Assalamualaikum dan salam 10 Ramadhan!
Di hari Jumaat yang penuh barakah ni kakchik ucapkan salam bahagia dan salam sejahtera untuk kalian semua. Semoga kita tidak mensia-siakan Ramadhan yang ada ini. Pagi ni kakchik ingin kongsikan bersama kalian satu video dan kakchik harap sangat-sangat kalian sudi mengambil sedikit masa untuk menontonnya. PLEASE...
Kakchik mungkin akan kemaskini blog lewat petang atau malam nanti kerana hari ni kakchik ada kertas periksa yang perlu diselesaikan. Jadi mungkin takde masa nak membalas komen dan mesej atau nak menziarahi kalian. Ambillah peluang ini untuk menonton video ini.
Kita semua tahu sepanjang Ramadhan ini ibadah kita terutama mata dan mulut tercemar kerana terpaksa membaca, melihat dan nak tak nak berbincang tentang MASALAH BESAR yang makin PARAH iaitu MASALAH ZINA dan BUANG BAYI. Seolah-olah manusia-manusia itu sedang MENCABAR TUHAN saja.
Marilah kita mainkan peranan kita dalam amal makruf nahi mungkar. Janganlah kiat sekadar melihat atau mengata saja. Kakchik yakin orang yang membuat video ini sedang berusaha untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat. Kita tak mampu buat tapi kita mampu sebarkan.
Gunakanlah blog masing-masing untuk berdakwah, tiada salahnya. Jangan sekadar melihat saja. Buat amalan baik di bulan ini PAHALAnya berganda-ganda. Selamat Beramal Baik!
Wassalam.
Sumber video: Channel salafussoleh
Bacaan tambahan: Koleksi Berita Buang Bayi
cukuplah2 tuh...xnak tengok dah..
ReplyDeletesdih stiap kali tgk baby2 tu dibuang mcm tu je. :(
ReplyDeletemakin teruk la.
sy tengok..dn sedih y teramat...
ReplyDeletemoga Allah akan beri nur hidayah pd mereka utk btaubat
betul la..sekarang ni semua makin menjadi2..
ReplyDeleter-mean, kena tengok video ni sebab bukan sekadar ada gambar2 tu tapi ada amanah yang boleh diperpanjangkan.
ReplyDeleteshafiqhashim, bala untuk seluruh negara akibat perbuatan manusia durjana tu. sebab tu kakchik minta tlg sebarkan video ni.
ReplyDeleteTerima kasih Nur Azila.
ReplyDeleteain shalalala, apa yang kita boleh bantu ain?
ReplyDelete