Followers

21.6.11

Apa beza antara abaya dengan jubah?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT sebab hari ni awal pagi lagi dah ada kesempatan untuk mengemaskini blog. Itu pun selepas kakchik membaca komen terbaru dari ukhti syikin yang juga turut bertanyakan soalan di atas. Sebenarnya soalan ini sudah acap kali kakchik terima daripada pembaca blog, pelanggan Abaya Elegan dan juga teman-teman di facebook. Rasanya elok kakchik tulis satu entri menyediakan jawapannya (berdasarkan pengetahuan kakchik yang sedikit dan pengalaman kakchik memakai jubah sejak 1990 hingga 2007 selebihnya kakchik memakai abaya) agar di lain kali sesiapa saja boleh merujuk kepada entri ini.

Baiklah, jom kita tengok apakah perbezaannya.

Jubah

Contoh jubah seperti yang kakchik punya.

Perkataan jubah ini ialah panggilan orang Malaysia kepada jilbab iaitu sehelai baju labuh yang longgar dipakai oleh para wanita Islam sebagai pakaian luar untuk menutup aurat. Kalau 20 tahun dulu jubah ini biasanya dipakai oleh wanita-wanita yang terlibat dalam gerakan Islam seperti PAS, Al-Arqam (sebelum diharamkan) dan Tabligh, kini jubah telah mengalami transformasi yang amat besar dan dipakai oleh semua golongan wanita Islam. Dulu-dulu susah nak jumpa jubah yang berwarna selain dari warna hitam atau warna-warna gelap yang lain. Hari ni kita boleh melihat jubah direka dalam pelbagai warna dan corak.

Ini ialah makna Jilbab mengikut wikipedia:
The term jilbāb or jilbaab (Arabic جلباب) is the plural of the word jilaabah which refers to any long and loose-fit coat or garment worn by some Muslim women. They believe that this definition of jilbab fulfills the Quranic demand for a Hijab. Jilbab or Jilaabah is also known as Jubbah or Manteau (which is the French word for coat or mantle).
The modern jilbāb covers the entire body, except for hands, face, and head. The head and neck are then covered by a scarf or wrap (khimar). Some women will also cover the hands and face (niqab).

Sepanjang memakai jubah kakchik langsung tidak suka pakai yang berwarna gelap kecuali sehelai iaitu jubah pertama yang dijahit oleh mak kawan baik kakchik semasa di tingkatan 4 dulu, warna coklat tua. Selebihnya adalah jubah-jubah berwarna pastel. Memang masa di sekolah menengah dulu kakchik tak suka warna gelap terutama hitam hehe tapi sekarang sebaliknya pula. Wanita gerakan Islam dulu memakai jubah berwarna gelap dan materialnya agak tebal, biasanya jenis kain seluar lelaki. Tapi kini sudah jauh bezanya. Cuba tengok contoh di bawah.

Contoh jubah moden.

Contoh jubah moden.

Kakchik memakai jubah sebagai pakaian luar atau umpama kot iaitu masih memakai pakaian lain di dalamnya seperti sepasang baju kurung, skirt labuh mahupun seluar panjang. Sebenarnya terserah kepada individulah nak pakai apa di sebalik jubah tu kan hehe. Material jubah pula ialah jenis yang agak tebal kerana untuk memenuhi fungsinya menutup aurat dengan sempurna. Pilih yang jarang kan tak penuh syarat pulak terutama kalau kat dalam tu tak pakai apa-apa. Huhu bahaya. Itu masa kakchik pakailah... orang sekarang ramai yang pakai jubah begitu saja tanpa sebarang alas kecuali 'petticoat' atau seluar kerana potongan jubah kini semakin mengikut bentuk badan, tidak selonggar zaman dulu.

Entahlah, ini juga terserah kepada pilihan masing-masing. Kalau kita memilih jubah yang longgar maka insyaAllah terjagalah bentuk badan kita tu tapi jika sengaja memilih yang potongannya ada 'shape', ada 'dart' di belakang, maka nampaklah jubah itu mengikut bentuk badan kita. Bila sengaja ni tak dapatlah 'den nak menolong' kata sesetengah orang. Kena tanya niat masing-masinglah kan. Apa yang penting pakailah apa saja asalkan memenuhi syarat pakaian wanita Islam iaitu menutup aurat dengan sempurna. Kena faham konsep hijab insyaAllah kita akan faham konsep menutup aurat ni.

Mari kita tengok apa pulak makna abaya mengikut ilmu dan pengalaman kakchik.

Abaya

Pada pandangan kakchik abaya ni ialah secara fizikalnya sama saja dengan jubah ialah sehelai baju labuh yang longgar umpama sehelai gebar yang dipakai di atas pakaian lain bagi menutupi badan apabila keluar dari rumah. Abaya majoritinya berwarna hitam tapi ada juga yang berwarna-warni cuma tidak begitu digemari. Apa yang kakchik tahu abaya ni ada dua jenis iaitu 'overhead abaya' seperti yang dipakai oleh wanita-wanita Iran yang juga dipanggil 'chador' dan satu jenis lagi ialah 'shoulder abaya' iaitu jenis abaya yang nampak seperti jubah. Inilah yang biasa kakchik pakai.

Contoh 'overhead abaya'.

Contoh 'shoulder abaya' moden.

Contoh abaya 'butterfly' juga sejenis 'shoulder abaya'.

Mengikut Wikipedia, makna abaya ialah:
The abaya "cloak" (Arabic: عبايةʿabāyah or عباءة ʿabā'ah, plural عبايات ʿabāyāt) is long over garment essentially a robe-like dress, worn by some women in parts of the Islamic world.
It is considered an Arabic cultural dress integrated into the hijab, or Islamic dress, for many countries of the Arabian peninsula such as Saudi Arabia or United Arab Emirates, where it is the national dress.
Traditional abayat are black and may be either a large square of fabric draped from the shoulders or head or a long caftan. The abaya covers the whole body except the face, feet, and hands. It can be worn with the niqāb, a face veil covering all but the eyes. Some women choose to wear long black gloves, so their hands are covered as well.

Memanglah dulu hanya wanita Arab yang pakai abaya ni sebab ia menjadi pakaian tradisi mereka seperti baju kurung bagi kita. Tapi hari ni abaya telah menjadi pakaian wanita Islam di seluruh dunia kerana makin ramai Muslimah suka memakainya kerana sebab-sebab agama bukan kerana adat atau tradisi. Ini kerana abaya itu berwarna hitam dan hitam ialah satu warna pakaian sunnah. Selain itu abaya juga adalah longgar dan dipakai di atas pakaian sedia ada sebab itu ia dipanggil 'cloak' atau gebar/selimut yakni bila kita nak ke mana-mana hanya perlu menyarungkannya tanpa perlu menukar pakaian kita.

Perubahan masa, perbezaan kerjaya, pilihan pakaian, fesyen dan sebagainya telah membuatkan kakchik kini lebih selesa memakai abaya walau ke mana saja. Tambahan pula kakchik tahu abaya yang berwarna hitam ni ialah pakaian sunnah, pakaian yang dipakai oleh Ummahatul Mukminin, pakaian wanita solehah. Jadi, apa salahnya kan jika kakchik suka nak pakai abaya ni setiap hari. Semoga niat memakainya ialah untuk ibadah semata-mata bukan untuk menunjuk-nunjuk. Abaya yang nak dipakai pun kena pilih-pilih juga sebab takut menjadi tabarruj pula kerana abaya zaman moden pun makin hilang fungsinya yang sebenar.


Oleh kerana abaya ni warnanya hitam, pilihan materialnya adalah sangat penting. Kakchik memilih untuk memakai abaya yang dijahit di Dubai, Qatar dan Arab Saudi kerana jenis materialnya yang selesa dipakai di dalam cuaca panas negara kita. Kita tahulah warna hitam ni menyerap haba tapi material seperti crepe internet, nida, saloona, lexus, dan cobra (sekadar menyebut beberapa contoh kain) sangat selesa dipakai. Ianya tidak terlalu tebal atau nipis kerana sifatnya sebagai pakaian luar jadi takde masalah untuk dipakai hari-hari.

