Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kadang-kadang terasa susah nak memberi kesedaran dan kefahaman kepada orang lain tentang konsep menutup aurat ni. Oleh kerana kakchik memakai abaya, bertudung besar dan berpurdah, sesetengah tu menganggap kakchik sedang mengajar orang agar pakai serupa dengan kakchik. Bagi kakchik, kalau nak tiru, itu satu kebaikan dan sangat kakchik setuju tapi jika tidak mahu tiru, atas dunia ni ada banyak lagi pilihan pakaian yang boleh menutup aurat. Yang pasti pakai abaya ini paling selesa buat kakchik.
Tak susah langsung untuk mencari pakaian-pakaian yang sesuai untuk menutup aurat. Bila kita dah faham konsepnya, insyaallah kita dengan sendirinya akan tahu membuat pilihan. Kalau cerdik tapi tetap juga sengaja pergi cari dan beli pakaian yang tidak menepati tu, itu salah sendirilah ya. Dah akil baligh masih susah nak faham, itu tandanya nafsu lebih menang berbanding iman.
Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579). Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. (JENDELA HIKMAH)
Ok, sebagai ulangan, ini ialah garis panduan menutup aurat sebagaimana yang disepakati jumhur ulama' iaitu:
- Menutupi had aurat yang telah ditetapkan - aurat wanita yang baligh ialah SELURUH BADAN kecuali muka dan tapak tangan. Rujuk firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 31 dan Surah al-Ahzab ayat 59.
- Pakaian yang longgar - agar terlindung pandangan lelaki ajnabi dari melihat susuk tubuh wanita dan wanita terselamat dari fitnah.
- Pakaian yang tidak jarang - ikut hukum syarak, mesti tebal dan tidak nampak kulit. Kalau nipis walau besar, meleret macamana pun tetap tidak cukup syarat.
- Tidak serupa dengan pakaian lelaki atau wanita kafir - orang yang cerdik dan berpendidikan, sudah tentu tahu membezakannya. Heboh tentang tudung sekarang yang serupa tudung rahib. Jadi tunggu apa lagi, janganlah pakai yang itu kerana kita akan jadi sama dengan mereka.
- Tidak bertabarruj - Rujuk Surah al-Ahzab ayat 33. Tabarruj ni ringkas kata ialah berhias, bercantik- cantik untuk pandangan umum. Muka dipakaikan meka-up, pakaian juga dihiaskan dengan glamor sekali seperti artis, maka ianya tabarruj.
Untuk bacaan yang lebih detail, ada satu tulisan yang sangat baik oleh Hamidah bt. Mat di JENDELA HIKMAH.
Baiklah, ini cadangan pakaian yang kakchik yakin sesuai untuk menutup aurat.
Skirt labuh dan kembang
Memakai skirt yang labuh juga boleh menutup aurat dengan syarat potongannya kembang, kainnya tidak melekat di badan dan juga tidak jarang. Pandai-pandailah memilih jika kita suka pakai skirt. Di pasaran negara kita ada banyak skirt seperti ini dibawa masuk dari Thailand. Materialnya sejuk tapi agak nipis jadi bila mahu memakainya pastikan kita memakai alas di dalam agar kita tidak 'bermain wayang' di kala terang. Cari ajelah di mana-mana, yang pasti ianya lebih kurang contoh di atas.
Padankan skirt labuh dengan blouse labuh, t-shirt muslimah atau dress labuh yang sesuai. Kakchik cadangkan labuh yang selamat ialah melepasi punggung hingga ke paras lutut. Tolong jangan pakai baju di paras pinggang atau paras punggung kerana bila kita berjalan, amat mudah dilihat bentuk badan kita yang mahu kita tutup itu. Kita bijak maka kita tahulah bagaimana mahu selamatkan diri dari dosa kan?
Seluar kaki kembang atau wide leg trousers ini mungkin bagi remaja sekarang sangatlah konservatif tapi jika pandai digayakan insyaallah aurat terjaga, manis pula dipandang. Untuk menjaga batas aurat, pastikan baju yang dikombinasikan dengan seluar jenis ini labuh hingga ke paras antara peha dan lutut. Paling bagus labuh sedikit dari lutut. Padankan pula dengan kasut bertumit, tak perlu terlalu tinggi tapi cukuplah dengan seinci dua. Pakai wedges atau kasut baji pun sesuai.
Tunic Longgar dan Labuh Hingga ke Lutut
Ini pula cadangan baju yang boleh digayakan bersama skirt labuh atau seluar kaki lebar. Cadangan saja ya, jadi guna kreativiti masing-masing untuk menjadikan baju kita labuh, longgar, tebal dan cantik. Kakchik guna Polyvore untuk reka set-set ni jadi seleksi pakaian untuk yang labuh-labuh dan longgar ni agak terhad tapi kakchik yakin 'you get the picture' kan?
Tudung Yang Labuh
Tudung Labuh ni ada pelbagai variasi sebenarnya. Potongan klasik untuk tudung labuh ialah yang bulat dan besar, labuhnya antara siku dan pergelangan tangan. Di zaman sekarang ni kebanyakan muslimah bekerjaya jadi mereka tidak punya banyak masa untuk menjahit tudung bulat jadi tindakan mudah ialah membeli tudung bidang 60" yang dilipat menjadi ala segitiga tapi bila dipakai ianya labuh juga seperti gambar di tengah tu. Selendang besar dan panjang seperti pashmina dan shayla juga boleh dipakai asalkan coverage luas. Tudung labuh segera pun banyak cuma carilah yang tidak melekat di badan bila dipakai.
Ada banyak lagi contoh tapi kakchik rasa 4 contoh di atas ni boleh dimanfaatkan oleh semua golongan wanita yang akil baligh. Remaja boleh pakai, orang dewasa pun boleh pakai. Hanya perlukan sedikit kreativiti dan kepandaian memadankan pakaian, insyaallah aurat kita terpelihara dan maruah juga akan terjaga. Allahu'alam.
Nota kakchik: Jubah atau abaya lagi selesa, selamat dan sesuai dipakai ke mana-mana saja.
Ada banyak lagi contoh tapi kakchik rasa 4 contoh di atas ni boleh dimanfaatkan oleh semua golongan wanita yang akil baligh. Remaja boleh pakai, orang dewasa pun boleh pakai. Hanya perlukan sedikit kreativiti dan kepandaian memadankan pakaian, insyaallah aurat kita terpelihara dan maruah juga akan terjaga. Allahu'alam.
Nota kakchik: Jubah atau abaya lagi selesa, selamat dan sesuai dipakai ke mana-mana saja.
dan satu lagi kalau pakai jubah/abaya memudahkan utk idah solat walau ke mana shj idha pergi tanpa membawa telekung...:)
ReplyDeletei love jubah/abaya...
Assalamualaikumwbh kak chik...naam idah...My casual is my abaya....it helps me along for easy prayers...suka article ni kak chik...syukran wa jazakillah...:)
ReplyDeletesalam kakchik.saya ingin bertanya pendapat kakchik tentang pemakaian stokin n sarung lengan seseorg perempuan semasa ada abg ipar di rumah.kn abg ipar dikategorikan bukan mahram.jd bagaimana pendapat kakchik.perlu k dia snts pakai stokin n sarung lengn tuk tutup kaki n lengan? atau kakchik ada cadangan yg lebih sesuai.kalau ada, saya hrp akak sudi kongsi
ReplyDeleteIdah, memang betul tu. Kakchik pun senang nak solat bila ke mana-mana. Tak perlu susah-payah bawa kain sembahyang.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Ayu. Bak kata pakai abaya setiap harilah kita kan?
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteperingatn yang bermakna buat saya juga
kak chik,ckp hal ni..satu je satu tak phm ..esp golongan pakistan dan morroco,derang pegi solat dgn nmpk rambut atas bawah,skrit paras betis dan lutut pun adooooo....derang ni mazhab mana ek?ada ke mazhab membenarkan solat dgn keadaan cam ni?
ReplyDeleteWkslm Zul Azri. Ada 2 perkara dalam pertanyaan Zul tu.
ReplyDelete1. Stokin - bila ada abg ipar pakailah kain yang labuh agar aman dari fitnah. Tapi jika iman kental pakai stokin itu lebih baik.
2. Sarung Lengan - tidak perlu pakai pun kerana yang penting pakailah baju berlengan panjang yang di hujungnya ada cekak atau cuff.
Cadangan pakaian bila ada ipar lelaki,
1. baju t-shirt muslimah + tdg saiz XL + kain labuh/skirt
2. baju maxi lengan panjang bercekak + tdg saiz XL
3. baju kurung + tdg labuh
4. jubah lengan cekak + tudung saiz XL
salam,
ReplyDeletesaya suka baca entri kak chik mengenai pakaian muslimah. saya kalau di rumah mertua, ada ipar duai, saya menutup aurat juga tapi lebih ringkas. Tudung tidak selabuh semasa di luar tetapi wajib labuh melebihi paras dada. stokin dan sarung lengan tak pakai sebab nanti nak basuh pinggan kat dapur :) tapi make sure pakaian kita longgar dan labuh.
tq kak chik.mmm.satu soalan lg blh.n maaf sbb xberkaitan skit dr tjuk asl artikelni.hrp kak chik sudi bls juge.pd pndpt kak chik sesuai k ank perempuan tdo kt luar blik? n kalau terpaksa, kak rs apa yg perlu dia buat spy auratnya msh dpt ditutup ngn sempurna
ReplyDeletewkslm azy. semoga ada manfaatnya.
ReplyDeletebcp @ siti, takde mazhab yang membolehkan mereka berpakaian begitu di dalam solat. semua mazhab setuju, untuk solat, pakaian mestilah menutup aurat. mungkin mereka ikut2 tanpa ilmu. kadang-kadang pengaruh adat resam itu terlalu banyak di negara mereka hinggakan adab agama terabai.
ReplyDeletewkslm ummufarhan. terima kasih. syukur ada juga yang suka membacanya. moga2 kita sama-sama dapat manfaat. kakchik pun pakai lebih kurang begitu juga tapi abg2 ipar selalunya berlegar di ruang tamu, mereka ke dapur hanya untuk makan, jadi agak selamat.
ReplyDeletesama-sama zul. bagi kakchik tidak sesuai langsung anak perempuan tidur di luar bilik. kalau mengikut Islam pun sebuah rumah mesti mempunyai sekuarang2nya 3 bilik iaitu bilik ibu bapa, bilik anak lelaki dan bilik anak perempuan. jika anak-anak sudah berkahwin dan ramai pula bilangannya sudah tentu bilik tidak cukup jadi memang ada yang terpaksa tidur di luar. Kakchik pun pernah laluinya jadi carilah tempat tidur yang agak terlindung dan pakailah pakaian yang sesuai untuk tidur spt seluar panjang, baju lengan panjang dan bertudung. Lebih kurang macam kita tidur dalam bas masa nak balik kampung la. Susah sikit saja. Cara paling baik, yang lelaki semua tidur di luar dan biarkan yang perempuan tidur bersama dalam bilik. Ataupun ikatlah tali dan buatlah tirai atau langsir sebagai pembahagi ruang tidur. Usahakanlah.
ReplyDeletesalam,kak chik..ain suka setiap kali baca blog akak ,penuh informasi yg membantu.harap ain juga dapat buat perkara yg sama,insyaAllah.
ReplyDeleteharap tak keberatan ain share blog ni kat fb ain..all the best to u kak!!
salam kakchik,
ReplyDeleteapa khabar? sebagai org yang dah cube semua jenis baju rasanye la... dari jeans ke skirt. baju kurung dan kebaya bagai. tudung berbagai gaya... akhirnye ummu juga setuju dgn kakchik... gaya abaya dan tudung besar paling selamat utk mengekalkan aurat kite agar terpelihara. insyaallah... semoga Allah tetapkan iman agar terus beristiqamah. amin.
tq lg kakchik.cumanye andai terpaksatu, cukupke sekadar pakai seluar panjang, bju lgn pnjg n bertudung.sbb kalau xslp saya, bila dlm keadaan baring, akn terbentuk bentuk bdn seseorg perempuantu.kalau tdo dlm bas tu msh terjaga sbb dlm keadaan duduk.jd xterbentuk mana.mmm pd pndpt kakchik, dibolehkn k dlm situasi mcmni.@ kak chik ada lg cara lain?
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteMenarik artikel ni.Sekurang2nya ada alternatif lain untuk mereka yang berpakaian tak menutup aurat.
Thx Kak chik.Besar sumbangan Kak chik ni...teruskan berjuang :)
wkslm ain. alhamdulillah. kakchik cuma kongsikan apa yang kakchik tahu je ain. moga-moga direstui Allah. jika ain rasa ianya boleh memberi kebaikan pada orang lain, silakan ain.
ReplyDeletewkslm ummuhanis.
ReplyDeletealhamdulillah, kakchik baik2 saja. semoga ummuhanis pun dalam keadaan sihat daripada biasa. kakchik sangat bersyukur atas jalan yang ummuhanis pilih. setelah beberapa tahun mengenali ummu melalui blog dan fb, kakchik percaya pilihan ummu kali ini adalah yang terbaik untuk ummu dunia akhirat. semoga Allah sentiasa bersama ummuhanis.
sama-sama zul. sebab itu kakchik cadangkan tidurlah di tempat yang terlindung sedikit. mungkin di luar bilik itu ada kerusi, almari atau seumpamanya yang boleh melindungi semasa berbaring. jangan pula lupa, gunakan selimut. sudah pasti bentuk badan akan kelihatan juga tapi gunakanlah akal kita untuk kreatif menjaga diri bila keadaan memaksa. cara terbaik ialah buat langsir adhoc. jadikan ia tabir. cara lain tu zul kena fikirkan juga sebab kakchik dah takde idea dah.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam MysDear.
ReplyDeleteTerima kasih MysDear.
Insyaallah ada banyak alternatif sebenarnya cuma orang kita ni lebih senang ambil mudah semua perkara.
Elok kita jaga di atas dunia ni sebelum kulit dibakar api Neraka.
Takutlah kakchik, MysDear.
ok tq kak chik.sgl yg tlh kak chik jwb Alhmdlllh sgt berguna
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Chik..
ReplyDeleteSaya nak tnya la..kat mana nak cari seluar kaki lebar ek..?? Sebab skrgni rmai yg jual seluar kain yg melekat tu..geli pulak sy tgk seluar cm tu....
Zul Azri - Sama-sama.
ReplyDeleteQatrunnada - Wa'alaikummussalam. Maafkan kakchik sebab tak dapat nak cadangkan kedainya sebab kakchik dah lama juga tak ke bandar untuk shopping. Memang betul yg dijual online tu byk yang berkain lycra melekat, kakchik pun kurang suka tapi mgkn ada yng guna cotton yang macam kain baju t-shirt tu. Kena rajin mencarilah gayanya.
Assalamualaikum Chik..
ReplyDeleteSaya ada membaca buku Fiqh Solat Mengikut 4 Mazhab - sekadar ingin mengetahui lebih lanjut apabila melihat rakan2 negara lain bersolat dan saya nampak pelik sekali..
Imam Hanafi membenarkan bahagian kaki dibuka (bukan sebahagian drp anggota aurat) dengan hujjahnya yang tersendiri. Sebab itulah orang Pakistan (dan ada juga orang Saudi) yang tidak menutup kaki semasa solat. Bahagian kaki sahaja. Yang lain, semuanya sama auratnya....
Bagusnya. saya suka. hehe
ReplyDeletesekarang saya tengah mencari kekuatan untuk berubah sepenuhnya dengan istiqomah.
nak tambah sikit. hehe.
pakai kasut bertumit tu, tapi jangan yang berbunyi. if bunyi, letaklah rubber. dan pakai kasut yang bertutup serta ingat berstokin...nk cover kulit kita kan. =)
salam, mohon izin kak chik, rose re-post http://fizarose.blogspot.com/2011/09/tutup-urat-dan-aurat.html
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Zarin @ abidwaliyad.
ReplyDeleteSetahu chik memang ada mazhab lain yang mengatakan kaki bukan aurat tapi pendapat jumhur ulamak aurat seorang wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Adalah lebih baik untuk kita mengikut pendapat jumhur ulamak w/pun tidak salah pandangan mazhab2 lain.
Allahua'lam.
Tuan Auz,
ReplyDeleteSyabas! Semoga perubahan yang dilakukan akan kekal berterusan dan makin baik hari demi hari.
Pasal kasut tinggi tu, terima kasih, ingatan yang baik sekali.