Followers

7.8.10

Gambar-Gambar Sekitar Hari Terbuka OUM

Assalamualaikum teman-teman semua.

Sebagaimana yang dijanjikan, inilah dia gambar-gambar kenangan yang sempat kakchik rakam di gerai siang tadi.

Sebelah pagi:

Baru siap menyusun-atur barangan.
Bawa banting MariBaca satu je, nasib baik ada banting iklan buku PTS.
OUM akan sentiasa di hati walaupun ini semester terakhir kakchik di sini.
Cuaca hari ni cerah dan sangat berangin, beberapa kali abaya jatuh ditiup angin.
Semua stok abaya yang siap untuk dijual kakchik bawa.
Semua pegerai baru siap berkemas. Yang biru tu gerai khas OUM.
 Tengahari:

Pelanggan mulai ramai.
Ramai juga yang berminat dengan abaya tapi tak ramai sangat yang membeli kerana kurang bajet. Tak apa... mereka pasti ke kedai selepas ni. Insyaallah.
Petang:

Pelanggan berkurangan.
Dalam jam 5 lebih kami berkemas dan selesai hampir jam 6.30 petang. Terus ke Maribaca untuk menghantar stok yang tidak habis dan juga pembantu kakchik yang tinggal berdekatan dengan Billion. Hari ni tak masak lagilah nampaknya. Kami singgah di Cherang untuk membeli Nasi Kerabu yang enak di gerai ini:

Memang sedap. Gerainya juga kemas dan bersih.
Tersusun dengan rapi.
Kalau nak tengok lebih banyak gambar pasal gerai nasi kerabu ni bolehlah singgah di sini: http://shoppingdikelate.blogspot.com/2010/06/what-delicious-nasi-kerabu.html

Cukuplah untuk hari ni. Semoga kalian terhibur. Wassalam.

9 comments:

  1. Seronoknya tengok buku2 yang kak chik jual..aduhai banyaknya..memang menarik ditambah pula dengan abaya2 yg kak chik jual tu.

    Ini adalah satu cara utk mempromosikan kedai kak chik dan Insha ALLAH akak pasti selepas ini bertambah ramai pelanggan kak chik..naik seronok dan syok lak akak..hehehe..

    Dan alahai, kak chik ni memang sah glamour dan cantik sungguh ler, memang benar apa yg dikata abaya butterfly tu really enhance kecantikan muslimah sejati..waduh! tak tahan..nak kena order gak ni..

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah banyak dapat sale tambah2 lagi dekat ngn puasa ni. Mungkin ramai yang nak beli abaya untuk raya atau untuk ke sembahyang terawih nantikan

    ReplyDelete
  3. sedappppppnye nasi kerabu.hoho~

    ReplyDelete
  4. salam kakchik
    nasi kerabu kelate yg ori tu benar2 mengamit rindu la...

    ReplyDelete
  5. Wkslm kak azah,

    Terima kasih kak. Buku tu bawa sikit je kak sebab nak sesuaikan dgn target yg datang. Tahun lepas lagi banyak kakchik bawa. Tapi sebab dah ada abaya, tahun ni kena bagi ruang untuk abaya separuh.

    Selalu masuk pameran jualan begini kak, asalkan kakchik tak sibuk pada masa ia berlangsung.

    Hehehe... biasa ajelah kak azah, yg penting nak sopan sepanjang masa.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah fahmi. Rezeki tak banyak sangat tapi dapat juga untung. Moga-moga para pembeli buku dan abaya akan dapat manfaat.

    ReplyDelete
  7. sizuka kena cuba nasi kerabu kat situ, mmg sedap sangat.

    ReplyDelete
  8. wkslm kak kam. kesian akak, nanti balik kg, make sure singgah kat gerai tu ya kak.

    ReplyDelete
  9. salam kakchik...
    abaya hok hitam merah tu size s ade dop??

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs