3.2.12

PESAN TOK GURU: Nikmat Paling Besar

0 comments
‎"Kasihnya Allah SWT kepada kita sehingga disiapkan bumi dengan segala kelengkapannya sebelum dijadikan manusia dibumi. Sepertimana kita yang ingin menerima menantu, kita adakan majlis kenduri dengan segala persiapan seperti khemah, lauk-pauk sehingga kepada air basuh tangan disediakan untuk rombongan menantu yang tiba di hari perkahwinan. Ini menunjukkan sanjungan kita kepada rombongan menantu yang bakal tiba, demikianlah juga kasih Allah SWT bahkan ia jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kasih kita kepada bakal menantu."

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 6 Januari 2011.

[admin] Video di bawah menceritakan nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam.

31.1.12

Ke Kuala Lumpur Untuk Berseminar Lagi.

0 comments
BISMILLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kuala Lumpur, kakchik datang lagi! Hehehe... tiba-tiba teringatkan iklan MOPIKO. "MOPIKO Lai Lai!" 

Kakchik sebenarnya takde idea nak tulis apa hari ni. Bila banyak tugas nak dilakukan maka idea nak menulis jadi kurang. Kalau ada pun tak tahu nak dikembangkan macamana.

Tapi, oleh kerana esok kakchik akan ke KL, rasanya nak tulis sikitlah tentang tujuan kakchik ke sana.

InsyaAllah kali ni kakchik nak menyertai program Dr. Azizan Osman lagi. Program keempat yang kakchik sertai. Nama ringkas program ni ialah IMKK atau Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan. 

Sebelum ni kakchik dah sertai Seminar Marketing Power (SMP2011), Advance Marketing Power (AMP2011) dan Seminar Kejayaan & Potensi Diri (SKPD2012). Makin sertai kelas, makin nak sertai lagi.

InsyaAllah bulan Mac nanti kakchik akan berkelas dengan DAO lagi di dalam SMP2012 di KB.

Walaupun ilmu yang dikongsikan ialah lebih fokus kepada pembangunan bisnes namun ia tetap amat berguna untuk pembangunan diri dan syaksiah.

Kelihatannya bukan ilmu agama hakikatnya intipati tetap dari didikan Islam kerana bisnes ada di dalam Islam dan bidang bisnes ialah sunnah Nabi Muhammad SAW.

Kakchik mahu jadi orang bisnes yang berdakwah. Boleh gitu?

Sebagai sedikit hiburan mata, ini kakchik reka satu set menggambarkan 'I'm Going to KL'.

Going to Kuala Lumpur

30.1.12

Mari Kita Membanyakkan Selawat

2 comments
BISMILLAH.

Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW ini, kakchik ingin mengajak teman-teman semua untuk membanyakkan selawat ke atas baginda.

Jom kita berselawat.

Sumber: Google Images

Kalau di zaman sekolah dulu, pihak sekolah selalu juga buat majlis selawat beramai-ramai. Selalunya selepas solat fardhu tapi kadang-kadang tu semasa 'roll-call' pagi. Kakchik suka ramai-ramai berselawat terasa ingat kat Nabi Muhammad SAW.

Masihkah kita ingat peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW? Kadang-kadang kalau orang tanya, untuk jawab 'on the spot' pun kita tergagap-gagap. Mari kita 'refresh'.




Sebenarnya setiap hari pun kita berselawat cuma tak pasti kita sedar atau tidak. Dalam solat lima waktu kita ada membaca selawat. Kalau tak ingat, ini kakchik kongsikan. Ini kita panggil selawat ke atas nabi selepas kita membaca tasyahud akhir dalam solat:




Maksudnya:

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".

Banyak pahalanya bila kita selalu berselawat. Tak semestinya nak tunggu solat. Di waktu-waktu lain juga kita boleh berselawat kerana yang melakukannya ialah mulut, lidah dan hati kita. Sambil-sambil kita buat kerja ni pun kita boleh berselawat.

Jom. Jomlah kita berselawat.

Idea Bergaya

Jemput Tandatangan Buku Tamu

Related Posts with Thumbnails