Itulah kenyataan yang perlu kita telan walaupun pahit.
Bismillah.
Semalam kita semua dikejutkan oleh berita seorang remaja 13 tahun dikelar di lehernya hingga mati oleh rakan baiknya (suspek) yang berumur 16 tahun. Astaghfirullahalaziim. Hati kakchik ini terasa amat sedih dan terharu bila menonton dan mendengar berita menyayat hati begini. Sebab apa? Sebabnya ialah kakchik terasa amat takut, terlalu takut dengan tahap keselamatan di negara kita yang semakin tidak terjamin.
Anak depan mata mak ayah pun dengan mudah boleh diculik, dibawa lari entah ke mana. Ibu yang sedang solat ada yang pernah dipukul hingga mati oleh anak yang kronik menagih dadah. Kini anak-anak awal remaja pula terlibat dengan jenayah berat.
Ya Allah... apa nak jadi dengan dunia ini? Di saat kita menempuh awal-awal Ramadhan ini, sudah terlalu banyak jenayah, maksiat dan dosa yang dilakukan hinggakan tercalar kemuliaan bulan ini. Hati ini sedih sangat. Sebab kakchik tidak mampu menjamin keadaan akan pulih, masyarakat kita mula kembali dengan cara hidup Islam. Tak berani nak jamin.
Dalam nak fokuskan diri dan jiwa dengan beramal-ibadat, kita terpaksa menghadapi perkara-perkara begitu. Memang patut tutup tv dan jangan baca akhbar dalam bulan ini. Tapi, amanah yang dipikul tetap juga memerlukan ianya dibuka, ditonton dan dibaca. Mahu menutup mata dari semua itu tapi bila kembali ke alam realiti di luar sana, jiwa jadi sesak, sesak dengan gejala dosa yang begitu melata.
Ya Allah... beginikah akhir zaman?
hurm...peningkan bila memikirkan masalah masyarakat kita? rasa nak marah pun ada...tapi kita taktau sebab...rasa sedih..semua bercampur baur...
ReplyDeleterasa seronok jumpa blog kakchik ni..rasa dekat dan banyak muhasabah diri...Alhamdulillah..
aZa, itulah, sangat memeningkan kepala. entah bagaimana agaknya para pemimpin kita memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah ini yang semakin kompleks dari hari ke hari. lagilah pening.
ReplyDeleteTerima kasih aZa. Alhamdulillah kalau itulah yang aZa rasa.
Salam kak chik,
ReplyDeletekalau kak chik pergi ke sekolah2 sekarang, tentu kak chik akan menggeleng kepala dan mengucap panjang bagaimana sikap dan behaviour remaja2 sekarang. samapaikan kekadang cikgu naik takut nak tegur sebab students ada yang mengugut. Umat akhir zaman.
hmm betul tu umm..sekolah bagi aza cabaran yang dahsyat juga...sangat kagum aza dengan para pendidik yang menggunung tinggi sifat sabarnya...
ReplyDeletepenat dengan murid satu hal..dengan ibu bapa lagi? sekarang zaman parents asyik menangkan anak...berbeza sangat dengan dulu..macam mana anak nak jadi orang..pastu sikit 'see u in court'..
Ya Allah...kau limpahkan rahmat kesabaran dan kebijaksanaan untuk para pendidik ini...ameeenn...
Wkslm kak azah.
ReplyDeletekakchik mgkn tak perlu ke sekolah kak sebab saban hari pelajar-pelajar sekolah singgah ke perpustakaan tempat kerja kakchik. kalau dilihat akhlak mereka di sana pun sdh boleh imagine bagaimana mereka di sekolah.
Membimbangkan sekali.
salah satu tanda akhir zaman ialah ibu bapa melahirkan 'tuannya' itulah cerminan paling tepat dengan situasi ibu bapa menangkan anak dari pendidik di zaman ini.
ReplyDeletesemoga Allah makbulkan doa aZa.
Orang kita ni senang nak terpengaruh dengan luar,
ReplyDeletetambahan lagi, orang seperti sudah tidak takut dan hormat dengan undang-undang yang ada sekarang.
Kenapa yea, jika zaman dulu, orang dengan tidak dengan sewenang-wenangnya mencederakan atau membunuh orang?
Berbeza dengan sekarang.
Orang kita ni senang nak terpengaruh dengan luar,
ReplyDeletetambahan lagi, orang seperti sudah tidak takut dan hormat dengan undang-undang yang ada sekarang.
Kenapa yea, jika zaman dulu, orang dengan tidak dengan sewenang-wenangnya mencederakan atau membunuh orang?
Berbeza dengan sekarang.