Followers

22.8.10

Bulan Ramadhan Ni Masak Memasak Tak Berapa Nak Menjadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sementara menanti nak berterawikh, kakchik rasa nak update sikit blog ni. Hari ni kakchik dah selesai menduduki semua kertas peperiksaan akhir kakchik. Dan hari ni lah mood kakchik sangat menurun selepas melalui exam yang sangat susah. Kakchik langsung tak puas hati dengan performance kakchik dalam exam hari ni. Apa yang mampu kakchik lakukan sekarang ialah berharap agar semua yang kakchik jawab tadi ada markahnya dan markah penuh. Dan kepada Allah saja tempat untuk kakchik berserah.

Bila keadaannya begitu, urusan lain pun jadi tidak bersemangat. Nak memasak juadah berbuka pun kakchik tiada mood. Kesian suami kakchik tu... kalau kakchik berterusan macam ni alamat makan juadah tunjuk-tunjuk la setiap hari.

Tapi kakchik nak jadi isteri solehah, kakchik pujuk diri dan cuba sediakan sedikit juadah ringkas. Yang paling penting cik abe berbuka dengan senang hati kemudian makan nasi dengan lauk enak. Insyaallah kakchik dah cuba masak sesedap yang mungkin. Jadi hari ni ialah hidangannya:

Sayur Cendawan Tiram dimakan bersama Kerisi Goreng

Jejari Ayam & Kentang Goreng dicicah sos cili + mayonis

Hidangan yang tetap ialah kurma jadi kakchik tak letak gambarlah. Ada juga Sirap Cendol tapi kakchik sorang je yang makan, cik abe tak gemar sangat. Alhamdulillah... simple pun jadilah. Berbuka petang semalam kakchik buat Nasi Goreng Kailan makan dengan keropok goreng. Syukur ada rezeki untuk badan kami.

Nasi Goreng Kailan

Rancangan nak buat Puding Karamel kena tangguh esok. Terlupa telur dah nak habis stok. Kalau dibuat puding hari ni, memang tak cukup. Inilah bahana mamai lepas exam tadi. 

Selamat berpuasa. Niat jangan lupa ya!

2 comments:

  1. Insya ALLAH, kak chik pasti berjaya dengan fyling colour. Kenapa percaya diri yang kak chik dah buat sehabis baik. Akak percaya kak chik pasti akan dapat score A, Insya ALLAH.
    Simple2 pun tapi hidangan berbuka kak chik cukup menyelerakan..Maybe akak akan cuba recipe kak chik dlm blog My Culinary Adventure tu memandangkan suami akak pun nak balik 31 August ni.:-)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak azah. Kakchik cuba nak yakinkan diri kak tapi bila ingat kan beberapa soalan yang tak dijawab dengan baik tu, terasa juga sedihnya.
    Kakchik ni pilih masak yg simple je sebab yg nak makan tu dua orang aje kak. Asalkan suami suka dah cukup. Selamat mencuba kak. Malulah kak azah cuba resepi sempoi kita hehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs