Assalamualaikum.
Hari ni balik dari kerja, badan tiba-tiba saja terasa teramat-amat letih. Selepas Maghrib, selalunya kakchik mengaji Qur'an tapi malam ni kakchik mandi lewat. Kononnya nak hilangkan letih tapi lepas siap bersalin pakaian, mata ni macam tak sabar-sabar nak bertutup.
Kakchik ambil novel Handbags and Homicide cuba nak habiskan membacanya sebab masih ada beberapa mukasurat saja lagi. Sambil duduk di kerusi kakchik cuba membaca tapi sekejap-sekejap buku terjatuh ke lantai. Huh, memang mengantuk sangat dah ni.
Dari kerusi kakchik beralih ke lantai. Berbaring atas karpet sambil membaca lagi. Memang nak elakkan dari tertidur sebab Isyak belum masuk. Entah apa yang kakchik baca kakchik pun tak tahu. Dalam mamai tak mamai tu azan Isyak berkumandang...
Alhamdulillah... baiklah kakchik solat dulu tapi itu hanyalah mainan dalam minda je. Sebenarnya kakchik terlelap dalam setengah jam selepas azan Isyak. Sedar - baca buku balik, terlelap - hanyut entah ke mana tapi buku masih di tangan hehe. Akhirnya habis kakchik baca novel tu dalam sedar tak sedar tu.
Apa lagi, paksakan diri untuk bangun dan bersuci denagn berwudhuk dan solat Isyak. Bila dah selesai, mata pun dah terang semula. Di depan pc lah buat sejam dua.
salam, kakchik... ;)
ReplyDeletememang kalau terlelap pastu bagun balik jadi tak mengantuk. dni lak ni ngah prepare makanan2 nak sahur. ingat nak bangun sebelum subuh untuk sahur. tapi tadi terjaga dari lelap terus pk baik sahur skang je. cam konfem2 tak sedar lak before subuh kalau tdo ni. hehe... bangun subuh karang la jawabnya..
salam k.chik..syiannya sampai kepenatan bekerja seharian yer...pasni bykkan berehat yer k.chik..
ReplyDeletebila kita baca buku dan buku terjatuh memang itu mengantuk sangat kan..
ReplyDeletePernah umi shira tidurkan cucunya dalam buai.. last2, tangan umi terjatuh dari buai sebab dah ngangtuk sangat.. =)
samela kite kak cik, sy semalam pun lps dinner ngantuk sgt smpi duduk kat sofa tgk berita pun bleh terlelap! tido sambil duduk kat sofa, terjaga pukul 10 mlm sbb anak dara sy kejutkan, "ibu, csi dah start!" hehe...
ReplyDeleteSalam kak Chik,
ReplyDeleteKesian akak tengok kak Chik ni. Pasti macam2 urusan yang diselesaikan hari ini. Pastikan kak Chik dapat rehat yang secukupnya k. Malam ni bolehlah tidur awal sikit supaya permulaan hari esok bermula dengan kecergasan dan kesegaran.
wkslm dni, alhamdulillah bila hilang letih badan kembali segar. badan kita ni dia macam mesin juga kan. kalau selalu diguna tanpa rehat dan tanpa servis, peralatannya akan berkarat dan menyebabkan pergerakan yang terganggu. sama-samalah kita rehat secukupnya.
ReplyDeletep/s: dni puasa sunat syaaban ke?
wkslm k.atie,
ReplyDeletemacam tu lah kak. ada masa-masanya kerja berganda-ganda maka end resultnya jadilah macam malam tu hehe. insyaallah kakchik dengar nasihat akak tu.
shira, kes umi shira tu sama dgn umi kakchik hehe.
ReplyDeleteratna, hahaha.... bagus punya anak dara. kejutkan ibunya sebab CSI. actually kakchik pun sempat tengok sikit CSI tu.
ReplyDeleteWkslm kak azah,
ReplyDeleteTerima kasih banyak kak. Hari Khamis selalunya begitulah kak. Tapi kakchik dah berehat secukupnya, insyaallah.