Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan semua.
Dalam sedikit masa yang ada sebelum kita semua berbuka puasa, kakchik hanya ingin meluahkan sedikit perasaan kerana terkilan tidak dapat ke airport menghantar sabahat baik yang bakal ke Australia keran amengikut suami menyambung pengajian.
Kenangan dirakam semasa Pertunjukan Fesyen Pesona Cik Siti Wan Kembang. |
Tadi semasa kakchik update status di FB, hati sangat hiba dan sayu hinggakan menitis juga airmata tanpa dipaksa-paksa. Selamat perjalanan untuk K.Nur sekeluarga. Maafkan Chik ya sebab tidak sempat bertemu K.Nur sebelum K.Nur berangkat. Chik amat sedih dan pilu kerana sebagai sahabat, Chik tidak ke airport petang tadi.
Lamanya lagi untuk kita kembali seperti sebelum ni. 3 tahun bukanlah begitu lama tapi di saat ini Chik amat terasa jauhnya jarak antara kita. Tidaklah lagi dapat Chik singgah berusrah di rumah K.Nur atau K.Nur saja-saja singgah di Zahra' dan kita bertanya khabar.
Sahabatku, walau jarak antara kita beribu batu namun di hatiku kau sebahagian dari memori indah yang akan sentiasa kekal di situ. Insyaallah bila pulang nanti, K.Nur akan lebih bagus dari hari ini. Kenapa tidak? Kalau kini K.Nur mahir berbahasa Arab, Chik yakin selepas 3 tahun di negara Kangaroo tu K.Nur juga akan mahir berbahasa Inggeris. Baguskan?
Chik mahu menelefon sabahat yang lain tapi terasa malu dan segan kerana Chik beriya-iya tapi Chik yang tidak pergi. Maafkan Chik ya. Dalam hiba, Chik doakan K.Nur sekeluarga dapat menyesuaikan diri di tempat baru, bertemu sahabat baru, menimba pengalaman baru dan sebagainya.
Jauhnya kita kerana sempadan geografi tapi insyaallah melalui dunia tanpa sempadan ini, kita pasti bertaut kembali. Insyaallah. Ma'assalamah wa ilalliqa'. Uhibbuki fillah ya sahibati.
sahabat yang baik memang sukar dicari ganti. Semoga sahabat kak Chik berjaya di negara orang dan alangkah bertuahnya memiliki seorang sahabat seperti kak chik.
ReplyDeleteno. 39 jln sg 8/6,
ReplyDeletetaman seri gombak,
68100 batu caves,
selangor...
salam kak chik..erm sedeh pulak bca cite kak chik ni..
ReplyDeletetringt kt kwn2 lama yg da lama tidak bjumpa..rndu rasanya..
Terima kasih kak azah. Kakchik bukanlah sahabat yang benar-benar baik. I have many skeletons in my closet.
ReplyDeleteejat, terima kasih.
ReplyDeletewkslm lov_note. bila kita bersahabat, talinya amat sukar untuk putus kerana ia ada ikatan hati dan ikatan iman. carilah mereka, mgkn ada sesuatu yang menarik.
ReplyDelete