Selain itu, potongan abaya Dubai (negara teluk) ni ialah jenis bentuk A dan 'princess cut' yang mana ia kembang ke bawah. Itulah yang menyelesakan bila berjalan. Potongan ini juga lebih berjaya mengelakkan bentuk punggung kelihatan. Nak tahu betul atau tidak kenalah tanya orang yang biasa memakainya. Ia berbeza dengan abaya yang dihasilkan di KSA, Indonesia dan Vietnam kerana potongannya lebih kepada lurus sebab itu ada abaya yang mempunyai belahan di kiri dan kanan kerana agak sempit.

Begitulah lebih kurang apa yang kakchik tahu tentang beza antara jubah dan abaya. Semoga sedikit-sebanyak dapat membantu menjawab pertanyaan teman-teman semua. Allahua'lam.

37 comments:

  1. kak chik :X:X ni yang sayang bangat ni.. penerangannya mantap... :X

    ReplyDelete
  2. owhhh mcm tuu... baru tau perbezaannya.. tq atas info...

    ReplyDelete
  3. salam kakchik, lama tak catat komen ni. selalu jenguk saja, tak sempat nak tulis apapun.
    Alhamdulillah Allah bagi kelapangan sikit hari ni.
    Terima kasih atas perkongsian ilmu, mmg duk cari juga maklumat beza abaya dgn jubah ni, kwn2 duk tanya.

    ReplyDelete
  4. Salam kakchik.

    Wahhh macam discovery channel pula kakchik menulis kali ni :)

    Tapi sangat berterima kasih atas info yang kakchik beri. Memang zaman sekarang rata-rata yang pakai jubah tanpa pakaian lain di dalamnya. Dan bila Latifah pakai jubah, ada kawan-kawan yang tegur kenapa pakai sampai berlapis-lapis(merujuk kepada baju yang kat dalam jubah tu). Senyum je la.

    Teringin juga nak beli abaya, tunggu la bila dah kerja nanti, insyaAllah. Sekarang ni budget selalu barai, lagi-lagi baru habis belajar ni kan ;p

    ReplyDelete
  5. sama-sama syikin. syukur bila syikin puas hati dengan jawapan kakchik.

    ReplyDelete
  6. nurul, ini hanya pada pandangan kakchik aje ya. lain orang mungkin lain pula fahaman mereka.

    ReplyDelete
  7. asha, berkenan yang mana satu?

    ReplyDelete
  8. wkslm umi. tentu sibuk tu, sebab itu tak sempat nak tulis komen kan? sama-sama umi, boleh kongsi ilmu yang sikit ni jadilah umi, buat bekalan di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  9. wkslm latifah.
    hehehe, betul ke? kan gulung tikar pulak discovery channel tu hehehe.
    sama-sama. kalau dah membantu latifah tu kakchik pun gembira.
    skrg ni harga jubah pun dah makin nak sama dgn harga abaya. abaya tu dia mahal sikit sebab import. nanti dah ada pendapatan tetap bolehlah beli sehelai dua ya :)

    ReplyDelete
  10. nadiah pun ada tanya benda yg sama. nadiah tanya kat kakchik jgk ke dulu? lupa la. nadiah teringin nak ada abaya tapi harganya..uhuhu..mahal la kakchik. kalau jubah biasa bwh rm100 byk boleh dpt. tunggu suami habis belajar dulu kot baru beli :)

    ReplyDelete
  11. salam kakchik..

    mohon pencerahan sedikit.. dalam entri ini kakchik beritahu yg abaya hitam pakaian sunnah.. bukankah sunnah itu merujuk kepada sunnah Rasulullah s.a.w.? maaf kalau saya kurang memahami tulisan kakchik itu dan syukran utk pencerahan..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum k.chik, saya ni alhamdulillah dah 14 tahun pakai jubah, macam uniform pulak rasanya. senang tak payah fikir tentang fesyen dan trend semasa. up to date by itself.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum

    kak chik..saya ada email satu soalan pd kak chik..sy harap kak chik sudi menjawabnya..

    terima kasih kak chik.

    ReplyDelete
  14. kak chik.. kalau abaya "overhead" tu mahai tak...

    subhanAllah.. baru syikin teringat.. selalu tengok perempuan2 arab foreigner.. macam pakai baju kaftan... tapi lengan panjang dan lebar... abaya rupanya...

    nak kna p usha harga kat kak chik.. simpan sket2 insyallah .. hehehe

    ReplyDelete
  15. Nadiah, kakchik pun tak ingat ada ke tak nadiah tanyakan pasal ni. Mungkin ada. Abaya ni nadiah sebenarnya ada yang murah dari RM100 tapi kena beli di KSA atau di Dubai. Kualiti pun rendah sikit. Abaya yang kakchik jual tu modalnya saja sudah lebih dari RM100 sehelai, pas tu kena campur kos2 yang lain barulah letak harga. Untungnya kecik sebab bisnes kecil2an saja. Takpe... simpan duit dulu nanti mulakan beli yang RM150 tu. InsyaAllah selesa.

    ReplyDelete
  16. Wkslm Sakinah.
    InsyaAllah kakchik cuba cerahkan maksud ayat kakchik dalam entri di atas. Sunnah ni dar segi bahasa maksudnya ialah contoh jalan atau cara yang baik. Bila kakchik sebut pakaian sunnah maknanya pakaian yang menjadi contoh yang baik kepada orangramai. Sunnah ada yg baik dan ada yg buruk.

    Untuk bacaan lanjut cuba Sakinah lihat di sini: http://abuzubair.wordpress.com/2008/12/17/pengertian-sunnah/

    ReplyDelete
  17. wa'alaikummussalam ummi nazihah.
    syabas ummi nazihah. memang bila dah biasa, ia akan dengan sendiri dapat kita sesuaikan dengan keperluan dan keadaan diri kita.

    ReplyDelete
  18. wa'alaikummussalam lin.
    alhamdulillah kakchik sudahpun membalas email tersebut lin.

    ReplyDelete
  19. syikin, setahu kakchik abaya 'overhead' yg import memang mahal sebab pakai banyak kain. kalau yg dari Indonesia mungkin murah sedikit, sekitar RM150 - RM200 barangkali. abaya ni kalau ada tukang jahit tempatan yg pandai, boleh je upah diorang jahitkan syikin. asalkan dapat kain yg selesa lerang 60" insyaAllah boleh buat murah.

    ReplyDelete
  20. terima kasih kak chik...baru terbaca entry ni...agaknya yg mak nani beli kt mekah tu abaya la kot..kale hitam2 pastu kembang je kt bawah.

    ReplyDelete
  21. nuwairani ismail, sama-sama. kalau kat mekah yg kembang tu betullah abaya. kalau jenis lurus je pastu banyak sulam itu selalunya jalabiya.

    ReplyDelete
  22. salam. baru saya tahu perbezaan jubah & abaya. ingatkan sama. alhamdulillah, ilmu baru. jazakillah :)

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum kak chik...salam perkenalan..byk info yang berguna kepada umie...umie pun pakai jubah tp time waktu bekerja..kalau hujung minggu umie selesa berseluar panjang..tp umie lebih selesa berjubah kalau kuar rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikummussalam umie. salam perkenalan kembali. terima kasih berkongsi pengalaman. sebenarnya pakailah apa saja asalkan selesa dan menepati kehendak agama kita. insyaAllah hati kita tenang :)

      Delete
  24. saya suka umbrella cutting or A sbb besar di bahgn pinggang ke bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dipakai jadi beralun-alun gitu kan Nuha?

      Delete
  25. Thanx sebab bagi informasi yang padat tentang abaya and jubah ni. Sebab saya pun berniaga jubah, kadang-kadang agak keliru antara kedua-duanya. Love Kakchik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Seri Jelita. Syukurlah dapat membantu :)

      Delete
  26. Salam..sy ad mnjual jubah abaya..bminat sms 0132643039...boleh whtups..

    ReplyDelete
  27. Salam sis. Satu maklumat yg sgt bagus bg sy yg baru berjinak2 dgn jubah...

    ReplyDelete
  28. Thanks. Maklumat yg sgt bagus.

    ReplyDelete
  29. Apakah kirim ke Indonesia bisa?

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum, saya nak tanya kain apa yang sesuai untuk buat abaya?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails