Followers

23.8.10

Kanak-Kanak Sudah Pandai Berzina

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua.

Kaifa halukum? Ana bikhair, alhamdulillah.. hehehe, cakap Arab sikit pagi ni. Nak cakap banyak-banyak tak pandai. Untung kan kalau kakchik pandai cakap bahasa al-Qur'an ni. Sayangnya kakchik hanya pandai BM dan BI dan BA ni sikit-sikit saja.

Pagi ni seperti biasa kakchik akan memeriksa berita-berita di akhbar tempatan. Kebanyakannya melaporkan tentang peristiwa kanak-kanak yang menjadi mangsa liputan rumah simpanan mercun. Yang berbeza mungkin di akhbar HM. 

Mashaallah mengucap panjang kakchik membaca tajuk utama hari ni. Kakchik pasti kalian juga dah membacanya. Umur baru 12 tahun sudah pandai berzina! Astaghfirullahalaziim. Allahu Akbar! Kenapa begini sekali perubahan yang dilalui oleh kanak-kanak di zaman ini?

12 tahun berzina dengan 2 orang lelaki yang baru dikenali. Pada masa ini, yang bermain di fikiran kakchik ialah didikan bagaimanakah yang diterimanya selama ini hinggakan dia terjerumus ke kancah zina.

Gadis sunti bermukah
Oleh Nor Husaini Nor Majid
am@hmetro.com.my
2010/08/23

KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.

Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.

“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya.

Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sini.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu.

“Mereka mengakui tidak mempunyai hubungan mahram dan ketiga-tiganya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim.

Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam perkembangan sama, Azmi berkata sedikit kekecohan berlaku apabila ibu gadis terbabit dipanggil ke pejabat PADK berikutan ketidakpuasan hati wanita berkenaan terhadap tindakan anaknya dan pasangan.

“Ibu remaja itu memukul kepala, muka serta badan lelaki yang ditahan menggunakan kasut kerana tidak puas hati selepas anaknya didapati bersekedudukan, namun kekecohan berjaya dileraikan pegawai bertugas,” katanya.

Sedihnya dengan berita ini. Budak perempuan itu masih kanak-kanak, masih di bawah tanggungjawab ibu bapanya. Bagaimanakah dia boleh terfikir untuk melakukan zina? Siapakah dan apakah yang mengajar dia berbuat begitu?

Kesian sekali dengan nasib kanak-kanak itu. Cepatlah undang-undang syariah dilaksanakan sepenuhnya. Tak sanggup dah nak dengar berita-berita begini. Dibaca dan didengar oleh kanak-kanak lain, entah apa yang bakal mempengaruhi mereka. Kalau ada ibu bapa yang memberi didikan agama sepanjang masa, alhamdulillah. Bagaimana pula nasib anak-anak yang ibu bapa mereka sibuk dengan kerja dan survival hidup semata-mata?

Sampai bilakan kita nak dihidangkan dengan berita sebegini?

16 comments:

  1. astaghfirullah... nau'zubillah... :(

    ReplyDelete
  2. sama la cam saya kak chik, dulu blaja bahasa arab juga. dah lama tinggal dah terlupa. sikit2 tu boleh la.

    psl budak ni. 12thn dah baligh ke belum. pd pandangan saya tentu budak ni pernah terlihat adegan seks samada dilakukan oleh org sekeliling atau dr media. dan solatnya dan keluarga bagaimana.. kalo ibu bapa tu memastikan solat terjaga, pasti tak terjadi perkara mungkar.

    tapi org sekarang banyak meringan2kan solat..

    ReplyDelete
  3. macamne ye kita nak besarkan anak2..smeoga anak2 kita dilindungi Allah...semakin canggih teknologi, semakin hilang akhlak manusia..nauzubillahi min zalik..kesain kat budak tu..apa nak jadi?ke dia ingat benda tu tak salah?

    ade kes student suami sy, tingkatan 2, dah terlanjur dan dia tak tahu ape yg dia buat tu salah sebab selalu tgk kat TV dan filem, couple2 mesti buat "benda tu"...hiisshhh serammm!

    ReplyDelete
  4. salam kakchik.

    sy pn trkejut yg teramat sgt bila baca paper HM hari ni. T.T

    dan sy trfkr, cbrn ms skrg ni nak jd ibu bapa dh amat hebat. mcm manalah zaman sy nnti. ya Allah takutnya sy bila trfkr ttg prkara ni.

    moga Allah permudahkan utk ibu bapa dan bakal ibu bapa diluar sana utk mmddk anak mrka dgn acuan yg btl iaitu acuan Islam.

    ReplyDelete
  5. masa kita darjah 6..couple tu pun tak tahu apa benda..ni kan pulak nk berzina..

    ish3..perbezaan yang ketara!

    ReplyDelete
  6. mengucap panjang kita kan kak mas.

    ReplyDelete
  7. kak luna, soal solat ni sepatutnya perkara pokok dalam keluarga tapi zaman skrg ni yang mudah inipun tak diambil berat. mungkin itulah punca segala masalah.

    ReplyDelete
  8. catlina, gerun kakchik baca cerita pasal student tu. agaknya itulah yang mempengaruhi anak-anak remaja sekarang ni. isyk, banyaklah punca kerosakan yang tak ditutup oleh kerajaan yang jadi punca masalah sosial.

    ReplyDelete
  9. wkslm hartini. memang hebat cabarannya. kakchik saban hari dok tengok anak2 saudara kakchik membesar, tengok dengan doa, doa kerana bimbang.
    masyarakat kita kena kembali kpd Islam, cara hidup Islam.

    ReplyDelete
  10. syuE, masa tu kita takde dunia tanpa sempadan. sekarang ni sebab dunia tanpa sempadanlah segalanya melangkaui batas.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kak Cik,

    Astaugfirullah'al'azim. Berdoa sangat-sangat supaya dia terima didikan agama yg sewajarnya. Sekiranya Aja ada anak, Aja berdoa diorang dijauhi dari melakukan perkara-perkara yg seumpama ni.

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum kak chik,

    Kesian akak baca berita ni. Budak tu dah jauh terleka dengan kenikmatan dunia. Ibu bapa yang mungkin terlalu sibuk dengan urusan hal masing2 hingga anak2 dilupakan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran kepada para ibu..

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikummussalam Aja.
    Kita harap begitulah yang dilakukan oleh ibu bapa dan pihak agama kat dia slps peristiwa ni.
    Kalau tidak, kasihan la kat budak tu.
    Kakchik pun doakan begitu Aja. Tiap kali tengok anak-anak saudara, dalam hati berdoa agar Allah pelihara mereka dari gejala sosial. Begitu juga anak2 teman2.

    ReplyDelete
  14. Wa'alaikummussalam Kak Azah.
    Pengajaran ni kalau tidak betul2 menginsafkan orang yang terlibat, memang kasihan. Sia-sia lahirkan anak tapi tidak didik sebaik-baiknya. Dan sia-sia hidup atas dunia kalau sekadar nak kejar urusan dunia.

    ReplyDelete
  15. salam...
    rmja mahupun knak2 zman skrg dh terlmpau moden..=(.. hilang smua pgangan agma..

    ReplyDelete
  16. salam..
    dh terlmpau moden..mcm ni la jd nye..lupe smua pgangan agma..=(

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs