Followers

22.8.10

Budak Tadika Meninggal Terkena Letupan Mercun

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa.

Kali ni kakchik nak merepek sikit.

Kepada MEREKA yang suka MENYELUDUP, MENYOROK, MENYIMPAN, MENJUAL dan MEMBELI MERCUN,

Tolonglah jadi orang Malaysian yang CERDIK dan tidak lagi diBODOHkan oleh NAFSU. 

Fikirkanlah apa akibatnya dari perbuatan MENYELUDUP, MEMJUAL, MENYIMPAN SECARA SALAH dan MEMBELI kemudian MEMBAKAR MERCUN.

Serik-seriklah...

Adik-adik. Malam Ramadhan ni Allah suruh kita berterawikh bukannya MEMBAKAR DUIT dengan mercun.

Tengoklah akibat perbuatan manusia yang MENYOROK mercun. Satu nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa telah melayang. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.




Setiap tahun ada saja kes akibat mercun. Di bulan Ramadhan pulak tu. Tak serik-seriklah. Yang seludup dan sorok mercun tu sudah pasti orang dewasa. Mana ada kanak-kanak pandai nak buat macam tu. Kalau kata BODOH marah.

Allah bagi akal guna ke jalan yang salah. Dah kerajaan kata jual mercun tak boleh, tak bolehlah... itu pun tak reti ke? Memang tak reti bahasa.

Maafkan kakchik kawan-kawan. Luahan dari hati yang sedih menonton berita sebentar tadi.

12 comments:

  1. dengar juga kat berita tadi..belum sampai pertengahan ramadhan lagi dah ada kes mercun...kalau lah dapat sebulan puasa ni takde yg putus jari @ mati, alangkah bagusnye..

    ReplyDelete
  2. Salam kak chik,

    Cuba kita perhatikan ya, selama ni yang kudung tangan, hilang mata, hilang telinga, hidung, mati dan segala mala tu akibat bermain mercun adalah dari kalangan orang Melayu Islam kita. Kenapa bila tahun baru cina atau deepavali tak de pulak dengar orang cina atau india mati, buta, cedera disebabkan oleh mercun.
    Kenapalah bangsa kita ni selalu jadi mangsa? nak beraya sakan sampai tak sayang nyawa dan anggota tubuh badan.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Chik,
    Kak Chik apa khabar? maaf ye lama tak datang menjenguk Kak Chik.. harap2 kak Chik sihat2 selalu...

    Kite pun marah bila baca berita macam ni..memang tiap2 tahun perkara yg sama berlaku. selalu ada kematian tp diorang tak pernah serik. bila dah terkena baru nak menyesal. tp apalah guna lagi bila nyawa dah melayang :(

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Chik,kejadian yang berlaku ni dekatttt sangat dengan klinik Kak Ummi.Masa letupan tu,klinik bergegar macam gempa bumi!MasyaAllah...

    Yang kasi testimoni kat video ni pun patient Kak Ummi.

    Mudah-mudahan menjadi pengajaran buat kita semua as a muslim...benda dah haram,masih disorok-sorok.

    ReplyDelete
  5. salam kak chik
    takziah la kepada keluarga budak tadika tuh...sian dia tak pasal2 jadi mangsa kan...

    ReplyDelete
  6. catlina, yang hairan kan, kenapa bila musim raya cina dan deepavali takde dengar kemalangan mercun ni? diorang pun main mercun juga.

    ReplyDelete
  7. Wkslm kak azah, nampaknya kita punya persoalan yang sama. Orang kita tak ambil pengajaran dari kisah2 lepas.

    ReplyDelete
  8. Wkslm Ijan. Alhamdulillah, kakchik sihat2 je Ijan. Ijan dan famili kat Finland tu semuanya sihat ke? Sejak Ramadhan ni kakchik tak jenguk blog Ijan sekali pun. Isyk, teruk benar kakchik ni. Semoga Ijan anak-beranak seronok menjalani ibadah puasa di sana.
    Pasal mercun ni, kemarahan kita belum ada ubat. Penyeludup ni tetap juga ada. Yg terbaru, 2 orang wanita muda jd penyeludup. Isyk, geram sungguh.

    ReplyDelete
  9. Wkslm Kak Ummi. Mashaallah ... tentu terkejut sakan Kak Ummi dan semua yang dok kat situ. Allah nak tunjuk tu.. suka sangat sorok benda haram.

    ReplyDelete
  10. wkslm shiori. kesian kan keluarga arwah. kehilangan seorang anak. takdir Allah tapi pengajaran untuk masyarakat kita agar prihatin dgn sekitar.

    ReplyDelete
  11. Kesian budak tu . Menjadi mangsa kerakusan manusia.

    ReplyDelete
  12. Betul Afizz. Mangsa bapa sendiri yang rakuskan harta dunia.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails