Followers

5.8.10

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada teman-teman semua.

Rindunya... rindu pada kalian semua, rindu pada suami (dekat pun rindu juga hehe) dan rindu paling mendebarkan ialah Ramadhan. Hati ini berdebar-debar saja dari Maghrib tadi. Terasa bimbang, bimbang tak sempat menikmati Ramadhan kali ini.

Ya Allah, Kau izinkanlah aku berpuasa Ramadhan ini, beramal ibadah sebanyak-banyaknya. Mohon izinkan aku sekali lagi mengkhatamkan al-Quran, bertadarrus bersama sahabat-sahabat, menjaga amal perbuatanku dan kali ini aku ingin sekali mencurah sedikit bakti di khemah Qariah Ramadhan di Kota Bharu. Mohon izinkan aku ya Allah.

Waktu sibuk semakin banyak dari waktu lapang, jadi kakchik mahu mohon ampun maaf jika ada salah silap kakchik terhadap kalian. Kadang-kadang kita ni tidak perasan yang kita telah melukakan hati orang lain. Dalam menulis dan sebagainya tentu ada secara tak sengaja terkena kat sesiapa. Maafkan kakchik.

Nasyeed khas untuk teman-teman. Cubalah dengar.

Malam ini malam Jumaat, kakchik mahu berehat dulu dari internet. Esok banyak agenda ilmu yang kakchik mahu sertai. Jika panjang umur kita bersua lagi.

Wassalam.

p/s: ESOK akan DIUMUMKAN pemenang RAMADHAN GIVEAWAY.

8 comments:

  1. Selamat menyambut bulan Ramadhan kak Chik dan akak jua mohon kemaafan sekiranya terdapat kata2 yang terhiris di hati..Salam Ramadhan.

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut kedatangan Ramadhan AL mubarak..maafkan saya juga kak chik yer..semoga Ramadhan ini memberi makna besar buat kita.

    Mardhiah~

    ReplyDelete
  3. Sama-samalah kita menanti Ramadhan dengan penuh kesabaran dan menjalani ibadah di bulan yang penuh berkah ini dengan penuh keimanan.. InsyaAllah..

    Maafkan Shira juga ye..

    ReplyDelete
  4. Kak Azah, insyaallah tiada salah mahupun silap di antara kita. Selama kita bersahabat ni walau masih baru terasa macam sudah begitu lama. Kak Azah seorang yang baik, insyaallah.

    ReplyDelete
  5. MysDear (Mardhiah yg beli abaya ke?),

    Semoga diperkenankan Allah. Amiin.

    ReplyDelete
  6. Shira, seperti Kak Azah juga, tiada apa salah silapnya. Kakchik doakan Shira berjaya melalui Ramadhan dgn rekod cemerlang.

    ReplyDelete
  7. A'ah...betul la tu...hehe...lama dh saya follow Kakchik sblm sy add d fb lg...suka baca2 crita2 kat sini :)

    ReplyDelete
  8. MysDear, alhamdulillah.. dapatlah juga kenal teman blogger di sebalik nama samaran ni hehe.

    Terima kasih ya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails