Followers

27.8.10

Hidangan Berbuka Kami Hari Ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni kakchik rasa macam nak kongsikan hidangan berbuka kami. Dah banyak hari tak memasak. Bila memasak, masak yang mudah-mudah saja. Kami berdua takde selera sangat. Hari ni kakchik buat 2 hidangan mudah je. Sirap Cendol dan Cendawan Goreng Tepung Radix.

Dok elok nasi menggelegak kat atas dapur dan kakchik sedang keluarkan bahan untuk buat lauk, kakak pula datang dan sedekah kat kami Mee Sup Bebola Ikan. Murah... rezeki kami hari ni. Tak makan nasi lagilah nampaknya.

Mee Sup Bebola Ikan

Cendawan Goreng Tepung Radix

Sirap Cendol tak payah tayanglah sebab dah biasa sangat dah. Yang ni wajib aja sebab kegemaran kakchik ni. Suka sangat makan cendol simple macam ni. Kakchik ingat nak share gambar-gambar iftaar di Restoran Syam semalam, tunggulah lepas tarawikh malam nanti. Kakchik akan upload gambar-gambarnya.

Ok, selamat berbuka teman-teman semua!

8 comments:

  1. kakchik, saya belum merasa cendol lagi puasa tahun ni... kat sini susahnya nak cari cendol, teringin juga nak makan cendol dengan sirap...

    tengok esok cuba cari kat pasar pagi, ada tak yang jual...

    ReplyDelete
  2. Ringkas dan menyelerakan kak chik..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum kakchik :)

    Mula2 ingatkan kakchik taip sirap cincau, rupanya sirap cendol... hehehe, 1st time dengar ada sirap cendol :)

    ReplyDelete
  4. La... kenapa pulak Chik & wan x berselera... Kesiannya..

    ReplyDelete
  5. wan, kat sini cendol berlambak wan. macam orang berebut2 nak jual cendol je. warna pun selain yg konvensional hijau-putih tu ada warna lain dah. merah dan oren. moga2 wan jumpa cari cendol hari ni.

    ReplyDelete
  6. kami makan ringkas2 aje kak azah.

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam Insyirah. hehe, sirap cendol tu ialah cendol dimakan dengan air sirap kdg2 air bandung. simple saja. Kalau 1st time dengar, bertambahlah ilmu :)

    ReplyDelete
  8. kak lis, sejak masuk fasa kedua Ramadhan ni selera kami mmg kurang. makan sikit2 je. nasi pun masa sahur je makan. kalau nak kurus mmg sesuai sgt la ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails