Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semoga di malam Ramadhan yang ke 19 ni kita semau masih kuat mengerjakan solat terawikh. Allahu Akbar. Malam ni entah kenapa mata kakchik sungguh letih dan mahu tidur saja. Selepas Isyak, kakchik terpaksa baring sebentar sebelum bangkit dan berwudhu' sekali lagi.
Sudah dua malam berturut-turut kakchik mengalami perkara yang sama. Nak kata berbuka tadi kakchik makan banyak, tak juga. Hanya makan sebiji tamar, seketul ayam goreng, 3 sudu makan Sira Roti.dan 1/3 gelas teh panas. Itu je.
Mungkin kesan banyaknya bergerak dan memandu di siang hari. Memandu dalam kesesakan, jiwa resah, minda stres, dugaan iman banyak. Kalau tak sabar, darah boleh naik ke kepala.
Kakchik sebenarnya nak tunggu Lailatul Qadr. Maksud kakchik kalau boleh di malam-malam fasa ke-2 dan ke-3 ni kakchik nak cuba mencari Lailatul Qadr. Tapi bila mengantuk begini, alamatnya sukarlah pula. "Ya Allah, segarkanlah mataku ini. Izinkan aku mengaji Quran, membaca terjemahannya. Dan izinkan aku menjadi tetamu malam al-Qadr Mu."
Kakchik kena tidur dululah. Mahu bangun awal. Semoga kita semua berpeluang menemui Lailatul Qadr.
Alahai kak chik, sedihnya akak disaat orang ramai ternanti2 malam Lailatur Qadar dan mempergiatkan amal ibadah di bulan mulia ini akak pula tengah bercuti yang kali ini terlalu lama berbanding bulan yang sebelumnya. Dugaan pada akak.
ReplyDeletekak azah, sabar saja kak. nak buat macamana sudah fitrah kaum hawa begitu. tapi peluang lailatul qadar ni tak kira orang tu boleh solat atau tidak di kala ini. buatlah apa saja, asalkan ianya satu ibadah, insyaallah peluangnya ada.
ReplyDelete