Ayam Jantan. Gambar dari sini. |
Ahna: Yalah, sejak kau kahwin la ....
Pah: Dah kahwin, kenalah ikut laki. Tempat kerja baru ni, ramai gak kawan tapi tak sama macam dulu. Eh! Ahna, mari tolong aku kat dapur, biarkan orang lelaki berborak kat depan ni.
Ahna: Ish! Tak payahlah susah-susah masak. Jom kita makan kat luar ajelah ... aku belanja.
Pah: Tak bolehlah macam tu! Kau laki bini dah jauh datang ke Kedah ni, takkan nak makan kat kedai pulak. Ni! Aku nak masak istimewa untuk kau laki bini.
Ahna: Masak istimewa?
Pah: Ha! Istimewa ... gulai ayam-ayam! Kau mesti tak pernah makan punya!
Ahna: Ha ha ha ... buat lawak la kau ni, tak berubah perangai macam dulu. Ada ke kata aku tak pernah makan gulai ayam!
Pah: He he he ... tapi ni bukan sebarang ayam tau, tapi ayam-ayam!
Ahna: Mak aih! Kau buat kenduri ke? Eh! Janganlah! Seganlah aku bila orang ramai datang ... aku datang sini nak sembang-sembang dengan kau. Kalau dah kenduri, ramai orang ... tak syok le. Kau mesti sibuk layan orang lain.
Pah: Siapa pulak kata aku buat kenduri? Kita aje, tak ada orang lain.
Ahna: Siapa nak makan gulai ayam-ayam tu?
Pah: Siapa pulak lagi? Kita la ... kita berempat!
Ahna: Masya-Allah! Larat ke nak habis?
Pah: Larat habis kata kau? Tak cukup harus! Dapat tiga ekor je.
Ahna: Tiga ekor tak banyak? Kalau dah masak sampai tiga ekor, cukup untuk buat kenduri doa selamat tu!
Pah: Dah benda tu kecil je.
Ahna: Kecil? Kau sembelih anaknya ke?
Pah: Bukan anaklah! Dah memang jenisnya kecil, tapi sedap tau ... nanti kau rasalah sendiri.
Ahna: Ooo ... ayam serama la ni ek? Boleh makan yea?! Ingatkan orang bela buat pet aje.
Pah: Eh! Kau ni, bukan ayamlah ... ayam-ayam. Kan aku dah cakap tadi.
Ahna: Ayamlah tu! Apa pulak tak samanya. Kalau ayam maknanya seekor, kalau ayam-ayam, banyak le ayamnya tu!
Pah: Ha ha ha ... aku agak dah! Kau mesti tak tau punya. Ni bukan ayam tau, ni makanan eksotik ....
Ahna: Eksotik? Spesis ular ke ni? Hee ... tak mau la aku, geli! Haram!!
Pah: Hisy!! Ke situ pulak, ini burunglah ... sejenis burung! Sedap tau.
Ahna: Burung? Mana kau dapat?
Pah: Laki aku tangkap kelmarin, pakai jaring. Kurang pulak kali ni, selalunya dapat banyak.
Ahna: Pandai laki kau tangkap ek?
Pah: Tu lah hobi dia, dan sesuailah duduk kawasan padi ni. Ada musim nangkap burung, ada musim nangkap ikan. Eh! Lagut sangat sembang ni, jomlah kita masak, hari dah tinggi!
Ahna: Ha! Jomlah, aku pun tak sabar nak merasa makan ayam-ayam ni.
Glosari
* Ayam-ayam - sejenis burung yang menyerupai ayam, mendiami kawasan berair dan berpaya (gallierex cinerea)
* Lagut - asyik
Ayam-ayam Jantan |
Ayam-ayam Betina |
Nota: Kolum Mewah Bahasa (Berita Harian) memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM).
---------------------------------------
NOTA KAKCHIK:
1. Seronok membaca dialog di atas dan lebih seronok sebab dapat belajar tatabahasa baru.
2. Hari ini semakin ramai yang ingat-ingat lupa bahawa bahasa kita adalah satu bahasa yang kaya. Ada simpulan bahasa, peribahasa dan sebagainya.
3. Orang tua-tua kata yang kurik itu kendi yang indah itu bahasa. Memang benar sekali.
Gambar-gambar dipinjam dari blog PadangHuma. Satu blog yang sangat menarik kerana pemiliknya menulis tentang spesis haiwan yang terancam.
wah menarik betul.ingatkan anak ayam tadi.hihi rupanya ada binatang ayam-ayam ni.
ReplyDeletesalam kakchik
ReplyDeleteakak tak pernah miss kolum mewah bahasa kat BH tu
kadang2 gelak sorg2...lain negeri,lain loghat,lain maknanya..
Ha'ah. Kakchik tadi pun masa membacanya sangat-sangat tertarik. bertambah vocab kita hari ni.
ReplyDeletewkslm kak kam. mesti akak peminat sastera ni. seronok membacanya kan? rugilah kalau orang tak baca ruangan yg menarik spt Mewah Bahasa ni.
ReplyDeleteinilah first time dengan ada perkataan ayam-ayam..rupanya memang ada ayam namanya ayam-ayam..Thank you kak chik.
ReplyDeleteshira ingatkan betullah ayam.. tapi ayam ayam nih memang spesies ayam kot kan.. menarik.. thanks for sharing, kakchik..
ReplyDeletesama-sama kak azah. seronok kan dapat belajar sesuatu yang baru.
ReplyDeleteshira, ayam-ayam ni spesis burung begitu juga ayam. kedua-duanya adalah burung.
ReplyDelete