Followers

9.8.10

Alhamdulillah. Cek Nuffnang Kedua Sudah Sampai

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua.

Apa khabar kalian di hari ini? Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan sedang menguruskan tugas dan amanah masing-masing dengan sebaik-baiknya. Sekarang ni kakchik sedang bertugas di bahagian Kaunter Informasi. Pengunjung pagi ni tak ramai, bila dengan 5 jari pun tak habis. Kakchik sedang kemaskini blog Zahra' ni. Nak tutup blog lama dan buka yang baru. Pemindahan fail dah siap tapi banyak lagi gambar-gambar yang belum dipindahkan.

Jadi sambil-sambil ni kakchik nak kongsikan berita gembira. Cek untuk 'cash out' kedua yang kakchik buat pada 26hb. Jun sudah pun sampai pagi semalam. Surat tu sampai kat rumah Ummi kakchik jadi kakchik tak tahu yang ia dah sampai. Cik abe pun dah terima cek dia yang pertama. Jumlah cek dia lagi banyak dari kakchik tapi takpelah sebab kakchik bukannya berlumba nak buat duit. Dapat duit, alhamdulillah.

Inilah dia ceknya:
Jumlahnya tu kakchik segan nak tunjuk.

Syukur... kaedah win-win ni banyak juga membantu duit simpanan kakchik. Jumlah dalam Nuffnang untuk bulan Julai dah melebihi had 'cash out' tapi kali ni kakchik nak simpan hingga bulan September. Duit Nuffnang ni, kakchik simpan khas untuk Tabung Laptop sebab sekarang ni kakchik terpaksa menggunakan pc cik abe dan pc Zahra'. Tak puas hati bila bukan kepunyaan sendiri.

Baiklah, itu saja untuk pagi ni. Kita jumpa lagi. Wassalam.

12 comments:

  1. wah.hehe semoga kakchik sentiasa dimurahkan rezeki dan akan dimurahkan rezeki akan dtg:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih dik sizuka. kakchik juga doakan rezeki sizuka sentiasa murah.

    ReplyDelete
  3. Salam kak cik
    kalau sudi boleh tak share..sebab bole sy tambah n ada la back-up utk treatment saya..heheh

    ReplyDelete
  4. SAlam kak Chik,

    Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka2 tu ..Semoga bertambah rezeki kak chik..akak pun tumpang gembira. :-)

    Semalam lupa nak bagitau..Akak suka layout terbaru kak chik ni. memang cantik, simple and user-friendly. I loikee it..:-)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... semoga dapat miliki laptop sendiri :)

    ReplyDelete
  6. tahniah kakchik, saya pun baru dpt my first cheque

    ReplyDelete
  7. salam kakchik..
    Alhamdulillah..
    cek dni pun dah sampai juga ;)

    ReplyDelete
  8. Wkslm fara. Hehe, boleh kakchik tahu fara sakit apa? Nak juga menyumbang serba sedikit sempena Ramadhan ni.

    ReplyDelete
  9. Wkslm kak azah. Alhamdulillah kak. Hasil blogging dan sumbangan para pengunjung blog yg setia macam akaklah.
    Terima kasih kak. Kakchik pakai layout yg disediakan oleh blogger ni, saja nak cuba.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kak e. nak kena dapat 5 kali ganda lagi baru dpt beli laptop kot.

    ReplyDelete
  11. tahniah untuk wan juga. Mesti banyak tu sb yang first.

    ReplyDelete
  12. wkslm dni. kita sama-sama happy dan syukur kan?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs