Followers

26.8.10

Jom Iftaar di Restoran Syam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam masa sejam setengah jam lagi kakchik akan ke majlis iftaar anjuran Zahra'. Setiap tahun kakitangan Zahra' akan mengadakan iftaar di mana-mana restoran di sekitar KB. Kali ni kami nak mencuba masakan di Restoran Syam pula.

Nasi Ayam Pasar Ramadhan Kubang Kerian
Masuk ke fasa kedua Ramadhan ni sudah banyak orang mengadakan iftaar khas untuk syaraikat atau jabatan masing-masing. Bagi kami pula, aktiviti ini adalah acara tahunan untuk kemesraan di kalangan staf dan ahli keluarga masing-masing.

Tapi malam ni tak tahulah siapa yang akan hadir dengan pasangan. Bos baru kami pun telah dijemput. Harap-harapnya dia bawa isterinya bersama. Dapatlah kami berkenalan nanti. Tak seronoklah kalau tak kenal siapa isteri atau suami masing-masing. Lagipun kami di Zahra' tu dah macam anak-beranak.

Baiklah. Malam nanti kakchik update dengan gambar-gambar di iftaar.

Selamat berbuka!

4 comments:

  1. SAlam kak Chik,

    Alhamdulillah, seronok kalau dapat iftaar bersama rakan sejawat dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan. Akak tunggu gambar2 kak chik tu. Selamat berbuka puasa kak chik

    ReplyDelete
  2. Wkslm kak azah.

    Alhamdulillah memang seronok kak. Kena pulak masa sampai tadi kat restoran sama kami jumpa dengan bekas staf Zahra' yang juga mengadakan iftaar. Memang ramah mesra sungguh. Gambar mungkin esok baru masukkan kak.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Dah lama orang tak sebut restoren Sham yang tersohor tu ;)

    ReplyDelete
  4. Wkslm anyss. Restoran Syam dah bertukar tangan. Sekarang namanya Restoran Syam Bungamas.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs