Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah... walaupun dah masuk waktu petang baru dapat menulis, kakchik tetap akan menulis di sini. Hari ni memang banyak sekali urusan yang perlu kakchik selesaikan sebelum masuk ke pejabat.
Sedekah Zahra' untuk pengunjung. |
Hari makin panas, badan mula berpeluh tapi kena juga ke sana ke mari seperti hari-hari biasa. Kalau tak puasa, biasanya masuk ke pejabat terus cari air tapi sekarang ni mana boleh buat macam tu kan? Ramadhan tetap Ramadhan dan kita pun nak jadi hamba yang taat.
Selesai urusan di bank, kakchik tuju pula ke D'Halal Shoppe untuk membeli kurma sebanyak 100 kotak kecil. Ramadhan kali ni pihak Zahra' tak sempat nak adakan sebarang program pengisian jadi kami sediakan kotak-kotak kurma sebagai sedekah kami kepada pengunjung yang datang. Cukuplah untuk mereka makan sewaktu berbuka.
Oleh kerana kotak yang siap dibungkus tidak cukup 100 maka menunggulah kakchik di situ. 15 minit nak pukul 12 barulah kakchik sampai di Zahra'. Allahu Akbar. Badan terasa agak letih tapi tak mengapa... inikan asam-garam berpuasa. Semoga penat-lelah ini berbaloi.
Bila melihat wajah-wajah pengunjung yang menerima sedekah kami tu, terasa memang berbaloi menyediakan kotak kurma yang cute tu. Alhamdulillah. semoga di waktu mereka berbuka nanti, mereka ingat akan perpustakaan ini, ingat sampai bila-bila sebagai tempat yang seronok untuk mereka menimba ilmu.
Allahu'alam.
p/s: gambar-gambar malam nanti baru dapat kakchik upload ke sini.
Assalammualikum kak chik,
ReplyDeleteKalau akak pengujung library Zahra, memang akak akan merasa sangat gembira menerima cenderahati yang sangat istimewa itu. Benar kata kak chik, hilang segala penat lelah apabila melihat pengujung library gembira menerima cenderahati tersebut.
Wa'alaikummussalam kak azah.
ReplyDeleteTerima kasih kak. Sangat gembira kak. Bila kita beri je, muka diorang yg keletihan tiba-tiba je menguntum senyum. Alangkah manis ketika itu.
Assalamualaikum kakchik...
ReplyDeletekak, comey la bekas kotak kecik kurma tu...berapa rm? share la...berminat jugak nak beli tuk customer dobi sy...
Wa'alaikummussalam asha.
ReplyDeletekitak tu dijual RM1.50 sekotak. Berat dlm 50gm. beli banyak diorang bagi diskaun, RM1 sekotak. asha boleh beli di kedai D'Halal, Jln Kuala Krai. depan Kompleks Kerajaan Negeri Kota Darulnaim
kakchik..sy kat kemaman ni....camne nak dpt kan ye? boleh ke dia poskan...ada no tepon dia tak?
ReplyDelete