Followers

2.8.10

Inilah sifat suami idaman setiap wanita..

 Bismillah.


Suami yang soleh sangat bertanggungjawab kepada keluarganya
Keluarganya dibawa mencintai dan menakuti Tuhannya
Mereka dididik beribadah dan berakhlak yang mulia
Syariat Tuhannya adalah disiplin di dalam rumahtangganya
Tanggungjawab dunianya, suami tidak pula mencuaikannya
Makan minum, pakaian, tempat tinggal diurus dengan baiknya
Tunjuk ajar, nasihat dan pimpinan adalah kewajipannya yang paling utama
Kasih sayang, timbang rasa kepada anak-anakdan isterinya menjadi budaya
Kerenah anak-anak dan isterinya dia sabar menanggungnya
Dihadapi dengan lemah lembut, tidak mengapa sekali-sekala menghukumnya
Sentiasa mendoakan mereka, berlapang dada amalan hidupnya
Kecewa dan putus asa mendidik tidak ada di dalam sikapnya
Suami yang soleh sentiasa berkhidmat dengan keluarganya
Malah sering bersimpati dengan kesusahan mereka
Urusan Akhirat sangat diutamakannya
Urusan dunia tidak pula diabaikannya, di waktu mereka memerlukannya
Kesalahan anak-anak dan isteri sentiasa dimaafkannya
Mereka dididik penuh bijaksana dengan tabahnya
Rukun damai, hidup harmoni sentiasa diusahakannya
Rasa bersama, bekerjasama, Tuhan diutama, keluarga bahagia
Begitulah suami yang soleh sentiasa bertanggungjawab kepada keluarga
Kerana takutnya dengan Tuhannya dia sangat mengambil berat keluarganya
Anak-anaknya dan isteri sangat taat dan menghormatinya
Kerana suaminya berwibawa dan sangat mulia.


Disalin dari facebook. Gambar dari PakarHowTo

6 comments:

  1. amin...:)..teringat pula diri sendiri dan suami yg masih belum sempurna...tapi itulah manusia, kan kak chik?

    ReplyDelete
  2. semoga suami kita tergolong dalam golongan suami soleh ini...aaamin!

    ReplyDelete
  3. catlina, insyaallah kalau terus berusaha, kita juga boleh menjadi isteri solehah dan suami kita menjadi suami yang soleh. nak sempurna tu memang tak akan dapat kerna yang sempurna hanya Nabi Muhammad s.a.w. yang maksum.

    ReplyDelete
  4. Biarlah rahsia, itulah harapan kita. Jika umur panjang masih dapat diusahakan.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kak Chik, semoga akak dan suami dapat memperbaiki lagi kelemahan yang sedia ada.

    ReplyDelete
  6. Sama-sama kak. Kita sama-sama berusaha untuk capai taraf itu ya kak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails