AMALAN YANG TIDAK DITERIMA PADA BULAN RAMADHAN
Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Saat itu malam hari raya seperti biasanya Rasulullah S.A.W dan para sahabat membaca Takbir, Tahmid dan Tahlil di Masjidil Haram. Saat sedang bertakbir, tiba- tiba Rasulullah S.A.W keluar dari kelompok dan menepih ke arah dinding. Kemudian Rasulullah S.A.W mengangkat kedua tangannya (layaknya orang berdoa) saat itu Rasulullah S.A.W mengatakan amin sampai tiga kali.
Setelah Rasulullah S.A.W mengusapkan kedua tangan di wajahnya (layaknya orang selesai berdoa) para sahabat mendekati dan bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang terjadi sehingga engkau mengangkat kedua belah tanganmu sambil mengatakan amin sampai tiga kali?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Tadi saya didatangi Jibril dan meminta saya mengaminkan doanya.”
“Apa gerangan doa yang dibacakan Jibril itu ya Rasulullah?” tanya sahabat. Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab, “Kalau kalian ingin tahu inilah doa yang disampaikan Jibril dan saya mengaminkan”:
1. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.
2. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.
3. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.
Demikianlah doa yang dibaca Jibril sehingga Rasulullah S.A.W mengaminkan sampai tiga kali. Namun di sini ada 4 Faktor yang membuat doa tersebut PASTI dikabulkan Allah iaitu:
1. Yang berdoa ialah Jibril, makhluk yang sejak diciptakan tidak pernah membantah dan berbuat dosa kepada Allah.
2. Yang mengaminkan doa tersebut Muhammad S.A.W. manusia maksum yang telah diampuni semua dosanya.
3. Tempat berdoa adalah Masjidilharam tempat yang mendapat berkah dari Allah.
4. Waktu berdoa adalah malam aidil fitri iaitu satu di antara sepuluh malam jika kita berdoa langsung diijabah oleh Allah.
Jadi, jika kita ingin amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah, maka hindarilah tiga yang diatas kerana selama tiga persoalan di atas belum diselesaikan maka amal ibadah kita selama bulan Ramadhan masih dipending oleh Allah sampai kita menyelesaikannya.
Disalin sebahagiannya dari It's My Life...
Salam kak Chik,
ReplyDeleteAlhamdulillah kak Chik, semoga ianya menjadi ingatan kepada kita semua..Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama kami.
Wkslm kak azah, sama-sama kak. Tiap-tiap hari kita ni perlukan peringatan kan? Kalau tidak asyik nak terbabas je.
ReplyDeletesalam kak cik,
ReplyDeletedoa ke - 3: Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.
kak cik, saya dgn jiran sebelah memang tak baik, tak bertegur, semua sebab dia bela anjing dan tak jaga kebersihan anjing dia. tiap2 hari saya & keluarga terpaksa bau najis anjing sebab anjing dia 'buang' merata-rata dlm porch dia. bila dia mandikan anjing dia, air tu akan mengalir ke depan rumah saya. suami dah tegur, tapi dia tak buat apa2. jadi, kami naikkan dinding rumah. tapi dia marah. mungkin dia ingat kami sombong. tapi kami buat dinding supaya bau najis anjing tak sampai dalam rumah. lepas peristiwa naik dinding, saya ada beberapa kali terserempak dengan jiran yg perempuan. saya senyum, dia menjeling. jadi, macam mana nak minta maaf tu kak cik ye? walaupun dia berlainan agama, tapi dia tetap jiran, kan?
wkslm ratna, pasal berjiran dgn bukan Islam ni memanglah blh jadi isu sensitif bila melibatkan cara hidup yg berbeza. bukan mudah tu nak sampaikan maksud kita bila mereka berdegil dan tidak endahkan permintaan kita. mgkn ratna boleh cuba sedekah makanan yg ratna masak untuk mereka sekeluarga. sikit pun tak apa. kisah nabi Muhammad dgn perempuan Yahudi juga boleh diambil contoh. cubalah, semoga Allah kurniakan minda yang kreatif utk ratna mendekati mereka dan bermaafan. mana tahu hidayah Allah boleh sampai kat mereka.
ReplyDelete