Assalamualaikum dan salam Ramadhan Mubarak!
Teman-teman semua,
apa khabar kalian semua di hari baru ni? Semoga semuanya sihat sejahtera dan sedang menikmati waktu pagi yang nyaman ni. Kakchik dan cik abe, dua-dua pun sihat, alhamdulillah.
Sementara menanti cik abe balik dari masjid ni, kakchik nak kongsikan sedikit berita. Takdelah penting mana pun tapi mungkin ada sesuatu yang boleh diambil manfaat. Jika ada yang perlu ditegur, silakanlah ya.
Sebenarnya di blog KakChik's Wardrobe tu kawan-kawan kakchik ramai juga dari luar negara. Tujuan blog itu diwujudkan pun memang kerana kakchik nak luaskan persahabatan dengan para muslimah bukan Malaysian. Ada juga yang bukan Islam.
Dalam ramai-ramai tu ada seorang yang nickname dia 'C' yang berkahwin dengan orang Kota Bharu tapi mereka menetap di Canada, negaranya. Beliau telah interview kakchik pasal kerjaya kakchik. Soalan interview tu sebelum Ramadhan lagi kak 'C' email tapi kakchik pula yang lambat membalasnya.
Oklah, kalau kalian nak baca interview tu, jemput ke blog kak 'C': Old Muslim Woman in the Shoe
Wassalam.
bangga dengan k.cik...
ReplyDeletekeep up the good work.
Menarik. Kedai buku kakchik nama ape?
ReplyDeletewhooo jauh tu kakchik.hehe~
ReplyDeleteShira proud of you, kakchik..
ReplyDeleteHarap shira juga macam kakchik, loves books..
kak chik ni memang seorang entrepreneur yang willing to take risk to success. You inspired women to become as strong and excellent business woman as you..Keep it up kak chik.
ReplyDeleteTerima kasih Biarlah Rahsia. Kakchik akan cuba sebaik mungkin.
ReplyDeleteKhalTamarPlus, jemputlah ke MARIBACA di Kota Sri Mutiara, KB
ReplyDeletesizuka pun dok jauh juga hehe
ReplyDeleteThanks Shira. I still a long way to go to be successful. You can if you will.
ReplyDeletekak azah... terima kasih banyak. kata-akata akak tu buat kakchik lebih bersemangat lagi. kakchik masih usahawan kecil dalam perjalanan mencari kejayaan dunia akhirat. itu pun moga-moga Allah izinkan.
ReplyDeleteAsalaamu Alaikum
ReplyDeleteNama saya Aishah (C-Old Muslim Woman in the Shoe). Terimakasih. Saya hidup balik kampung ke KB dan jumpa kachik insha Allah.
Wa'alaikummussalam C. Terima kasih sudi melawat blog ini dan memperkenalkan diri.
ReplyDelete