Followers

7.8.10

Gerai Jualan di Hari Terbuka OUM Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua.

Hari ni kakchik bersiaran dari perkarangan OUM Kelantan kerana kakchik buka gerai sempena Hari Terbuka OUM Kelantan kali ke-2. Di bawah satu khemah ni kakchik menjual buku dan abaya. Semua abaya kakchik bawa ke sini. Jadi kalau sesiapa yang ada di KB sekarang ni jemputlah singgah ya. Kakchik bagi diskaun special.

Khemah kakchik paling kanan.
Pagi tadi agak lengang tapi sebelum Zohor tadi ramai pelanggan yang datang. Sekarang ni kembali tenang jadi sempatlah kakchik songlap laptop cik abe untuk update blog. Kat depan ada beberapa orang pelanggan sedang bersembang-sembang dan kakchik pun nak naik ke atas untuk solat Zohor.

Nanti malam kakchik update dengan gambar-gambar pula.

OK, doakan jualan kakchik maju hari ni. Insyaallah kakchik akan membalas komen dan mesej malam nanti. Jika sempat dan tidak keletihan kakchik akan blogwalking ke blog kawan-kawan setakat yang mampu. Insyaallah.

Jumpa lagi, wassalam.

7 comments:

  1. Assalamualaikum kak chik,
    maaf ye kak chik sbb selalu (boleh dikatakan hari2) masuk sini tak bagi salam pun.
    sampai bila kak chik berniaga kat OUM tu? teringin sgt nak jumpa ngan kak chik ;)

    ReplyDelete
  2. salam...ala..ruginya takde kat sana..saya doakan jualan kakchik laris semuanya...

    ReplyDelete
  3. Salam kak Chik,

    Seronok tengok kak chik berniaga..kalau le akak dok dekat sure hari2 akak datang tau..

    Akak doakan semoga business kak chik mendapat sambutan. Seronok akak tengok wanita2 waja berniaga..Bukan calang2 orang boleh berniaga ni hanya mereka yang berani dan sanggup meredah cabaran je yang mampu.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Mahani. Tak apa-apa... kakchik pun selalu baca update Mahani di Google Reader. Nak komen tu kdg2 rasa cam tak reti juga. Maaflah sb baru hr ni sempat jwb komen. Gerai di OUM tu sehari je. Kalau nak jumpa singgahlah di MariBaca, insyaallah kebanyakan hari belah petang kakchik di kedai.

    ReplyDelete
  5. wkslm alasmal. terima kasih banyak. alhamdulillah jualan boleh tahan.

    ReplyDelete
  6. Wkslm kak azah.

    Alhamdulillah, berniaga memang seronok kak terutama bila dapat bertemu pelanggan menceritakan kebaikan produk jualan kita dan akhirnya pelanggan beli dengan gembira.

    Kakchik pun suka kalau ada pelanggan macam akak yg suka nak datang hari-hari ke kedai hehe.

    Cabaran memang banyak terutama bila modalnya kurang permintaannya tinggi.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dan salam sejahtera . Kami akan mengadakan Hari Terbuka Kolej Za'ba (HTKZ) ,yang merupakan acara tahunan terbesar kami. Oleh itu , jika anda berminat untuk menyewa tapak jualan gerai, samada gerai kering atau gerai basah, amat lah dialu - alukan , Details adalah seperti berikut :

    Tarikh :28 April - 1 mei
    Lokasi : Kolej Za'ba , UPSI, Tanjung Malim
    Harga sewaan tapak : RM 900

    Untuk maklumat lebih lanjut atau sebarang pertanyaan boleh hubungi 0173911247 (kay) atau boleh pm saya .terima kasih :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs