Followers

13.8.10

Satu Ujian, Rezeki Siapa?

Assalamualaikum dan salam Jumaat pertama di bulan Ramadhan ini.

Di saat ini kakchik sebenarnya ada sedikit terkilan dengan kelemahan sendiri. Kakchik baru balik dari kuliah Jumaat ni tapi ada satu kejadian belraku dalam perjalanan balik tapi bila dah sampai ke rumah baru kakchik tersedar.

Jubah putih untuk kanak-kanak.
Selepas kuliah tadi kakchik singgah di 3 gerai pembekal jubah lelaki kerana nak membelikan jubah kanak-kanak yang dipesan oleh seorang teman yang kini di UK. Hari ni kakchik ke sana dengan membawa bersama tali inci kerana nak memastikan kakchik mendapat ukuran yang paling sesuai untuk anak-anak kawan tersebut.

Di Gerai pertama kakchik berjaya membeli 3 helai jubah putih yang sangat kemas dan cantik. Putih bersih warnanya hinggakan hati ini terfikir-fikir, kalaulah kakchik ada anak lelaki, pasti kakchik pun akan pakaikan dia dengan jubah putih yang serupa.

Oleh kerana kakchik 'double-parking' semasa datang maka selesai saja membayar jubah-jubah tu kakchik bergegas ke gerai sebelahnya untuk membeli sehelai abaya kanak-kanak perempuan yang dikirim oleh seorang kawan yang lain pula. Alhamdulillah urusan menjadi cepat kerana kakchik ada tali pengukur.

Usai di gerai itu kakchik ke gerai yang satu lagi untuk membeli jubah morocco untuk kanak-kanak. Orang sudah mulai sesak kerana masing-masing mahu bergegas pulang. Cuaca pun sudah makin panas. Kakchik sudah pun meninggalkan pesan kepada pemilik gerai ketiga jadi sebentar sahaja kakchik di situ untuk mengambil 3 pasang jubah morocco untuk kanak-kanak.

Dengan 3 beg plastik kakchik menongkah arus orang ramai yang mahu pulang untuk menuju lorong di belakang bangunan Tabung Haji Lama untuk ke tempat parking kereta di depan Pejabat Tanah dan Galian. Beg tangan kakchik hari ni buat hal, zipnya ada sedikit masalah. Jadi untuk mengambil kunci kereta, kakchik berhenti sebentar di sebelah bangunan Hotel Raudah dan meletakkan kesemua plastik beg ke atas tangga.

Kunci dah jumpa dan kakchik ambil kesemua plastik dan berjalan dengan laju menuju ke kereta. Alamak, orang di sebelah sudah menunggu, apa lagi kakchik buka pintu kereta, hempaskan kesemua beg plastik di kerusi penumpang, dengan cepat pakai tali pinggang keledar dan terus pandu keluar.

Perjalanan segalanya selamat dan kakchik singgah sebentar di sebuah kedai roti untuk membeli roti. Terus balik ke rumah. Bila dah siap salin pakaian, dan membuka semula beg-beg plastik, barulah perasan satu beg terkurang. Ya Allah... di manakah beg yang mengandungi jubah-jubah putih tu?

16 comments:

  1. tak boleh pergi tya semula ye k.chik?

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan, kak chik,
    apa khabar? sempena ramadhan ni, saya mohon maaf atas segala salah silap saya.
    Kesiannya baca cite kak chik. ujian sungguh kan? harap2 bungkusan yg tertinggal masih ada di tangga tu. Doa banyak2 kak chik. Moga ada rezeki kak chik.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak chik,
    kisah kak chik ni hampir sama dgn saya. minggu lps pegi kami shoping baju raya anak2 kat KB mall. Ingatnya nak beli awal sikit tahun ni. terasa lega bila siap membeli baju anak2 kat bhgn pakaian tu. Lps tu singgah pulak kat tingkat paling atas. Ingatnya nak beli seluar jeans pulak utk anak2. Siap je bayar terus tanya suami kat mana plastik baju yg kami beli kat bawah tadi. Mmg rasa macam nak jatuh bila suami kata plastik tu ada kat saya tadi..tapi skrg ni plastik tu dah takde. cepat2 saya pegi cari tempat saya memilih seluar tadi. tapi sedih sgt2 sbb tak jumpa.hu...hu... mmg tak de rezeki saya. mula2 tu macam2 yg saya rasa...marah..sedih...tapi bila fikir2 balik itu mmg bukan rezeki saya, saya redha. Saya niatkan sedekah pada sesiapa yg ambik ataupun terambik baju2 raya anak saya tu. tapi hati masih tertanya2...rezeki siapa agaknya tu?

    ReplyDelete
  4. fizah, kakchik dah telefon semua pegerai tu kot2 mereka terjumpa masa mengemas tapi semua kata takde.

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan nur.
    kakchik alhamdulillah, baik2 aja nur. semoga nur dan suami pun sihat sejahtera ya. ala nur ni... mana ada salah silap antara nur dgn kakchik. entah2 kakchik yg ada buat salah/silap dgn nur. maafkan kakchik ya nur tambah2 dah lama juga tak singgah blog nur.
    kemungkinan besar kalau tertinggal di tangga tu petugas MPKB akan pungut sebab habis kuliah mereka akan membersihkan keseluruhan kawasan tu. bukan rezeki la nampaknya. lillahi ta'ala.

    ReplyDelete
  6. takde rezeki lah tu jawapnya k.chik..tapi apa salahnya kalau bertanya jugak..mana tau ada lagi..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam Mahani.
    Ha'ah, memang ada persamaan kes kita ni. Kakchik takdelah geram ke apa sebab kakchik terima ini sbg ujian. berusaha juga mencarinya dgn menelefon para pegerai tu tapi negatif semuanya. redha ajelah

    ReplyDelete
  8. ingat2 balik kakchik di mana kakchik letak, kut tertinggal masa di gerai atau terlupa satu beg plastik masa berenti sekejap ambil kunci kereta... kadang2 ada bende yg berlaku sekilas jer sampai kita jenuh nak mengingatnya.

    ReplyDelete
  9. jue, kakchik redha. kakchik juga sudah bertanyakan semua penjual tu tapi semua kata tak jumpa.

    ReplyDelete
  10. wan, dah puas kakchik renung dan fikirkan, hanya ada dua kemungkinan tu je. kemungkinan yg pertama dah out sebab semua penjual kata takde. kemungkinan kedualah jawapannya.

    ReplyDelete
  11. Salam kak chik,

    ALLAH ingin menguji lagi, setelah diberi kesenangan berniaga maka diuji dengan sedikit kesukaran. Kak Chik maybe tertinggal beg plastic tu masa kak chik check kunci kereta tu. atau terjatuh till kak chik sendiri tak sedar.

    Maybe kali ni bukan rezeki kak chik..alahai kak chik suami akak pernah kena rompak RM20,000 habis macam tu je. So nak buat macam mana redha dan next time berhati2.

    ReplyDelete
  12. kakchik...
    ari ni sediy skali...
    bert betul dugaan Allah....
    hari ni dan esok sy kna anta tugasan...
    tugasan tu MasyaAllah it's really2 hard to do...
    then...
    this morning i woke up to double check my esaimen...something's miracle happen...
    external yang sy simpan sume keja...xle buka...4 laptop sy cube...tp hasilnya sama...
    kna format baru ok...
    hati sy jatuh menyembah bumi...
    Allah je la yg tau saat tu...
    air mata jd murah sgt....
    pikirkan kna wat semula dua tugasan tu dalam masa satu hari ini...
    saya letiy sgt2....
    ini pun perasaan hiba terkilan sedih masih kuat bertaut di qalbu...

    ReplyDelete
  13. Wkslm k.azah. mungkin begitulah kak. tak mengapalah. dah bukan rezeki. kakchik usahakan lagi menggangtikannya. Ujian suami kak azah lagi berat kalau nak bandingkan tapi hati kecil ni terasa juga bila barang yg hilang tu hakmilik orang.

    ReplyDelete
  14. ejat,
    kakchik pernah alami perkara yang sama tak lama dulu. memang haru tapi kakchik mohon doa sungguh-sungguh agar Allah lembutkan hati para tutor agar bertimbang-rasa. sebenarnya setiap kejadian ni kita harus fikir apa silap kita barulah kita tidak rasa kecewa dengan ujian yg menimpa. kakchik doakan ejat dapat atasi masalah w/pun dalam masa yg sgt terancam.

    ReplyDelete
  15. ReD, nak buat macaman? Takde rezeki.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs