Followers

22.8.10

Bukan Laksanakan Apa Saja Tapi Syariah Islam...

Kakchik sekadar nak bagi pandangan. Kakchik kurang setuju dengan cadangan Perunding motivasi dan psikologi, Dr Mohd Jantan dalam berita di bawah:

myMetro
Laksana apa saja elak buang bayi
2010/08/22

KUALA LUMPUR: “Laksanakan apa saja asalkan dapat mengurangkan gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa hari ini,” kata Perunding motivasi dan psikologi, Dr Mohd Jantan sewaktu dihubungi mengenai kes buang bayi yang tiada kesudahan.

Menurutnya, paling penting adalah langkah pencegahan berkesan supaya remaja sedar betapa pentingnya menjaga maruah diri dan mengelak terjebak gejala sosial.

“Selain itu, ibu bapa sangat penting dalam membantu mencegah kegiatan tidak bermoral ini dengan memberi sokongan dan menerima seadanya keadaan anak mereka.

“Jika kita lihat, kebanyakan yang terlanjur adalah gadis masih bersekolah dan berusia belasan tahun. Mereka masih di bawah umur dan tidak tahu membuat keputusan.

“Waktu inilah peranan ibu bapa sangat penting untuk terus memberi sokongan, bukan memaki hamun supaya mereka tidak berasa terpinggir, sekali gus mengelak peningkatan kes buang bayi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kena lebih spesifik. Caranya mestilah halal dan mengikut hukum Islam. Yang sebaiknya ialah kerajaan kita melaksanakan undang-undang syariah Islam sepenuhnya terutama Hukum Hudud yang meliputi jenayah Zina. 

Orang berzina ni mereka tak takut dengan hukuman yang ada sekarang ni. Kena denda, mereka boleh bayar. Kena penjara, ala... tak lama boleh keluarlah. Kena hukuman gantung, takde kesan pada masyarakat sebab dihukum di tempat tertutup dan tiada siapa tahu bila dilaksanakan. Tak gerun. Tak takut. Berulang lagi jenayah zina.

Laksanakan Undang-Undang Islam sepenuhnya, kakchik rasa itulah yang sebaiknya.

4 comments:

  1. salam kak chik,

    Akak setuju hukum hudud dilaksanakan. Perunding motivasi tu belajar cara barat sebab tu method pun cara barat. Tengok mcm Lindsay Lohan tu, keluar masuk rehab masih gak macam tu..macam tu ler kalau benda yg sama diapply kat Malaysia..Remaja2 ni asyik keluar masuk je pusat2 macam tu..

    ReplyDelete
  2. salam kakchik..
    dni setuju...
    sepatutnya ikut undang2 Islam.. takat hukum dapat jamin balik mana orang takut. ni sampai buang2 bayi.. dasyat sungguh sikap diorang tu.. patut bagi hukuman setimpal..

    ReplyDelete
  3. wkslm kak azah. tegas betul pandangan akak. salute kak. moga2 kerajaan Malaysia terbuka hati untuk laksanakan hudud ni.

    ReplyDelete
  4. wkslm dni.
    hujah sokongan yang diterima.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails