Followers

30.8.10

Penyakit Malas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Di tengahari yang panas ni terasa amat malas nak masuk ke pejabat. Lagi seronok duduk di Kaunter saja. Hehe... bukan apa, bila masuk ke pejabat, dok sorang-sorang tapi di luar ni ramai orang. Kalau terasa mengantuk dapat cepat-cepat di kawal. Kalau dalam pejabat, kenalah bergerak ke sana ke mari. Kalau tidak, boleh tertidur dibuatnya.

Sebentar lagi akan masuk waktu Zohor. Dalam masa sejam untuk rehat dan solat tu bolehlah diambil kesempatan sebentar untuk menyambung tadarrus. Lepas tu bolehlah kembali menyambung kerja.

Tadi pagi kakchik rancang nak keluar mengepos bungkusan jika sempat tapi tak dapat keluarlah. Mungkin lepas Zohor kakchik akan cuba ke pejabat pos. Nak pos secepat mungkin abaya pelanggan dan buku yang dipesan.

Ok, lah dulu... penyakit malas ni nak kena ubat, jadi kakchik kena beransur masuk pejabat la. Hari ni rilek sikit ni sebab akaun dah kemaskini semalam. Dah tak pening-pening kepala dah hari ni.

Till then, wassalam.

8 comments:

  1. hari Isnin mmg mood lambat sampai..
    bila dah panas, esok cuti blk..selasa nak kerja plak,mesti malas lgk..huhu

    ReplyDelete
  2. salam kakchik
    sy pun dah kena penyakit malas dah..takde mood nak membaca,so sy ziarah blog2 kakchik!;)

    ReplyDelete
  3. salam kak chik,

    Bukan akak chik sorang je kena penyakit malas ni. Akka pun selalu gak kena..:-)

    ReplyDelete
  4. Salam kakchik,

    Kalau org lain mengalami monday blues,saya pulak sebaliknya,monday hari yg paling busy bg saya,kerja yg terkumpul hjg minggu (sat & sun) membuatkan saya automatik cergas setiap pagi isnin...tambah2 pulak hr ni last day saya bekerja.(cuti raya)tapi abis raya saya terus masuk kerja balik..huhu.nak buat mcm mana..tpaksa bergilir dgn staff lain.kalau semua org nak beraya sape pulak nak kerja nanti..haru pulak jadinya.

    oklah,selamat meneruskan ibadah puasa.

    ReplyDelete
  5. sop, hari isnin ni kakchik dah masuk hari kedua bekerja tapi mood lambat juga datang sebab dah banyak yang selesai pada hari ahad. hari ni cuti, esok mood kerja tak tahulah macamana.

    ReplyDelete
  6. wkslm rose. malas nak membaca buku, jenguk blog kakchik ok jugak hehe. terima kasih rose.

    ReplyDelete
  7. wkslm kak azah.
    hehe, sekali-sekala takpelah kan kak? tapi kakchik risau sebab dah beberapa hari mood tak berapa bagus untuk kerja.

    ReplyDelete
  8. wkslm alasmal.
    bagusnya begitu. kakchik sunday takde monday blues ni sebab mula kerja hari sabtu. kena panggil saturday blues la :)
    adat kita bekerja kenalah begitu. tapi kakchik beruntung sikit sebab semau staf sama2 cuti dan sama2 masuk kerja.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs