Followers

29.8.10

Kalaulah kakchik bawa Qur'an...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah jam 4 petang ya. Tak lama lagi nak balik kerja dan nak ke MariBaca pula. Tadi lepas solat Zohor kakchik terus ke Kota Bharu kerana ada 2 urusan penting. Satu urusan di pejabat pos besar dan satu lagi di TMB. Oleh kerana urusan di pejabat pos lebih penting dan jarak pun lebih dekat, maka kakchik ke sanalah dulu.

Online pun ada Qur'an - Qur'an Explorer

Mashaallah kenyang 'makan jam' sebelum sampai di pejabat pos tadi. Alhamdulillah dah penat memandu dalam kepanasan cuaca dan jalan yang sesak, kakchik dapat parking yang mudah di dalam kawasan pejabat pos. Untung kereta kita kecik, menyelit masut side parking pun senang hehe.

Selepas ambil nombor, kakchik pun duduklah menanti giliran. Oleh kerana kakchik tengok orang tak berapa ramai, kakchik pun tak bawa buku atau al-Qur'an seperti biasa untuk mengisi masa menunggu. Tunggu punya tunggu, kakchik mula rasa menyesal. Kalau membaca ni entah berapa halaman yang berjaya dihabiskan.

Sayang sungguh. Nak keluar ke kereta, cuaca sangat panas. Duduk dalam pejabat pos dingin sekali jadi kakchik cubalah berzikir. Konon. Mula rasa mengantuk. Bila lah giliran kakchik ni? Ah... dah panggil dah. Selepas hampir 2 jam kakchik pun dapat berurusan.

Tapi kan, urusan kakchik tak berjaya. Pegawai tu kata, "Nampaknya line hang la dik. Mungkin sebab hari ni hari Ahad, sistem tak dapat nak connect dengan KL." Huhu... sedihnya. Masa terbuang begitu saja. Padan muka, sapa suruh tinggal Qur'an dalam kereta?

Lain kali kena letak dalam beg tangan. 

Entah sempat khatam atau tidak bulan ni. Moga-moga kakchik dapat isi masa-masa yang terluang dengan membaca al-Qur'an. Dan semoga kalian juga laju mengaji al-Qur'an di bulan ini. Kalau 'uzur' dengarlah bacaan ayat-ayat sucinya yang boleh dibeli dari serata tempat. 

Ruginya hari ni.

14 comments:

  1. kengkadang kalo menunggu lama lepas tu urusan kita tak boleh selesai..memang terbakar rasa hati ni... urusan JPJ ke kakchik?? kat KL ni masih ada pejabat pos/bank yg bukak hari Ahad, tp takde urusan JPJ..setakat beli stem/bayar bil boleh laaa...

    ReplyDelete
  2. slm kenal2 ya, slmt dtg ke blog kita. Call me CT.

    ReplyDelete
  3. betul kakchik, jika menunggu terlalu lama rasa sangat buang masa..... memang kena ada apa2 bahan bacaan dlm kereta, saya mathurat sentiasa ada sebab kecil dan ringan maklumlah handbag tidaklah besar mana utk letak buku.

    ReplyDelete
  4. bagusnya k.cik...
    rasa jelous sgt dgr org semua nk khatam qur'an...Bie tahun ni tk sempat khatam kot...itu pun dh curi2 baca kat opis jugak setiap kali tk berapa byk keje.
    1st time tk dpt khatam ni mujur kat opis ada buat mengaji quran secara group...tumpang khatam yg ni je laa...yg individu tahun depan kena khatam gak...

    ReplyDelete
  5. kalu dh lama2 menunggu mmg la baru kita rasa sesal cz xbw apa2 yg boleh kita isi masa.....kak nza pn slalu camtu....mula mata ngantuk cz xde apa2 yg nk dibaca.....

    ReplyDelete
  6. membaca buku atau surah2 Quran pada akak memang satu keperluan kan kak chik? Dulu akak selalu bawa novel tapi sekarang lebih suka bawa surah2 amalan yang kecik tu. Senang dibawa kemana2. kekadang urusan di kaunter ni ambil masa berjam2, rugi masa menunggukan kak chik?

    ReplyDelete
  7. Tiap kali tunggu anak balik dari sekolah, saya suka duduk baca majalah solusi atau apa2 buku motivasi...
    Bila baca buku kita tak sedar masa berlalu...dan kita sendiri pun kaya dgn ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete
  8. noorma, memang itulah yang kakchik rasa hari tu. bukan urusan JPJ tapi urusan dgn western union.

    ReplyDelete
  9. wan, selalunya kakchik bawa buku bersama tapi hari tu tangan penuh dengan bungkusan dan handbag pula penuh dgn buku nota, buku resit, buku cek dan mcm2 lagi. jadi kakchik tinggallah buku dan Qur'an dlam kereta. memang rugi sangat.

    ReplyDelete
  10. Bie, belum sempat khatam lagi ni. Baru ni 'uzur' dah seminggu lebih jadi kenalah keja-kejaran untuk menghabiskan bacaan. Nak ke tadarrus yg ramai2 pun tak sempat. bagusnya kat ofis Bie ada buat. Kami di Zahra' ni tak berjaya nak buat sebab kerja ikut shif.

    ReplyDelete
  11. kak nza, betul kak... dalam cuba nak berzikir tu rasa cam ada juga terlelap sebentar.

    ReplyDelete
  12. kak azah, betul sesangat tu. kakchik selalu bawa buku dan al-mathurat tapi selalunya suka membaca buku bila menunggu sebab lebih fokus. hari tu memang rugilah masa yang ada tu.

    ReplyDelete
  13. alasmal, ha'ah memang elok sangat cara mengisi masa tu. kakchik curi-curi masa untuk membaca bila trafik light tu lampu merah. sempat habis 1 @ 2 chapter.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs