan hatinya selama mana kelabuhan tudung masih kekal menutup seperti tudung labuh biasa.
ReplyDeletesama-sama ain. tulisan kakchik ni tak tersusun, main tulis saja apa yang terlintas di fikiran. asalkan isi penting difahami, kakchik dah syukur. bukan selalu kakchik ada keberanian untuk menegur ain. remaja sekarang emosinya sangat lain berbanding dulu. insyaallah medan dakwah sgt luas untuk kita cuma kita perlu bersatu melakukannya, barulah kita kuat.
ReplyDeleteSalam Ukhuwah Kak Chik....
ReplyDeleteFarah masih baru dgn laman kak chik yg indah berseri ni... tapi nampaknya Farah suka sgt di laman ni... Byk info yg berguna....
Farah juga nak mohon izin untuk dikongsi bersama rakan.
Semoga semakin hari semakin bertambah kebaikan, ilmu berguna dan bertambah ketakwaan kepada Allah.
Salam Ukhuwwah kembali Farah. Terima kasih banyak Farah. Blog kakchik ni tulisannya tak banyak ilmu dik. Sekadar berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu saja. Mana yang baik tu jika Farah rasa boleh mengajak orang lain menjadi baik juga, silakanlah ambil. Semoga Allah membantu usaha kita.
ReplyDeletesalam..sebenarnya sy dah lama teringin nk pkai tudung labuh..bkn sekadar teringin,tp mmg sy niat nk pkai..sy rsa sy perlu melakukan hijrah dlm hdup sy selepas segala yg sy lalui dlm hdup sy..tp,cm ade halangan yg membuatkn niat sy sdikit terbantut..mula2 sy gtaw mak sy sal niat sy,mak sy cm x bg..mak ckp nnti org kata sy ni org PAS plk..bunyi cm lucu je..huhu..then kwn2 sy pn ade kata yg sy kene ubah byk bnde dulu sebelum pakai tdung labuh..sy fhm tu sume sbb pemakaian kita melambangkan 'dalaman' kita..tu yg sy fhm..namun,sy rasa sy btol2 nk pakai tudung labuh..ade yg kata 'ubahla slow2'..what if one day sy meninggal,n x sempat nk tunaikan suruhan Allah yg satu ni?*tutup aurat*..sy benar2 keliru n xtaw nk buat mcm mna..cm xde yg sokong..sy taw sy masih ade DIA untuk sy mengadu..just...i become blank now..huhuhu..kakchik tolong ek..xtaw cmne ni..=''(
ReplyDeletewkslm amal. syukurlah kerana ada hajat besar yang membuak2 dalam diri amal iaitu mahu bertudung labuh. pada kakchik halangan itu adalah mainan syaitan. dia akan gunakan orang terdekat utk menghalang kita dari bersegera membuat kebaikan. syaitan ni licik dan sangat kreatif. bila nak buat baik, usah difikirkan pandangan orang, fikirkan pandangan Allah dan betapa tenang dan bahagianya kita bila berjaya menambat pandangan Allah. kakchik rasa amal sudah sangat bersedia untuk berubah cuma bimbang dgn pandangan orang itulah yang menangguhkan hajat itu. beramal dengan amalan Islam yang sebenar memang banyak halangannya dan kadang2 kita dipandang spt orang asing kerana pakaian yang kita pilih sedangkan kita hidup di tengah masyarakat Islam. kuatkan semangat ya, insyaallah kakchik dan ramai lagi akan sentiasa menyokong amalan baik amal tu. bila terfikir pandangan negatif org, istighfar, baca a'uzubillah, berdoa banyak2 kpd Allah dan mulakan langkah seterusnya. usah tangguh lagi kerana bila ditangguh ia nanti tak akan menjadi.
ReplyDeletetrima kasih byk2 kakchik sbb bg sokongan dan dorongan kt amal..amal rasa bertuah sgt2 sbb dpt b'kenalan dgn warga 'keluargaku sayang'..
ReplyDeletehopefully amal akan jd sekuat wanita yg mampu menangkis pandangan2 serong sesetengan pihan nti..trima kasih byk2 ye kakchik..=)
assalamualaikum kak :)
ReplyDeletetengs 4 ur info.
sy dlm kebuntuan ni. hrp ade yg dpt membantu lh.
ad sorang ni persoalkan,
kenapa ye sebenarnya allah tetapkan penutupan aurat, perlu menutup rambut? sebab, katanya, 'rambut tutup atau tidak' mcm xde beza je?'
macam mana nk jwb ni kak?
saya share kat fb saya kak :)
ReplyDeletesalam kak chik..
ReplyDeletesaya bekas sek agama..bile jumpe ngan kwn2 lame,ramai yg pakai tudung xmengikut garis panduan..tp,saya xberani nak menegur mereka krn saye tahu msg2 tahu hukumnyerr..
camner yer cara yg terbaik untuk saya menegur mereka..atau saya hanya perlu membenci dalam hati??
harap k.chik blh bantu..time kasih..
sama-sama amal. maafkan kakchik ya sebab tahun ni baru perasan akan komen balasan dari amal di bawah post yang ini. semoga sepanjang tempoh kakchik tidak membalas komen amal ini amal telah melakukan banyak perubahan pada diri ke arah yang lebih baik. sama-sama ya amal.
ReplyDeletewa'alaikummussalam puteriakhirat. apabila ayat-ayat Allah maka tidak perlu dipersoalkan, hanya wajib patuh sahaja. sudah pasti ada hikmahnya. jika kita persoalkan ayat-ayat Allah dibimbangi kita termasuk golongan yang engkar.
ReplyDeleteSilakan Lee Leng.
ReplyDeletewkslm mujahidah muslehah. jangan benci dik sebelum kita menegur mereka. jika tak mampu tegur dgn lidah, tegurlah dengan amal perbuatan iaitu dengan sentiasa istiqomah dlm pakaian adik di samping sentiasalah sebut, lagi labuh tudung kita lagi bagus, Allah sayang, akhlak terjaga maruah pun terpelihara. boleh juga kongsikan dengan mereka pamplet tentang pakaian menutup aurat yang sempurna dan sebagainya. jika tak mampu juga berdoalah untuk mereka.
ReplyDeleteSalam kak chik, saya terjumpa blog ni masa tengah google tengok2 fesyen muslimah sekarang. Saya suka blog akak ni.
ReplyDeleteWkslm Bashtiah. Selamat datang ya dan terima kasih banyak sebab sudi meninggalkan komen. Jemputlah singgah lagi.
ReplyDeletesuka baca. Saya pun jual jugak tudung labuh dan biasa ...dosa tak saya kalo jual yg bidang biasa 45" tu ye?
ReplyDeletehttp://nuhaapparels.blogspot.com