Assalamualaikum teman-teman tersayang.
Dalam keadaan badan yang masih tidak berapa sihat ini kakchik ingin juga cepat-cepat menulis entri ini agar perkhabaran sebenar ini akan segera sampai kepada kalian.
Selepas peristiwa turun darah semalam, hari ni kakchik sudah pun mendapat jawapan sebenar atas apa yang berlaku. Selama 9 minggu kakchik TELAH PERCAYA yang kakchik mengandung tapi hari ni dalam kesedihan kakchik terpaksa menerima berita bahawa kakchik sebenarnya TIDAK MENGANDUNG. Segala simptom yang berlaku selama ini hanyalah FALSE PREGNANCY.
Kata kakak, sayangnya kakchik tidak cek secara klinikal sebelum ini kerana ia akan memastikan sama ada kakchik betul-betul hamil atau tidak. Kakchik tidak ke klinik kerana ingin menunggu betul-betul melepasi tempoh 9 minggu bagi mengesahkannya. Membuat sendiri ujian dengan alat ujian kehamilan 2 minggu lepas menunjukkan jawapan POSITIF jadi kakchik biarkan sehingga kakak pulang dari Macau dan kakchik balik dari KL sebelum membuat ujian di klinik. Tapi petang semalam darah turun dengan banyak bersama ketulan-ketulan kecil secara mengejut. Habis pakaian dibasahi darah. Nasib baik kakchik sempat berlari ke bilik air kerana semasa ia berlaku kakchik sedang bersembang dengan abang sulung yang akan bertolak ke airport untuk balik ke KL. Kalau tidak tentu lencun sofa di ruang tamu.
Dengan itu kakchik MOHON BERBANYAK KEMAAFAN kerana telah membuatkan kalian semua percaya yang kakchik mengandung. Memang berat hati dan MALU pula rasanya bila ramai orang telah menghulurkan DOA dan UCAP SELAMAT sedangkan inilah yang sebenarnya.
Walaupun sedih dengan berita ini, kakchik dan cik abe akan menerima kenyataan ini dengan hati terbuka dan berbaik sangka dengan Allah Ta'ala. Kami hanya berusaha, Dia Yang Maha Mengetahui segala-galanya.
p/s: Jika ada yang bertanya kenapa menunggu 9 minggu untuk mengesahkannya, kakchik mempunyai alasan lain yang berkait rapat dengan pengalaman sebelum ini. Biarlah ia di antara kakchik dengan ahli keluarga sahaja yang tahu. Kakchik masih fobia.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Salam Chik...
ReplyDeleteKita merancang..Allah pun merancang tapi sudah tentu perancangan Allah lebih sempurna kerana DIA yang Maha Mengetahui. InsyaAllah ada hikmah di sebalik kepahitan so bersabar dan redha lah...
salam kakchik..
ReplyDeletejangan bersedih yer kak! insyaAllah akan dtg rezeki lagi slps nih.. jaga diri baik2 ye! moga cepat sembuh dan bersemangat meneruskan kehidupan..
Salam kakchik,
ReplyDeleteKak aliya takkan kata jangan bersedih sebab kita perlu menangis sedikit dahulu supaya dapat lepaskan segala tensen.Baru boleh pulih dan kuat semangat semula. Kak aliya juga pernah alami keadaan seperti itu, lewat beberapa minggu disusuli dengan darah ketulan yang banyak. Mengandng atau tidak, hanya Allah yang Maha Mengetahui, baik sangkalah padaNya,kerana yang paling sihat dan terkuat yang bakal dilahirkan sebagai zuriat.Semoga kakchik sentiasa tabah menghadapi ujianNya, ingat ayat kegemaran akak: surah al-thagabun:11
Wkslm K.Tirana. Terima kasih kak. Chik cuba tabah kak, tidak mahu suami lihat air mata lagi tapi hakikatnya payah juga. Chik redha.
ReplyDeleteWkslm Hana. Insya-Allah kakchik akan kembali seperti biasa. Terima kasih.
Azizi, thank you for the kind words. I really hope so.
Wkslm K.Aliya. Kakchik sdg cuba tersenyum dan kembali seperti biasa. Kesedihan itu masih ada tapi biarlah ketika berbicara dengan Allah. Terima kasih banyak kak. Kakchik akan mencari ayat ini.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSabar ya Kak Chik..huda doakan kak chik sentiasa tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan ini, ya Kak Chik..insyaAllah Kak Chik sekeluarga sentiasa berada di bawah lindungan dan kasih sayang Allah S.W.T..
Wa'alaikummussalam Huda. Syukran dik. Kakchik rasa kakchik makin tabah tapi tidak tahu lagi apa akan berlaku slps ini. Moga Allah terus tabahkan hati ini.
ReplyDeletesalam kak chik,
ReplyDeletesabar ia, insyallah rezeki tu ada. kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukannya. insyallah rezeki tu ada, muda2han ada hikmah disebaliknya. kak chik jaga diri yea. jaga kesihatan...
Assalamualaikum Kak Chik,
ReplyDeleteSemoga tabah, InsyaAllah pasti akan dtg yg baik juga akhirnya..
Allah tidak akan menguji akan sesuatu, diluar batasan kemampuan hambanya.
Wkslm Yan. Kakchik faham Yan... itulah yang difikirkan. Allah Taala penentunya. Terima kasih ya selalu dtg memujuk kakchik.
ReplyDeleteKakChik, pls dun give up, ok.. Itu mgkin petanda awal.
ReplyDeleteIntan, insya-Allah I won't give up. Allah will hear me sooner or later. Hopefully you are right.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Zureen. Terima kasih kerana cuba memahami dan memberi kata-kata peransang begini. Kakchik pun faham akan perkara ini cuma realitinya kakchik ini orang biasa juga yang kadang-kadang lemah. Insya-Allah semuanya sudah mula kembali seperti biasa.
ReplyDeletesalam kakchik...dah belum rezeki kakchik..terima ajelah ... setiap kejadian ada hikmahnya..
ReplyDeletesemuga kakchik dan suami tabah menghadapi dugaan ni..
Assalamualaikum Kak Chik. Banyakkan bersabar ye kak Chik.
ReplyDelete"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
ReplyDelete"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg
paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
Semoga tabah, Kak Chik!!
(^_^)
salam kakchik,
ReplyDeleteberat rasa jiwa iza yg membaca..berat lagi beban yg kakchik tanggung..
moga kakchik dipasakkan pada ketabahan yang cukup kuat..
wkslm kak ina. iya, kami dapat menerima perkara ni dengan redha. peringkat awal tu menangis la jugak tapi cuma sebentar. sesiapa pun akan terasa sedih terutama bagi orang seperti kami yang telah agak lama menantikan cahayamata. terima kasih kak, kami sudah ok.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Suri. Insya-Allah segalanya sudah kakchik redha. Terima kasih ya.
ReplyDeleteDik Balqis, terima kasih banyak. Ayat-ayat tersebutlah antara penguat jiwa dan keyakinan kakchik untuk meneruskan perjuangan hidup dan usaha kami untuk mendapat zuriat. Insya-Allah kakchik akan tabah.
ReplyDeletewkslm iza. terima kasih dik. suratan takdir ini kakchik terima dengan redha.
ReplyDeletesalam kakchil... semoga kakchik sentiasa tabah menghadapi dugaan... Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hamba-Nya...
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletemaaf yer...lamat benar ummi coretkan kata2 di sini.
Semoga kak chik tabah memanghadapi semua ini.InsyaAllah...suatu hari nanti pasti ada rezeki buat kak chik dan hubby
sabarlah kak chik..Allah maha mengetahui segalanyya..ada hikmah di sebaliknyerr...insya Allah
ReplyDeleteWkslm Sha, terima kasih. Kakchik pun doa begitu juga.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Ummi. Takde apalah Ummi... tak perlu minta maaf... kesudian Ummi ke sini pun sudah amat mencukupi. Terima kasih banyak kerana mendoakan kakchik. Hanya Allah Yang Lebih Tahu sebanyak mana kakchik berterima kasih.
ReplyDeleteUmmi Abqari, insya-Allah kakchik sabar dan redha dengan ketentuan ini. Perancangan kita tak semestinya selari dengan perancangan Allah. Kakchik berserah aje.
ReplyDelete