Tergerak hati saya untuk berkarya video ini pada detik 1Hijrah 1430H, saya yakin ketika saya masih bermuhasabah dan menulis, Makhluk Allah di alam ini tetap melakukan ibadah mengikut kaedah masing-masing, alam semesta yang tawaf mengikut paksinya, gunung-gunung, pokok-pokok, dan haiwan kekal beribadah mematuhi perintah Allah memngikut sunnatullah masing-masing. Bahkan sebahagian besar dari manusia sedang melaksanakan ibadah.. Moga saya tergolong dari golongan besar yang beribadah dan dihindar dari menjadi golongan manusia yang banyak pula di antara manusia yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Haj 22: 18 ,
"Tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Segala Yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? dan banyak pula (di antara manusia) Yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa Yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa Yang dirancangkanNya."
(Al-Hajj 22:18)
p/s : Semasa bermuhasabah, hati terasa terkesan apabila mendengar nasyid bertajuk "Semesta Bertasbih" nyanyian Opick yang akhirnya mengundang gerakan suara hati untuk berkarya sebuah video editing mengenai lagu itu.. Cukup tersentuh....
================================ Nota kakchik:
Lagu-lagu nyanyian OPICK adalah antara lagu yang kakchik suka kerana ia menggamit hati untuk mengingati Allah. Tulisan dan video di atas adalah hakmilik penafatihv2 di Youtube.
Thanks for sharing, Kak Chik. Suka part, dzikir tu. Subhanallah :)
ReplyDeleteYou are welcome Nisa'. Ya Robbi Ya Robbi Allah Allah Ya Robbi Ya Robbi Allah... Subhanallah Subhanallah x infiniti.
ReplyDeletekakchik pun suka.
bestnya kak chik, thanks for sharing kak chik. You always came out with something very valuable for others to share.
ReplyDeleteSama-sama kak. Mana yang kakchik suka dan rasa bermanfaat, eloklah kakchik kongsikan, betul tak?
ReplyDelete