Followers

24.8.10

Ingat tak kes bapa saman anak kerana cucu?

Assalamualaikum dan salam 15 Ramadhan.

Kalian ingat tak entri kakchik pasal tajuk di atas tu? Kalau tak ingat, kat sini ceritanya. Hari ni nampaknya ada perkembangan terhadap kes mahkamah yang menarik perhatian seluruh negara ni. Apa yang menarik minat kakchik untuk sekali lagi menulis berkaitan isu ini ialah cara hakim menasihati defendan.
Cuba baca dulu laporan BERNAMA di bawah ni:

mStar Online > MAHKAMAH
Tuesday August 24, 2010

Hakim Nasihat Anak Pulang Selesai Masalah Dengan Bapa

KUALA TERENGGANU: Seorang hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menasihati seorang pengurus operasi sebuah syarikat cari minyak swasta yang menghadapi tuntutan nafkah penjagaan dua anaknya supaya mengambil kesempatan Hari Raya nanti untuk menemui ayahnya bagi menyelesaikan masalah itu.

Hakim Kamarul Azmi Ismail memberitahu Nasrum Mustafa, 37, bahawa bapanya cukup teringin untuk berjumpa dengannya setelah lebih tujuh tahun mereka tidak bertemu. Hakim menasihatkan demikian setelah pihak defendan menyatakan persetujuan untuk menyelesaikan kes tuntutan di luar mahkamah.

Bapa defendan.
Sebelum itu, mahkamah diberitahu oleh peguam defendan Abdullah Muhamad bahawa anak guamnya tidak dapat menghadiri prosiding sebutan semula kes itu pada hari ini kerana mempunyai tugasan di Johor Baharu.

"Anak guam saya juga bersetuju untuk menyelesaikan kes tuntutan ini di luar mahkamah dan beliau difahamkan sedang membuat permohonon pinjaman semula perumahannya bagi membayar tuntutan pihak plaintif," katanya.

Setelah ditanya hakim, bapa Nasrum, Mustafa Ismail, 54, berkata anaknya itu tidak pernah menghubunginya atau kedua-dua anaknya, seorang perempuan berusia 13 tahun dan seorang lelaki, 15 tahun, selepas kes itu mula disebut pada pertengahan Julai lepas.

"Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk memerintahkan dia untuk pulang berjumpa dengan ayahnya kerana ia terpulang kepada dirinya sendiri. "Walau apa jua masalah dan alasan sekalipun kembalilah kepada hukum," katanya.

Hakim Kamarul Azmi turut memetik riwayat Al Hakim yanng menyebut semua dosa yang dilakukan ditangguhkan melainkan dosa kepada kedua orang tua yang mana Allah akan segerakan hukumannya di dunia lagi.

"Paling ditakuti apabila Allah menghukum dengan menutup pintu hatinya, dan iman tidak dapat masuk dan dengan itu semua yang dilakukannya difikirkan betul.

"Hukuman mahkamah boleh selesaikan pertikaian, tetapi tidak boleh selesaikan apa yang terpendam di dalam hati. Jadi sebaiknya lakukanlah penyelesaian, baliklah berjumpa dengan ayah dan anak-anak," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 31 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu dan meminta Nasrum untuk hadir.

Sementara itu, ketika ditemui di luar kamar mahkamah peguam plaintif Fazru Anuar Yusof berkata, anak guamnya tidak terlalu mengambil kira soal tuntutan tersebut sebaliknya mahukan anaknya itu pulang berjumpa dengannya serta dua anak yang ditinggalkan itu pada hari raya nanti.

Pada 13 Julai lepas Mustafa menuntut anak lelakinya itu membayar nafkah penjagaan dua cucunya sebanyak RM20,000 sebagai tunggakan perbelanjaan penjagaan selama lebih tujuh tahun.

Selain itu, Mustafa juga menuntut anaknya yang berpendapatan hampir RM17,000 sebulan supaya memberi nafkah RM800 sebulan menerusi potongan gaji dan dimasukkan terus ke akaun cucunya untuk perbelanjaan penjagaan mereka. - BERNAMA

Defendan kelihatannya masih tidak begitu mahu meleraikan sengketa dengan bapanya kerana tidak hadir perbicaraan pun. Dia lebih mengutamakan kerja berbanding urusan keluarga.

Tengoklah apa yang dinasihatkan Hakim tu. Ternyata ianya satu nasihat yang benar dan sebaiknya dipatuhi oleh defendan kerana ianya dari ajaran Islam juga. Kalau kakchik yang mengadili defendan, agaknya dah panjang lebar kena leter. Nasib baik kakchik bukan Hakim.

Kakchik ingatkan selepas bapanya sama bulan Julai lepas, anak itu akan segera kembali memohon maaf dan menjenguk anak-anaknya. Ternyata meleset sangkaan kakchik.

Akhir zaman, anak-anak sudah tidak menghormati ibu bapa lagi.

19 comments:

  1. Nauzubillah..doakan sy x jd mcm 2 kakchik.ble sy besar panjang nnt. T.T

    moga c anak 2 insaf sebenar2 insaf.

    ReplyDelete
  2. kesiannya.anak sendiri punya anak,atuk pulak kena tanggung,jaga.ape nak jadilah dunia sekarang.huhu.

    ReplyDelete
  3. nak bayar 20k pun kena buat pinjaman semula perumahan..gaji dah 17k....tu la dia..



    me/
    ---------------------------------
    erk takutnye ckp kat org...takut pada diri sendiri yg sering alpa ni..

    ReplyDelete
  4. entah la kak chik anak2 sekarang tak macam kita dulu2 kan....nanti anak2 dia pun takkan hormat kan dia la...sebab abaikan dorang kan..

    ReplyDelete
  5. subhanallah..apa nak jadi org zaman skrg ni kan..dengan mak ayah pun boleh wat gitu..sungguh sedih dengar..

    saya yg dah yatim piatu ni rindu arwah mak ayah..dia org ni ada mak ayah tak appreciate langsung..

    ReplyDelete
  6. Kak Chik, tak hormat ibu bapa satu hal. Tak bertanggungjawab terhadap anak sendiri tu hal yang lain pula. gaji sampai 17k, nak bayar nafkah anak pun susah.

    ReplyDelete
  7. Salam k.cik,
    kat kedai k.cik ada tak buku terbaru ustaz hasrizal"transformasi ramadhan"? kalau ada nakgi beli ni...

    ReplyDelete
  8. Doakanlah agar perkara ini dapat diselesaikan di bulan yang baik ini.

    ReplyDelete
  9. Nab, kakchik yakin nab anak yang solehah, anak yang menghormati ibu bapanya. semoga Allah jauhkan sifat2 derhaka seperti yang dilakukan oleh defendan dlm berita di atas tu.

    ReplyDelete
  10. sizuka, dunia sudah terbalik.

    ReplyDelete
  11. asha, kadang2 faktor berkat pun memainkan peranan juga. bila orang tua tak redha, kecik hati dgn anak, kemungkinan Allah tarik berkat dari hartanya.
    moga kita tak termasuk dlm golongan yg rugi.

    ReplyDelete
  12. shiori, hukum alam biasanya begitu. kalau kita buat jahat kat orang tua kita, esok2 anak kita pula yg buat jahat kat kita.

    ReplyDelete
  13. MamaYatie, memang menyedihkan sikap lelaki tu. Moga Allah buka pintu hatinya untuk bertaubat dan mohon ampun dr ibu bapanya.
    Jangalah kita jemu berdoa utk ibu ayah kita.

    ReplyDelete
  14. suri, sekali ingat rasa geram sangat kat orang macam tu kan. iktibar utk kita semua. bila hidup senang jgn dilupa mak ayah yg byk berjasa kat kita. Ini dianiaya pulak.

    ReplyDelete
  15. wkslm biarlah rahsia. maafkan kakchik, buku baru ust hasrizal takde. selalunya memang tak sempat sampailah kat kedai kecik macam MariBaca tu. habis dibolot kedai2 besar.

    ReplyDelete
  16. kak azah, kakchik pun doakan begitu. sedih tengok keluarga pecah belah. moga2 ikatan keluarga kembali bertaut sblm Ramadhan berakhir.

    ReplyDelete
  17. salam kak chik... apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni kan...

    ReplyDelete
  18. wkslm kak e. dunia hari ni buat kita takut tapi terpaksa juga harungi. hidup dlm keadaan bimbang.

    ReplyDelete
  19. sedih....sedih..
    bapa defendan memang dah abes ikhtiar smp masuk mahkamah tu.
    Sampai hati buat ayah macam tu,
    Dulu ayah jaga anak,
    sekarang kena jaga cucu lagi

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs