Followers

Bisnes Buku

Bismillah.

Sejak dari kecil kakchik amat gemar membaca buku. Syukur alhamdulillah, walaupun hidup keluarga kakchik tidaklah senang tapi ayah dan ummi sangat mementingkan ilmu dalam diri kakchik dan adik-beradik. Mereka galakkan kami menyimpan duit dan hanya menggalakkan kami membelanjakannya untuk ilmu dan makanan.

Kedai pertama di Pauh Panji.
Membeli buku, membacanya dan menyusunnya dalam almari dengan kemas dan cantik adalah satu kegiatan yang sangat kakchik suka. Di sekolah menengah, kakchik selalu juga beritahu kawan-kawan yang satu hari kakchik mahu punya kedai buku sendiri. Apabila masuk ke universiti kakchik ditakdirkan Allah belajar di Pulau Pinang yang mempunyai satu tempat penjualan buku-buku lama yang digemari ramai iaitu Bazar Chowrasta.

Tamat dari belajar, kakchik minat dengan pendidikan awal kanak-kanak dan bertemu dengan satu kaedah menggalakkan orang suka membaca yang bermula di usia kanak-kanak iaitu 'read aloud'. Pencarian dan kajian ilmu dalam hal ini telah lebih menguatkan keinginan kakchik untuk memiliki kedai buku sendiri yang fokus kepada kanak-kanak, pendidikan awal dan keibubapaan.

Akhirnya dalam tahun 2003 kakchik memulakan bisnes buku secara online dengan menjual buku kanak-kanak Islam yang diimport dari UK, USA dan India. Dengan panduan dan nasihat dari idola kakchik pada masa itu iaitu Ummiku Sayang (sebuah kumpulan maya ibu-ibu dan juga kedaibuku kanak-kanak Islam di Selangor), kakchik mengambil inisiatif dengan modal RM3500.00 membina bisnes dengan nama MARIBACA Bookstore.

Bermula dari ruang tamu rumah sewa pertama, kakchik menyewa kedai pertama sebagai 'showroom' kemudian berpindah ke lokasi sekarang untuk mencari peluang yang lebih luas dalam memasarkan ilmu. Modal yang amat terhad memang menyukarkan bisnes untuk berkembang maju tapi dengan izin Allah bisnes ini masih bertahan hingga kini memasuki usia 9 tahun (7 tahun secara berdaftar).

Kedai sekarang.

Jemputlah membeli-belah secara maya di kedaibuku kakchik, MARIBACA di sini:

3 comments:

  1. Salam, lokasi sekarang tu kat mana kak chik, mana tahu, gi KB, leh singgah..TQ

    ReplyDelete
  2. Saya juga suka membaca. Sekarang sudah berjinak-jinak sebagai penulis. Buku pertama saya 'Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan' telah diterbitkan oleh Must Read Sdn Bhd pada Februari lalu. Alhamdulillah, angan-angan saya telah dikabulkan Allah swt.

    ReplyDelete
  3. Salam k.chik.sy pernah singgah beli buku kedai akak.sy pun bminat sgt nak berniaga buku coz sy mmg pencinta buku hihi.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails