Followers

29.8.10

Gambar-Gambar Iftaar di Restoran Syam Bungamas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah... syukur rasanya dapat menghirup udara segar dari tingkap yang terbuka ni. Seronok dapat duduk di kerusi ini, menaip sambil merasai tiupan bayu pagi yang sangat nyaman. Terima kasih ya Allah.

Sementara nak tunggu masa untuk bersiap ke pejabat, kakchik nak masukkan beberapa keping gambar yang diambil semasa iftaar beberapa hari lepas di Restoran Syam Bungamas di Berek 12, Kota Bharu.

Maafkan kakchik sebab lambat meletakkan gambar-gambar ni. Bukan apa... gambar yang diambil tidaklah banyak sebab kakchik segan semasa berada di dalam restoran. Terlalu ramai orang lelaki, jadi nak bangun ke sana ke mari mengacukan kamera rasa tak selesa.

Gambar yang diambil pula, lupa nak setting kepada 'night' jadi kalau hala ke arah cahaya jadilah gelap. Makanya ini saja yang agak terang untuk tatapan umum.

Papan tanda di luar restoran.

Pintu masuk. Ingatkan kecil saja tapi di dalam luas.

Hidangan berbuka kami. Yang kurang ialah kurma.

Meja yours truly.

Restoran ni dua tingkat rupanya.

Gelap. Tangga naik ke atas. Di bawahnya surau.

Makanannya alhamdulillah sedap cuma kalaulah tom yam tu dihangatkan sepanjang masa lagi bagus. Masa kami berbuka tu tomyam dan 'stale'. Kalau nak berjamu selera dalam jumlah yang besar, memang restoran ni sesuai kerana ruangnya luas, meja bulatnya juga besar hinggakan kami kena berdiri bila nak ambil lauk.

Hehe, tangan pendek pun ya jugak.

Kata cik abe, yang tak best ialah tempatnya di tepi jalan yang sibuk dan juga ruangan parking yang terhad. Malam tu kami parking agak jauh dari restoran. Tapi kakchik tak kisah, dapat exercise lepas makan,bagus juga kan?

Ok, nak bersiap ke pejabat dulu. Selamat bercuti bagi yang cuti hari ni. Kami di Kelantan hari ni kerja. Wassalam.

4 comments:

  1. teringat dkt arwah mak mertua...dia suka sgt mkn di sini setiap kali puasa...Ramadhan tahun lepas kenangan terakhir kami berbuka dgn arwah 2 kali kat sini...

    ReplyDelete
  2. Br, tentu kakchik dah mengembalikan nostalgia br bersama arwah. Semoga kenangan2 lain yang indah2 juga akan diingati ketika beliau masih hidup. Al-fatihah untuk arwah mak mertua Br.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak chik,

    Nampak menyelerekan makanan2 yang disediakan di restaurant Syam kak chik dan paling best bila dapat berbuka bersama2 rakan sekerja maybe dilain waktu pihak restaurant akan lebih peka akan kekurangan2 yang masih perlu diperbaiki.

    ReplyDelete
  4. wa'alaikummussalam kak azah.
    makanannya alhamdulillah sedap juga kak tapi itulah, mgkn diorang hidang awal sangat jadi sejuklah sikit. kami biasa berbuka dengan makanan yang hangat, tu yang kurang umph tu. mungkin ada yang akan sampaikan komen kakchik kat pihak restoran.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs