Followers

5.10.10

Mahalnya harga sehelai tudung tapi sayang...

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Kakchik tadi membelek-belek majalah Keluarga. Wah... banyaknya iklan fesyen pakaian dan tudung. Alhamdulillah... kalau dilihat dari pelbagai jenis iklan tu nampaknya zaman ini pengaruh pakaian muslimah ini sudah begitu besar. Kalau dulu sangat susah untuk lihat model-model pakaian di dalam majalah yang bertudung tapi hari ni sudah banyak yang bertudung. Alhamdulillah.

Kalau begini OK. Gambar hiasan dari Nashwa Collection

Tapi satu yang kakchik sedikit terkilan. Tudung-tudung ni yang berharga RM70 ke atas mungkin kerana dihasilkan dari material yang berkualiti tinggi tapi sayang, kecik dan singkat. Kalau nak dibandingkan dengan tudung labuh atau tudung bidang 60" tu sudah boleh beli 4 helai dah. Alangkah bagus kalau harga semahal itu seiring pula dengan saiz tudungnya yang melepasi dada.

Kepada pembuat, pereka dan juga penjual tudung, buatlah tudung yang besar dah berpatutan dengan harga. Setidak-tidaknya kita mendapat pahala kerana membuat, mereka dan menjual tudung yang menutup aurat si pemakai dengan sempurna. Jangan lupa setiap kita yang terlibat dalam meletakkan tudung itu di kepala pemakai, mendapat SAHAM yang akan dikira di akhirat nanti.

Kalau yang kita buat, reka dan jual itu menjadikan pemakai menutup aurat dengan baik, insyaallah kakchik yakin, PAHALA ganjarannya tapi jika tudung yang kita buat, reka dan jual itu menyebabkan pemakainya nampak seksi, berhias/tabaruj, singkat, tidak menutup aurat dengan sempurna, setahu kakchik si pembuat, pereka dan penjual akan tetap mendapat SAHAM DOSA.

Alangkah baik kalau harga yang mahal untuk sehelai tudung itu ialah kerana:

1. Tudung itu dari kain berkualiti.
2. Jahitannya juga berkualiti.
3. Saiznya lebar dan labuh.
4. Bila dipakai tidak melekat di badan terutama di bahagian dada kerana bahagian itulah yang paling perlu disorokkan dari pandangan mata.
5. Menutup aurat si pemakainya.
6. Menaikkan keimanan pemakai kerana tudung ialah imej Islam.

Ini sekadar luahan hati kakchik saja.

34 comments:

  1. terbaru-tudung singkat dan jarang.. tp harga mencecah rm100lebih...
    mcam2 trend bertudung skang ni yer..

    ReplyDelete
  2. noorma, itulah yang kakchik tengok. ada iklan dalam majalah dan disertakan url website jadi kakchik tengok. huhu harganya RM90 ke atas semuanya tapi singkat. jarang atau tidak tak pasti. trend tu bagi kakchik ok je asalkan menutup aurat dgn baik.

    ReplyDelete
  3. salam kakchik..

    saya setuju sgtla kak chik..mmg trend zaman sekarang mcm ni,pakai tudung tapi nampak dada..mereka kena baca dan hayati surah annur kalau begitu..

    ReplyDelete
  4. betul..mahal2 tudung skrg..saya x penah memiliki tudung berharga lebih RM30...sekitar RM5-RM20 saja tahap kemampuan saya

    ReplyDelete
  5. benar kak chik, satu lagi, tudung zaman skerang byk mngundang fitnah, terlebih warna and berhiasan menyebabkan mereka tanpa sedar bertabaruj......:(

    ReplyDelete
  6. salam kakchik.

    tudung2 sekarang mahal kerana jenamanya. saya pernah beli tudung yang berjenama, memang mahal, tapi labuh. dan selepas itu saya jumpa tudung yang lagi labuh, tetapi tidak berjenama dengan harga yang lebih murah..

    semuanya dah jadi trend. kadang2 sedih tengok, pakai tudung, tapi tidak sempurna...

    ReplyDelete
  7. Hari tu akak ada tempah tudung dari pakar pembuat tudung so akak detailkan ciri2 tudung labuh yang akak hendak..sayang seribu kali sayang..kalau tailornya dah biasa buat tudung singkat, nak buat tudung labuh pun pasti akan nampak gak singkatnya...so apa yang perlu akak buat? akak nak kasi orang, akak dah dikira berdosa kerana menggalakkan orang tersebut memakai tudung labuh tapi masih singkat..mau tak mau tengah terfikir nak buat kain buruk je..alahai sayang nya duit habis cam tu je..tapi tak pe la dari akak menanggung saham dosa buat je la kain buruk...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak chik.

    Tulah yang selalu menjadi masalah sy.Tiap kali nak beli tudung kat luar nun..ssh benar nk cri yg labuh dan tebal.jarang d pamer dlm kedai.Tersorok jer.
    Bila nak beli, tgk2 nipis la pulakk...last2 cancel x jadi beli.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kakchik,
    Yang terbaru saya tersentak apabila mambaca dalam emel tentang tudung rahib Katolik yang dipakai oleh sesetengah Muslimah. Tak percaya, cuba bandingkan bentuk dan saiz tudung rahib dengan tudung singkat yang menjadi tren wanita di Malaysia sekarang, tak banyak bezanya kan?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum

    betul ckp kak chik,byk betul org reka tudung singka lembik n ketat.tudungpun ada ketat..kita yg beli ni,jenuh duk adjust kak chik..last2 cover dgn jaket pasal tudung lembik,letak kt dada nmpk ketulan 2 tu..hahahah

    agaknya derang tak phm konsep sharing point utk ke neraka or syurga.bygkan 100ribu org beli tudung dia..berapa point dia ke N or S?

    Mintak dijauhkan kita dr keadaan sbegini..

    ReplyDelete
  11. Salam dan selamat pagi kak chik.Idah setuju dg artikel yg kak chik tulis ni.Idah sealu masuk shopping mall,kedai2 dan butik, ya ALLAH mahalnya harga tudung namun tidak menepati syariat pun.mahal kerana ada tambahan manik,batu2 kristal.Harga pun kekdng dah sama harga dengan sehelai abaya mampu milik.Material pulak lembut,melekap kat dada.Pereka fesyen dah satu perkara, malah yang memakai nya juga turut suka.Zaman moden sekarang.Bila kita tegur, katanya kita ni terlalu taksub dgn agama samapi semua benda nak larang.

    Waallahu'alam...sekadar luahan seposen idah..ada rasa kurang puas hati dengan pakaian muslimah sekarang.Dalam hati membenci.

    ReplyDelete
  12. salam kakchik.. pagi ni leen ada masa nak baca blog. hehehe. tajuk kakchik pun menarik sebab malam tadi baru diskus dengan hubby pasal tudung ni. leen memang ada pakai tudung macam ni especially sebab anak kecik leen suka amat la tarik tudung leen kalau leen dukung dia. hehehehe. tudung ni senang la sikit leen nak betulkan. tapi leen make sure yang leen beli memang labuh tutup dada. tapi sebenarnya hubby leen tak berapa suka leen pakai dan leen pun nak stop pakai lepas leen hantar tudung bidang 60 tu suma pegi jahit tengah. tak payah pakai brooch dah. atas faktor anak leen yang lasak ni. hehehe.

    yang menariknya... hubby leen kata kat leen, cuba fikir mana asalnya design tudung yang popular macam sekarang ni.. leen tak terfikir juga. tapi betul juga itulah style sister2 kat gereja pakai ek? sungguh leen tak perasan pun.

    no wonder hubby tak berapa berkenan. baru leen tahu... huhuhu. tu sebab orang kata. jahil itu bahaya.. kan?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kakchik,

    Saya ada baca tentang hukum menjual tudung nipis di website ustaz zaharuddin.

    Banyak yg perlu difikirkan, termasuklah mak andam yg menghias pengantin sehingga termasuk dlm tabarruj.

    Yang sedihnya sekarang, yang cuba menyampaikan Islam dan cuba mengikut ajaran Islam sebenar dikatakan ekstrem.

    ReplyDelete
  14. memang mahal harganya...kadang2 dirasakan tudung ni layak untuk orang kaya je..adakah sepatutnya begitu???bagi sha la,,macam satu pembaziran dan tabarruj terutama yang ada manik2 kelip2 tu..silau mata..

    ReplyDelete
  15. Salam...

    Saya tgk org2 saudi ni pakai berniqab dan berhijab lilit tapi tak sampai tutup dada.... Apa pendapat Chik?

    ReplyDelete
  16. salam k.chik...suka baca entry k.chik ni. saya pun selalu berleter (berleter ke?) kat student pasal tudung mahal tapi masih tak memenuhi syarat minimum menutup aurat. macam beli dosa pulak. pakai tudung simple dan senang. kalau hujan renyai-renyai tu tak payah bawak payung, masukkan je anak bawah tudung kita. anak pun suka. nak breastfeed pun senang orang tak nampak.

    ReplyDelete
  17. wkslm tukang kata.
    surah annur tu kakchik rasa ramai yg sudah baca tapi tidak memahami, menghayati dan mengamalkannya. moga2 terbuka hati para muslimah kita utk menghayatinya.

    ReplyDelete
  18. kakLuna, kalau nak kira tudung yang murah pun banyak, tapi mungkin sebab jenama dan kualiti kain menyebabkan harga naik melambung w/pun saiznya kecik saja.

    ReplyDelete
  19. Ayu, kakchik pun rasa ianya termasuk bab tabaruj juga. Fitrah wanita mahu cantik cuma di man aianya dipamerkan itu yg jadi masalah.

    ReplyDelete
  20. Wkslm Latifah.
    Hehe, kesimpulannya baik cari yang labuh tapi murah kan? Orang berniaga mestilah nak naikkan jenamanya tapi mungkin terlupa akan hukum-hakamnya.

    ReplyDelete
  21. kak azah, agaknya tukang jahit tu tak biasa pakai yg labuh la tu. takde pangalaman maka bila jahitkan utk akak, tetap juga dibuat singkat. jagan buat kain buruk kak... baik buat tudung basahan di rumah. tak pun akak sedekah kat anak. mgkn dia kecik sikit dah tudung tu akan jadi labuh bila dia pakai.

    ReplyDelete
  22. Wa'alaikummussalam MysDear.
    Luahan hati MysDear tu kakchik dengar dari ramai orang. Kakchik pun susah nak dapatkan tudung 60" kat2 pemborong skrg ni sebab permintaan utk tudung segera ni sangat tinggi. Yang ada pun sangat terhad pilihannya.
    Permintaan dan penawaran dlm dunia bisnes itulah yg menyebabkan para peniaga membuat apa yg pelanggan nak. Kalau kita sbg pelanggan tidak membeli yg kecik tp nak yg besar maka besarlah tudung yg mereka buat.

    ReplyDelete
  23. Wa'alaikummussalam kak aliya.
    Ha'ah kak. Kakchik pun ada tengok artikel tu di FB. Kalau dilihat bentuk tudungnya memang serupa sangat. Sama-samalah kita harap muslimaht kita ni sensitif dgn perkara begitu. Nanti kan diri sama tergolong dlm golongan mereka. Na'uzubillah.

    ReplyDelete
  24. Wkslm BCP.
    Hehe, lepas ni takyah beli la CT. Kalau beli jugak, susah payah pula nak kena cover.
    Kalaulah kakchik ni banyak modal,kakchik dah reka tudung2 segera yang lebih menepati syariat. Dapatlah Ct beli dan pakai untuk tutup aurat.

    ReplyDelete
  25. Wkslm Idah.
    Kita dipanggil ekstrem Idah. Allahu'alam dengan orang2 begitu. Bukankah nasihat menasihati ini sunnah nabi? Kalau kita tak ikut nabi, kita nak ikut siapa ya? Mereka yang marah bila ditegur dan beri jawapan macam tu, mereka kena belajar agama lagi.

    ReplyDelete
  26. Wkslm Leen.
    Bila suami tak suka tu mesti ada sebab yang kukuh. Insyaallah leen pun dah faham sekarang pasal tudung tu. Lepas ni suami Leen tentu puas hati tengok Leen bertudung dgn tusung labuh biasa.

    ReplyDelete
  27. Wkslm Sakinah.
    Memang hidup kita ni saling berkait. Sebab itu setiap pekerjaan yg kita buat mesti kita fikirkan sama ada Allah suka atau tidak. Boleh dibawa sbg amalan baik ke akhirat atau tidak? Kerja2 spt mak andam, jurumakeup, tkang jahit, pereka fesyen dan seumpamanya, sangat dekat dengan hukum-hakam agama. Jadi kena berhati-hati kerana kerja2 itu boleh jadi halal dan juga haram.

    ReplyDelete
  28. dr. muslimah,
    kakchik pun pernah terfikir begitu. Kenapalah mahal sangat harga tudung tu walhal bukannya besar sangat. Melekat di dada pulak tu. Agaknya tudung mahal ni untuk prestij kot.

    ReplyDelete
  29. Wkslm zarin.
    Pada chik, kalau niqabnya jenis labuh melepasi dada, tidak mengapa kerana ia berfungsi sbg tudung. TAPI jika tak menutupi paras dada, pakai niqab pun tak sempurna. Kena kembali kpd ayat surah an-Nur tu. Org Arab ni memakai jubah, tudung lilit dan purdah ni kebanyakannya adalah budaya. Yang betul2 ikut syariat insyaallah mereka buat dgn sempurna.

    ReplyDelete
  30. wkslm ummi nazihah.
    baguslah ummi mainkan pernan dlm menasihati pelajar.
    kalau tidak kita yang menegur dan mendidik mereka, siapa lagi kan?
    bila kita tegur, lebih baik kalau kita beri mereka alternatif agar mereka tidak rasa terkongkong. remaja mudah memberontak bila kehendak mereka terhalang.

    ReplyDelete
  31. Kak Chik,
    Mungkin benar, kebanyakan wanita Saudi berpakaian lebih kepada budaya. Makna kata tudung 3 segi ala Malaysia lebih sempurna dari segi menutup dada...
    Ada juga yang berbaya jenih menutup kepala.. abaya dari kepala sampai kaki.. kalau sebegini, tudung mereka akan masuk kedalam baju... juga tidak menutup dada, tapi yang pasti, bentuk badan dan bentuk dada tidak langsung kelihatan (dr belakang nampak seperti pingu (ampuuunnn))....

    ReplyDelete
  32. Zarin, kalau tudung 3 segi kita tu yang labuh dari paras dada, bagi chik ianya ok. Yang nampak cam pingu (ampunnnn) tu allahu'alam. Kalau tak nampak bentuk badan, tak salah sebab syarat utama menutup aurat ni ialah tak nampak bentuk.

    ReplyDelete
  33. betul la kak chik. :)

    saya setuju dengan kak chik.

    sekarang ni industri fesyen malaysia semakin meraban . bila guna tagline busana Muslimah tu, macam just nk promote aje tapi ciri2 muslimah tu langsung OUT sebenarnya.

    :) fashion fashion.

    Lagi satu fashion sekarang yg ikot ikon ni. sangatlah saya x stuju. macam up to date sangat je kan.

    ReplyDelete
  34. jom lah pakai tudung labuh brand akel.... tudung lain ade yg harga RM500 tapi pendek bebenor :(

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs