Followers

28.8.10

Senarai 18 Barangan Terkawal

Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua teman-teman blogger dan para pengunjung Keluargaku Sayang.


Alhamdulillah hari ni kakchik bangun sahur dengan penuh rasa syukur kerana Allah izinkan sehari lagi untuk kakchik mengecapi nikmat berpuasa Ramadhan dan hidup di atas dunia milikNya ini. Alhamdulillah.


Bila dah selesai segala tanggungjawab kepada Allah, kakchik mula membelek suratkhabar hari ni dan tertarik dengan berita tentang 18 barangan terkawal sempena Aidilfitri tahun ni.


Sebagai pengguna dan juga orang yang sekali-sekala memakai title surirumah, kakchik juga amat ambil berat tentang harga barangan. Maklum saja dekat-dekat nak raya ramai peniaga atau pasaraya yang mengambil kesempatan untuk 'bermain-main' dengan harga barangan.


Yang selalu menjadi mangsa ialah kita, pengguna ni.


Mengikut kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 
"Kerajaan menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 18 jenis barangan harga terkawal berkuat kuasa dari 3 hingga 17 September depan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2010. Barangan tersebut termasuk dua barangan baru iaitu daging kerbau tempatan dan santan yang merupakan barangan keperluan bagi musim perayaan ini."


Maknanya kesemua 18 barangan tu termasuk daging kerbau tempatan dan santan mestilah dijual pada harga kawalan. Jadi mari kita tengok senarai 18 barangan tersebut:

  1. santan adalah RM6.00/kg
  2. daging kerbau tempatan adalah RM19.00/kg (borong) dan RM21.00 (runcit)
  3. ayam hidup ialah (borong: RM5.40/kg, runcit: RM6.10/kg)
  4. ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal) (borong: RM6.35/kg, runcit: RM7.20/kg)
  5. ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) (borong: RM7.20/kg, runcit: RM8.05/kg)
  6. daging lembu tempatan (borong: RM18.00/kg, runcit: RM20.00/kg)
  7. daging kerbau import (India)
  8. telur ayam gred A, B dan C
  9. kubis bulat import dari Indonesia dan China (tidak termasuk kubis Beijing)
  10. cili merah
  11. tomato
  12. kelapa biji
  13. kelapa parut
  14. kacang tanah import
  15. bawang merah kecil (India)
  16. ikan kembung
Sumber maklumat yang kakchik dapat ni ialah dari mStar Online. Hairannya mana lagi 2 barangan ya?

Jadi baik kita cetak senarai ni dan tampal kat dapur untuk senang kita refer sebelum ke pasar. Semoga kita sama-sama menjadi pengguna yang bijak.

Berita asal:


18 Barangan Terkawal Sempena Aidilfitri - Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 18 jenis barangan harga terkawal berkuat kuasa dari 3 hingga 17 September depan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2010.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata barangan tersebut termasuk dua barangan baru iaitu daging kerbau tempatan dan santan yang merupakan barangan keperluan bagi musim perayaan ini.
Dua barangan yang digugurkan pula adalah ubi kentang import (Indonesia dan China) serta bawang putih (China) kerana harga pasarannya yang tidak stabil, katanya semasa mengumumkan pelaksanaan skim kawalan harga tersebut di sini pada Jumaat.
Beliau berkata harga maksimum bagi santan adalah RM6.00/kg, manakala daging kerbau tempatan adalah RM19.00/kg (borong) dan RM21.00 (runcit).
Selain itu harga ayam hidup ialah (borong: RM5.40/kg, runcit: RM6.10/kg), ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal) (borong: RM6.35/kg, runcit: RM7.20/kg), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) (borong: RM7.20/kg, runcit: RM8.05/kg) dan daging lembu tempatan (borong: RM18.00/kg, runcit: RM20.00/kg).
Ismail Sabri berkata barangan harga terkawal lain termasuk daging kerbau import (India), telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import dari Indonesia dan China (tidak termasuk kubis Beijing), cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, kacang tanah import, bawang merah kecil (India) dan ikan kembung.
Sementara itu beliau berkata kerajaan juga bersetuju memansuhkan keperluan untuk para peniaga mendapatkan lesen menjual barangan harga terkawal di musim perayaan.
"Walau bagaimanapun mereka masih tertakluk kepada peraturan lama iaitu perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal.
"Jika tidak, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau dua tahun penjara di bawah Akta Kawalan Harga 1946 atau kompaun sehingga RM7,500, bagi orang perseorangan. "Bagi pertubuhan atau perbadanan denda maksimumnya adalah RM25,000 atau kompaun sehingga RM12,500," katanya.
Beliau menyeru agar pengguna bekerjasama melaporkan mana-mana peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi kadar yang ditetapkan, tidak meletakkan tanda harga bagi barangan yang dijual dan tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal.
"Pengguna boleh laporkan segera kepada pegawai kementerian yang bertugas, menghubungi pejabat kementerian atau talian bebas tol 1-800-886-800 atau e-mel kepada e-aduan. -BERNAMA

Allahu'alam.

6 comments:

  1. Kak chik, 2 lagi barang 'tak sempat kawal' kot... hehehehe... mungkin nak cetak cepat (nak publish awal) tercicir 2 barang.

    ReplyDelete
  2. Insyirah, hahaha, dia terlupa nak sebut tu...

    ReplyDelete
  3. salam chik..terima kasih berkongsi info ni...boleh la kira budget untuk raya nanti..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah apabila kerajaan peka dengan adanya senarai harga bagi barangan terkawal ini, para peniaga tidak sewenang2nya akan menaikkan harga dan kita sebagai pengguna kena sentiasa peka. Jika harga yg melambung tinggi patut dilaporkan sahaja. Jangan dipandang sebelah mata.

    ReplyDelete
  5. wkslm cikmin. sama-sama. pagi tu masa membaca paper tu chik teringat kat pengurus2 rumahtangga, tentu info ni berguna.

    ReplyDelete
  6. betul kata kak azah tu. bila kerajaan dah bagitau mana yang harga terkawal, kita sbg pengguna ni lah yg kena prihatin. moga2 ramai yang ambil berat bila ditipu peniaga.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs