Nampaknya lampu merah datang awal sikit tahun ni. Nak tunggu hijau balik mungkin mengambil masa sedikit. Tapi dalam keadaan begini pun kakchik masa boleh mengikuti bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an, taklah sedih sangat bila tak dapat bertadarrus macam biasa.
Cerita pasal lampu merah ni, masih ada di kalangan kaum wanita Islam yang tidak tahu pentingnya menanda dan mengetahui tanda-tanda kembali suci. Sesuai dengan perkara ini kakchik terbaca satu artikel di dalam BH hari ni mengenai sikap sebahagian wanita Islam yang melengah-lengahkan mandi wajib.
Jom kita baca!
Kedudukan puasa ketika haid
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my
2010/08/16
Usah lengah mandi wajib
SEBAGAI umat Islam, semua wajib mengetahui istilah puasa bermaksud menahan diri daripada perkara yang membatalkan seperti makan dan minum atau memasukkan sesuatu di dalam rongga badan bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Gambar sekadar hiasan. Kredit di sini.
Namun, kesangsian terhadap sah puasa sering kali menjadi tanda tanya di kalangan wanita apabila timbul permasalahan membabitkan hukum khususnya apabila datang haid.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183-184 bermaksud, puasa yang diwajibkan ialah beberapa hari tertentu, maka sesiapa di antara kamu sakit atau musafir boleh berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa (qada) sebanyak hari yang dibuka itu pada hari-hari lain.
Bagi yang tidak berdaya qada kerana tua atau alasan lain tertentu yang munasabah, caranya adalah membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Bagaimanapun, berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah.
Penceramah Bebas, Nurul Huda Abdullah @ Abdul Aziz, berkata haid adalah fitrah bagi seorang wanita dan mereka tidak wajar menahan haid pada Ramadan kerana qada puasa itu tidak menyusahkan atau membebankan wanita.
“Dalam kes membabitkan puasa, wanita harus patuh kepada fitrah Allah. Mereka hanya wajib makan ubat menahan haid dengan syarat, ia berkesan dan tidak mendatangkan kemudaratan ketika ingin melaksanakan ibadat.
“Oleh itu, wanita harus menahan haid sekiranya ada sebab yang akan menyusahkannya dalam menyempurnakan rukun ibadat seperti tawaf di Baitullah,” katanya.
Sepanjang Ramadan, wanita juga tidak seharusnya melengah-lengahkan mandi wajib kerana puasa bermula daripada fajar terbit sehingga terbenam matahari.
“Jika seorang wanita suci daripada haid selepas waktu Subuh, tidak diwajibkan ke atasnya berpuasa, walau bagaimanapun dia diwajibkan mandi wajib seberapa segera dan menunaikan solat Subuh jika masih berbaki waktu Subuh,” katanya.
Jelasnya lagi, sekiranya seseorang wanita itu suci daripada haid pada waktu malam Ramadan atau sebelum terbitnya fajar walau seminit, tetapi dia yakin bahawa dia suci, maka dia dikehendaki meneruskan puasa kerana berpuasa dalam keadaan dirinya suci walaupun mandi selepas terbit fajar.
Sementara itu, jika wanita itu benar-benar yakin didatangi haid sebelum azan Maghrib walaupun hanya beberapa minit, puasanya dikira batal.
“Apabila terbatal, mereka boleh makan dan minum tanpa ragu, tapi masih terbatas supaya tidak mengganggu rakan lain melaksanakan ibadat puasa.
“Puasa yang terbatal pada hari itu wajib diganti tetapi perlu diingatkan, walaupun azan belum berkumandang tapi matahari sudah terbenam, puasanya tetap sah dan tidak perlu qada,” katanya.
Panduan juga bagi wanita yang mengalami haid tidak teratur, mereka perlu tahu membezakan jenis darah yang keluar dengan membezakan warna darah.
Seperti yang semua maklum, haid dikira jika darah yang keluar berwarna terang, kehitaman pekat dan berbau. Masa yang terputus daripada keadaan berkenaan dikira darah istihadah (darah penyakit).
Merujuk kepada pendapat Mazhab Maliki, Shafie dan Hambali, di samping dapat membezakan warna darah, ulama berkenaan juga mensyaratkan beberapa syarat lain.
“Pertama, tempoh keluar darah tidak kurang daripada tempoh minimum haid iaitu 24 jam, tidak melebihi tempoh maksimum haid selama 15 hari dan tidak juga kurang tempoh minimum suci di antara satu haid dengan satu haid berikutnya iaitu 15 hari.
“Sekiranya seseorang wanita mendapati masih keluar darah melebihi tempoh 15 hari, ia dianggap sebagai darah istihadah serta tergolong di dalam kategori orang uzur.
“Dari sudut hukum, wanita itu dianggap wanita yang suci, wajib menunaikan solat dan puasa,” katanya.
Kakchik tahu kita ni kadang-kadang pandang remeh terhadap hukum bersuci atau taharah. Persoalan fikah wanita ni kenalah kita ambil berat sebab banyak sangat kaitannya dengan suci bersihnya diri kita dalam nak melaksanakan amal-ibadat. Kalau tak buat betul-betul ikut hukum, alamatnya sia-sialah ibadah kita terutamanya ibadah puasa yang kita bersungguh-sungguh laksanakan ni. Tak nak la kan?
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.Wassalam.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.Wassalam.
salam kakchik
ReplyDeletelama tak menjenguk umh kakchik..intenet down dari sabtu lepas...
sbg wanita,kita kena betul2 faham dan arif ttg segala permasalahn wanita,kan...
bkn utk diri sendiri,utk mengajar anak2 dara jugak...
tq kakchik...
ReplyDeletemengingatkan saya yg mudah lupa...
:)
Assalamualaikum Kak Chik,
ReplyDeleteTerima kasih pasal share info ni. Bertambah lagi pengetahuan tentang hal2 wanita, Alhamdulillah. :)
Terima kasih kak Chik, akak akak pun tengah datang bulan ni.. Akak nak suruh dia baca article kak chik supaya dia dapat memahami hukum yang melibatkan mandi wajib ni.
ReplyDeleteVery informative..keep it up..selamat berbuka kak chik
wkslm kak kam,
ReplyDeletetakpe kak... biasalah tu. memang begitulah kak sebaik-baiknya untuk manfaat diri kita juga.
sama-sama fmina. kakchik pun sama juga, selalu lupa.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Hajar. Sama-sama Hajar. Alhamdulillah kalau ianya membantu.
ReplyDeleteSama-sama kak azah. Silakan kak. Sama-sama kita berkongsi untuk kebaikan bersama.
ReplyDelete