Followers

31.8.10

Hari ini takde entri baru sebab cuti Hari Merdeka Ke-53

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat Hari Merdeka!

Sumber foto: KuasaMotivasi

Alhamdulillah w/pun dah petang sempatlah kakchik mencoretkan sedikit khabar di sini. Hari ni sempena cuti Hari Kebangsaan ni kakchik belum ke mana-mana. Cuma berehat-rehat saja di rumah. Nak mengemaskini blog pun agak keletihan kerana perut yang memulas dari petang semalam.

Dah masuk petang ni baru terasa ok. Alhamdulillah.

Kakchik takde nak kata apa pasal Hari Merdeka ni cuma setiap hari berjuanglah untuk memerdekakan diri dan minda kita dari dibelenggu kehidupan yang jauh dari Islam. Hakikat merdeka bagi kakchik bukan sekadar melaungkan Merdeka! Merdeka! tapi lebih dari itu iaitu dengan berusaha menjadi hamba Allah yang merdeka.

Setiap orang mungkin mempunyai fahaman tersendiri tentang konsep merdeka ni jadi kakchik rasa, satu yang penting untuk kita masukkan dalam fahaman tersebut ialah hidup kita atas dunia ini mestilah merdeka sepenuhnya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Bukan senang nak buat tu tapi kita kenalah berusaha. 

Semoga kita berjaya memerdekakan diri kita terutamanya jiwa kita dari segala apa yang mengikat kita dengan dunia. Biarlah jiwa kita bebas dari belenggu nafsu yang lagho untuk melalui kehidupan sebagai insan Muslim yang seimbang dunia akhirat.

Sekadar itu sahaja. Wassalam.

2 comments:

  1. Waalaikummussalam kak chik,

    Kak chik tersalah makan ke? Alhamdulillah dah reda sikit, kalau tak kena diarrhea pulak.

    I always love what you wrote kak chik. Kata2 kak chik selalu memerdekakan pemikiran akak dari tersasar ke landasan yang salah. Terima kasih dan salam kemerdekaan.

    ReplyDelete
  2. Tak tahulah k.azah. Dia memulas sejak sahur 2 hari lepas. Kakchik hanya makan roti dan ratah ayam golek sikit. Suami makan juga kedua-duanya tapi dia takde pulak sakit perut. Perut sensitif la ni.

    Terima kasih kak azah. Siapalah kakchik ni kak, main tulis je apa yang terfikir di minda. Hanya dengan izin Allah saja kak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs