Followers

14.8.10

Hukuman Mati Kes Buang Bayi - KakChik Sokong!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat bercuti hunung minggu.

Pagi ni kakchik nak kongsikan berita semalam dan mahu menyatakan sokongan kakchik jika Kerajaan meminda undang-undang agar penjenayah membuang bayi dikenakan hukuman mati.

Sedutan dari BH semalam:

Hukuman mati kes buang bayi
Oleh Nazura Ngah
2010/08/13

Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun; Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi

Gambar dari BH
KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.

Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.

Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita
berada pada zaman jahiliah.

Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.

Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.

Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya.

Sama-samalah kita membantu mendidik masyarakat tentang DOSA agar mereka takut untuk BERZINA yang natijahnya adalah BUANG BAYI. Kita kena tolong kerana siapalah yang nak kita harapkan kalau bukan kita. Jangan bertangguh, marilah mulakan hari ni.

8 comments:

  1. tp nak berkesan lagi kena ubah jugak hukuman org berzina..bukan ker zina la punca buang baby yg tak berdosa tur..

    ReplyDelete
  2. terima kasih sizuka. kalau ada hukum hudud kan ke bagus.

    ReplyDelete
  3. MamaYatie, memang sepatutnya begitu. Lagi bagus ialah laksanakan hukum hudud insyaallah lebih selamat dan terjamin.

    ReplyDelete
  4. Salam teman-teman,

    sekali lihat memang bagus usaha kerajaan ini..

    tapi apa yang lebih utama adalah melaksanakan syariat Allah.. Kes buang bayi berlaku apabila berlaku perzinaan di mana perzinaan itu berjaya membenihkan seorang bayi yang tidak berdosa..

    Buang bayi dan berzina dua2 adalah dosa di sisi syariat.. Bagaimana pula sekiranya perzinaan itu tidak membenihkan bayi? Maka pastinya tiada bayi yang akan dibuang. Adilkah hukuman dikenakan ke atas org yang membuang bayi?

    Apa yang perlu dihukum adalah orang berzina. Kerana dengan zinalah lahir bayi yang tak berdosa ini..

    Hukuman oenjara 20 tahun atau bayaran RM20000 sesungguhnya adalah hukuman sekular. Bukan hukuman daripada Allah. Dan hukuman ini sah2 memang tidak akan diterima di sisi syariat..

    Kesimpulannya, kerajaan haruslah melaksanakan syariat Allah dan meninggalkan segala undang2 kufur serta meninggalkan segala tamadun jahiliyyah yang tidak bermoral..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  5. Wkslm shira.
    Terim akasih shira. Sokongan ini adalah tanda setuju diberi hukuman berat kepada pembuang bayi tapi ... ada tapinya, baiklah dilaksanakan hukum hudud dan betul seperti kata shira laksanakan syariah Islam itulah yang sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  6. salam chik..terbaru mayat bayi perempuan ditemui mati kat berita terkini tv3..sedihnyer chik..kenapa mereka macam mencabar hukum undang2 ni chik..mcm takde perasaan takut langsung..dengan ALLAH apa ntah lagi.. :(

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan pendapat wanita mustanir.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs