Followers

20.8.10

Syukur... makin ramai artis kita bertudung. (UPDATED)

Hijab ke?
Assalamualaikum dan selamat pagi ceria. Memang ceria pagi ni. Cuaca pun cerah sekali. Insyaallah dalam sejam dua lagi kakchik nak ke bandar atas beberapa urusan. Salah satunya nak ke pejabat pos untuk poslaju banyak abaya pelanggan. Insyaallah esok sampai dan mereka dapat dengan hati gembira.

Balik pada topik kat atas tu, kakchik sekadar nak kongsikan gambar-gambar artis Malaysia yang telah berhijrah dari 'free hair' kepada bertudung. Dah tutup satu dosa membuka aurat. Moga-moga lepas ni mereka akan terus menyempurnakan lagi cara menutup aurat mereka. Kena ingat, TUTUP AURAT bukan sama dengan PAKAI TUDUNG.

Ok, jom kita tengok siapa artis yang telah berhijrah, ini setakat yang kakchik tahu je.

Farah AF2
Dulu kakchik tak ambil kisah sangat pasal dia tapi sejak Farah mengacara program pasal masak-masak di China tu kakchik jadi tertarik sebab dia menutup aurat. Cantik dan manis sekali orangnya. Kata Farah, dia nak bertudung hingga ke akhirnya. Alhamdulillah. Semoga istiqomah.

Liza Hanim
Kakchik pernah meletakkan istilah gedik kepada artis ini semasa menonton satu filem. Kakchik tak ingat dah apa nama filemnya tapi kalau tak silap Rosyam Noor jadi hero. Alhamdulillah... tak sangka dalam diam-diam Liza telah pun berubah. Tahniah ya Liza.

Aida Khalida

Wanita cantik ini walau telah berusia 50an masih lagi menawan. Malah bertambah cantik dan ayu bila kini beliau mengenakan busana muslimah. Alhamdulillah. Mungkin tak lama lagi kak Aida akan melabuhkan sikit lagi tudung beliau. Apapun kakchik gembira melihat perubahan penampilan beliau. Antara dramatis yang kakchik suka ialah kak Aida.

Catriona Ross

Kisah penghijrahan Catriona pernah kakchik tulis di SINI.

Anne Ngasri
Anne Hot FM

Ada ramai lagi kan? Tapi cukuplah kakchik kongsikan gambar-gambar mereka. Syukur semakin ramai artis wanita berubah ke arah penampilan Islamik. Semoga semakin lama mereka semakin baik dalam segenap segi. Kakchik gembira melihat keceriaan mereka selepas berubah. Tahniah.

16 comments:

  1. Al-hamdulillah .. tumpang gembira & terharu dengan penghijrahan mereka :)

    ReplyDelete
  2. Kita sama-sama gembira kan Ummu Amar.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...mrk brubah kearah kebaikan.....

    ReplyDelete
  4. ada lagi k.chik..anne penyampai hot fm, pastu catriona ross..sweet sgt dia pakai tudung..

    alhamdulillah

    p/s: saya tak tau pun farah af tu dah betul2 pakai tudung sbb sblm ni dia bertudung dlm rancangan tu je

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, semoga mereka akan terus beristiqomah...akak menanti agar suatu hari nanti Rosnah Mat Aris, Norlia Ghani akan bertudung jua akhirnya. :-)

    ReplyDelete
  6. suka sangat tgk Tiz Zaqqiyah bertudung dalam Nur Kasih. Antara artis yang cantik bertudung = Ayu Raudah. Harap dia pun boleh kekal bertudung.

    ReplyDelete
  7. Jue, ha'ah. Kakchik ada gambar diorang tp terlupa nak masukkan. Sat lagi kakchik kemaskini.

    Farah mula pakai tudung sepenuh masa Julai baru2 ni.

    ReplyDelete
  8. kak azah, moga-moga Allah membuka pintu taubat dan pintu hati mereka untuk berubah kak.

    ReplyDelete
  9. Noorma, Kakchik pun suka. Masa mula2 tertengok cerita tu kakchik mmg ingat diorang pki tdg kat luar. Syg sekali. Moga2 terbuka pintu hati utk menutup aurat dgn sempurna slps ni.

    ReplyDelete
  10. sukaaaaa sangat dengan perubahan mereka.
    alhamdulillah.
    ^___^

    ReplyDelete
  11. Kita sama-sama beri mereka sokongan ya drunbella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakchik,sy dah brhijrah ke agama ISLAM,sekali gus turut berkerudung.....

      Delete
  12. sy yg baru mngikuti islam,hrp jg brhijab manis sprti mrk st hr nt.....

    ReplyDelete
  13. mrk smua tlh mnjd contoh yg baik bg sy yg mngikuti islam nt.......

    ReplyDelete
  14. sy yg baru mngikuti islam,hrp jg brhijab manis sprti mrk st hr nt.....

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs