Followers

26.8.10

Itu tak boleh Ini tak boleh, habis tu apa yang boleh?

Assalamualaikum dan salam pagi Ramadhan ke-16.

Alamdulillah... syukurkan sehari lagi kita dapat memulakan hari baru di bulan yang mulia ni. Kakchik dapat merasakan satu hari ni bakal menjadi satu hari yang penuh bermanfaat kepada kita semua. Insyaallah.

Baiklah. Kakchik nak sambung penulisan kakchik dari semalam pasal nak istiqomah dalam menutup aurat. Ramai orang tak suka bila selalu sangat kita menulis tentang aurat ni. Ada yang kata, "macam takde isu lain", tapi kakchik tetap juga nak bicarakan isu ini kerana ianya sangat dekat dengan kehidupan kita sebagai seorang ISLAM. Lainlah kalau anda BUKAN ISLAM. Isu ini tiada kaitan langsung.

Kadang-kadang sebab yang menjadikan orang malas nak baca pasal AURAT ni ialah kerana kita suka sangat menghukum tapi tidak menyediakan ALTERNATIF kepada masalah yang diperkatakan. Kali ni kakchik nak cuba berkongsi kefahaman kakchik pasal pakaian menutup aurat dengan menunjukkan mana yang tidak sempurna penutupannya dan jenis-jenis pakaian yang sesuai untuk menutup aurat dengan sempurna.

Cadangan dan idea kakchik ni untuk membantu, jika hati pembaca tak terbuka untuk mengubah penampilan diri sendiri, tanggungjawab kakchik sebagai saudara seagama sudah terlaksanan. Biarlah anda berurusan dengan Allah di akhirat nanti. Takdelah Allah nak marahkan kakchik kerana tak memberitahu.

Ok, mari kita tengok contoh-contoh pakaian wanita Islam kita yang MASIH tidak sempurna.

Kalau tengok gambar di atas, Baju Kurungnya sudah sangat memenuhi sebahagian besar syarat menutup aurat. Ianya longgar, labuh dan tidak menonjolkan bentuk badan. BAGUS sangat dah ni TAPI... sayangnya aurat rambut tidak ditutup. Jangan lupa, Nabi Muhammad saw ada menceritakan ramainya wanita di dalam NERAKA kerana tidak menutup aurat rambut di atas dunia.

Jangan pula ingat BILA DAH TUTUP RAMBUT kita dah menutup aurat... belum habis lagi tu. Yang comelnya malah sempurna menutup aurat ialah begini:

Semua pilihan pun ok cuma bila di kalangan yang ada lelaki ajnabi, elok pakai warna lebih suram.

 Begini pun ok juga:

Bukankah elok ni?
Banyaklah contoh yang elok ada di sekeliling kita cuma nak atau taknak ikut je. Berpakaian menutup aurat ni, niat saja dan dapat pahala, bila kita pakai pula lagilah dapat pahala sebab ia satu ibadah. Katakan, penampilan kita membuatkan orang lain juga mahu menjaga aurat, kita telah menjadi ejen dakwah. Dapat ganjaran lagi. Alangkah bagus tu.

Baju Kebaya adalah salah satu pakaian tradisi kaum wanita Melayu dan Cina Peranakan. Bagi wanita Melayu Islam, baju kebaya boleh dipakai, tapi biarlah kena dengan tempatnya dan potongannya. Kalau kebaya sendat seperti dalam gambar, itu HANYA SESUAI dipakai di hadapan suami. DI KHALAYAK RAMAI, sama sekali tidak lulus dari hukum menutup aurat.

Kenapa pulak? Ok, ianya ketat, menampakkan bentuk badan, kalau dibuat dari kain lace macam di atas, lagilah banyak tak kena - nampak kulit dan juga tak tutup rambut. KATALAH wanita ini bertudung dan labuh melepasi paras dada, MASIH TAK BETUL sebab kebayanya pendek, bila berdiri dan berjalan, boleh lihat lenggok punggungnya. 

JADI, kalau nak pakai kebaya kena cari yang macam ni:

Beberapa contoh Kebaya Labuh
DENGAN SYARAT, selendang itu dipakai menutup kepala hingga ke dada, bukannya diselempangkan di bahu atau di lengan. SALAH FUNGSI tu.

Inipun masih tidak sempurna:

Mungkin hanya yang no 2 dari kanan lebih sempurna.

Sebaiknya carilah t-shirt muslimah yang longgar dan tidak begitu jelas menampakkan saiz badan kita. Pemakaian t-shirt lengan pendek dengan INNER yang melekat di lengan adalah tidak sempurna kerana ia masih seperti TELANJANG, siapa melihat sudah tahu lengan kita itu kurus atau gemuk dan seumpamanya.

Yang berbaju merah tu bukan bertudung tapi sekadar menutup rambut.

Seluar pula, pilihlah yang macam ni:

Selesa, ladylike dan longgar.
Warna hitam adalah keperluan kerana boleh dipadankan dengan baju pelbagai warna.
Nnak berseluar tu bagi kakchik takde salahnya jika kita memilih seluar yang besar dan longgar seperti contoh di atas. Seluar jeans pun ada yang jenis wideleg ni. Kalau suka jeans, carilah yang macam tu.

Kakchik percaya teman-teman semua dah biasa jumpa gaya berpakaian seperti di atas. Di mana-mana saja kita akan terjumpa dengan fesyen sebegini. Astaghfirullahalaziim. SAYANG sekali... kakchik yakin, gaya ini termasuk dalam kategori BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG. Kalau kita masih berbuat begini, ubahlah... ubahlah dengan segera. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni. Insyaallah setiap perubahan kepada kebaikan akan lebih diberkati.

Pakai t-shirt muslimah lagi cantik dan menjaga aurat. Banyak sangat pilihan di pasaran sekarang ni. Nak pakai ke segala program dan aktiviti pun ada. Antara contohnya:

Dipadankan dengan seluar baggy atau skirt labuh, cantik juga.
Yang begini pakai ke pejabat pun sesuai kalau pandai disuaipadan.
Kitalah yang menentukan pakaian yang disarungkan ke tubuh kita. Ada seorang kawan dari USA yang baru beberapa tahun memeluk Islam berkata, "kenapalah orang-orang Islam ni berpakaian dan bertudung tapi banyak yang tidak sempurna. Kenapa tidak buat biar sempurna, kita juga yang untung." Malu kakchik membaca komen beliau.

Memang benar, di mana-mana saja, orang yang lahirnya Islam banyak yang tidak ambil berat pasal ajaran agama sendiri. Take everything for granted saja kita ni. Tak sayangkah kita pada agama kita ni? Sayang... habis tu, kenapa tak buat baik-baik apa yang Allah suruh?

Kita kena insaf diri. Janganlah kita biarkan saja kalau ada yang bertindak berani dengan memakai pakaian sebegini:

Mula-mula tengok gambar di atas ni, ingatan kakchik terus kembali pada satu petang di tepi Kota Sri Mutiara. Kakchik berselisih bahu dengan seorang wanita sedang berjalan sambil memegang tangan anak lelakinya yang masih berpakaian sekolah lengkap bersongkok. Wanita itu berpakaian begini dan juga bertudung. Allah saja yang tahu berapa banyak mata yang melihat dan mengumpat beliau. Kakchik kesian pada kaum sendiri yang seolah-olah terpaksa menutup aurat sedangkan ini bukan arahan manusia.

Ada juga yang hanya memakai tudung sebagai pelengkap menutup aurat (belum sempurna pun) bila mereka berada di Kelantan. Pelik sungguh. Ingat Allah tu hanya ada di Kelantan ke? Ini perkara benar berdasarkan pengalaman sendiri.

Teman-teman tersayang, marilah kita sama nasihat-menasihati, jom lah kita tutup aurat kita dengan SEMPURNA. Banyak sangat caranya dan senang pulak tu. Setiap kali menghadap cermin, berhias diri untuk ke mana saja, berdoalah agar Allah perelokkan akhlak kita sebagaimana Dia perelokkan kejadian kita. Sebagai tanda syukur Allah buat kita ni sempurna, boleh bernafas, sihat tubuh badan, kita balaslah dengan menjaga ciptaan-Nya ini dengan sebaik mungkin - MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.

Maafkan salah silap kakchik dalam tulisan ni jika ada. Tiada lain tiada bukan hanya untuk membantu setakat yang mampu. Harap membuka minda dan hati-hati kita semua, biar hidup kita lebih berkat dan masa depan di akhirat lebih baik.

Allahu'alam.

... bersambung


Sumber imej: 

23 comments:

  1. salam..
    kakchik, kbnykkan kwn sy berpkaian ttp aurt tp telanjg..sy dh bg nsihat tp x di endah...sy dh buntu..

    ReplyDelete
  2. kak, terima kasih saya sgt suka entry ini...benar ada yg suka menghukum memberi ulasan panjang lebar tanpa menyediakan alternatif,tak mustahil cara akak sampaikan ni bole membuka hati orang.insyallah

    ReplyDelete
  3. kakcik, saya suka selua rtu. saya tahu pun gambr dari mana.

    cuma tak dapat nak beli sebab kena charge postage mahal betul. eheh

    ReplyDelete
  4. salam kak chik,
    saya nak share yg ni juge! tq... :)

    ReplyDelete
  5. wkslm cahaya. kalau kita sudah nasihatkan banyak kali, janganlah pula kita jauhkan diri dari mereka. teruskan berkawan dlm masa yg sama kita jaga akhlak dan perhubungan kita dgn mereka. mungkin dengan lisan tidak berjaya, mana tahu dengan akhlak kita berjaya. tukar strategi. insyaallah ada jalannya cuma di akhirnya kita serahlah kat Allah.

    ReplyDelete
  6. sizuka, sama-sama. kakchik cuba memahami sikap para wanita yang susah nak mematuhi arahan Allah ini. menghukum membuatkan kita seolah-olah mengaku yang kita lebih baik dr orang lain. lebih baik kita menerangkan dr menghukum.

    ReplyDelete
  7. wawa, cantikkan seluar tu? hari ni kakchik ada beli sehelai yg nak serupa. murah je... kalau yg itu, huhu, nak kena ada banyak fulus.

    ReplyDelete
  8. salam kakchik..ni first time smp sini..tertarik bc entry kakchik ni..

    mmg btol ramai yg pakai tudung, baju tutup semua, tp sebenarnya masih seperti telanjang..

    sy pon skrgni tgah improve pemakaian sendiri sikit demi sikit sejak dh kawen ni..

    harapnya perubahan dpt dilakukan secara kekal.

    ReplyDelete
  9. salam kakchik, tahniah atas perkongsian yg sgt berguna =)

    like! ada button tekan like x? :D

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum kak chik,

    Alhamdulillah akak suka benar baca entry macam ni, terima kasih kak chik. Ia banyak juga mengingatkan bagaimana pakaian akak terdahulu dahulu dan akak memohon taubat agar ALLAH dapat mengampun dosa2 akak. Terima kasih kak chik. Teruskan usaha kak chik akak sokong 100%

    ReplyDelete
  11. wkslm bardboo.
    terima kasih sudi juga singgah kat sini.
    tahniah sebab mengambil inisiatif untuk berubah. kakchik doakan ianya datang dari dalam hati yang ikhlas, insyaallah perubahan baik itu akan berkekalan.

    ReplyDelete
  12. salam..kakchik..
    tq kakchik. sy bnyak lg nk share msalah sy dgn kakchik..kdang2 pkaian muslimah sy jd hinaan dan bhan gurauan dlm klangan kwn2 sy. ada yg kta sy ni mak cik psar mlm la, ada yg kta tdung sy blh gnti sayap superman la. kdg2 sy trut ktwa sbb nk jga ati mrka.tp ati kecil sy amt sdih skali.bkn stkat kwn2 sy shja..pnsyarah sy pn sma. kerana pmakaian sy, sy dimalukan dpn org ramai oleh pensyarah sy..=(

    ReplyDelete
  13. wkslm neem. terima kasih neem. button like baru letak.

    ReplyDelete
  14. wa'alaikummussalam kak azah.
    terima kasih atas sokongan kak. amiin. kakchik yakin Allah sudi menerima taubat hamba-hambaNya yang ikhlas. kakchik cuba yang terbaik dengan sokongan dari para sahabat.

    ReplyDelete
  15. wkslm cahaya.
    biarkanlah dik. cemuhan orang yang tak sukakan pakaian Islam ni takkan berkesudahan. apa yang penting kita teruskan cara pakaian menutup aurat kita dengan ianya sentiasa bersih, kemas dan rapi. tidak selekeh atau kotor. tampillah sbg muslimah yang paling confident bila berpakaian menutup aurat. lama kelamaan mereka akan terdiam dgn sendirinya.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum kakchik

    kak, ad banner di atas blog ini ada gambar wanita hampir telanjang. Sepertinya random karena gambarnya beda2.

    kalau nak beri advice, bagaimana untuk ikhwan? sering kita lihat wanita bertudung tapi ketat, etc. Tapi rasanya tak elok bercakap dgn wanita asing. Dan banyak mereka bilang, mind your own business, Allah tahu apa yg di hati.

    ReplyDelete
  17. Wa'alaikummussalam drenalin.

    Terima kasih beritahu pasal ad. Memang sukar sikit nak kawal apa yang keluar di situ kerana pengiklan yang berbeza2. Kakchik dah cuba sekat mana yang kakchik mampu. Harap2 lepas ni takde lagi keluar.

    Nak menasihati ikhwan kalau kita mampu menjaga batas pergaulan, silakan kerana kita harus menasihati saudara seagama. Tapi jika kita juga lemah, serahkan saja pada orang yang lebih baik. Bercakap dengan wanita asing atau lelaki asing, jika bukan kerana tujuan Islam, lebih elok dijauhkan. Mind your own business ini kalau dalam soal dosa pahala yang melibatkan orang lain, tidak boleh digunapakai.

    Teruskan amal makruf nahi mungkar sedaya yang kita mampu. Selebihnya serahkan pada Allah.

    ReplyDelete
  18. Bismillah
    Assalamualaikum
    Saya merasa kagum dgn usaha kakchik utk menegur dan memberi alternatif kpd muslimah dalam usaha utk mnutup aurat scr sempurna. masyaallah. semoga Allah memberkati usaha kakchik.

    Tetapi saya ada beberapa komen:
    1. Isu gambar:
    a) saya tdk pasti samada gambar yang kakchik ambil itu drpd internet atau persendirian. Jika kedua2nya benar pun saya merasakan adalah tidak perlu kakchik mendedahkan wajah mereka. Tidakkah itu mengaibkan si empunya diri? wajarkah kita mengaibkan seseorg sedangkan kita tidak tahu mungkin dia sudah bertaubat dan menjadi lebih baik drpd kita semua?

    cadangan saya apa kata kakchik cuma describe keadaan tersebut dgn tulisan atau mencari lukisan kartun yg berkenaan. Ini lebih menjaga kemaslahatan semua pihak.
    Adalah jauh lebih baik kita menutup aib seseorg muslim drpd mendedahkannya. Ada baiknya kakchik membuat pertimbangan yang wajar di antara keburukan mengaibkan dari keburukan tidak menutup aurat.

    b) pendedahan gambar2 yg agak menjolok mata walaupun utk tujuan contoh adalah tidak wajar kerana bertentangan dgn perintah Allah supaya lelaki dan perempuan menundukkan pandangan masing-masing.

    Untuk ini saya cadangkan kakchik tdk perlu sama sekali menunjukkan gambar tersebut kerana saya sgt pasti pembaca memahami dan mampu menggambarkan apa yang ingin disampaikan.

    2. Pendalilan:
    Saya merasakn pendekatan kakchik tidak berorientasikan ilmu kerana menampakkan seolah2 kakchik meluahkan ketidakpuasan. Saya minta maaf sekiranya teguran saya bertentangan dgn konsep teguran yang kakchik gunakan.

    Adalah AMAT dianjurkan agar kakchik menyertakan dalil2 yang sahih drpd Quran dan Sunnah yang berkaitan dgn isu yang dibincangkan. Sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah, apa lagi yang lebih penting melainkan Al-Quran dan Sunnah?

    Puncak dakwah kita adalah aqidah yang sahih. Pemahaman aqidah yang menyeluruh adalah dasar kepada setiap anjakan dalam diri seseorg. Seseorg yang berubah kerana rasa taqwa yang didasari oleh ilmu mampu menjamin amalan soleh yang berterusan. Semestinya menutup aurat itu termasuk dalam amalan soleh itu.

    Saya mohon maaf sekali lagi atas komen dan cadangan.
    And Allah knows best.

    ReplyDelete
  19. kak...sy baru nak bjinak ngan dunia islam n kalau boleh nak sangat terapkn sepenuh nya ilmu amal dan peraturan yg telah ditetap kan.dlm mpratikan ilmu yg amat sdikit d dada sy amat perlukan pendapat dan pbincangan dr semua rakan...malang nyew sy dapati sbhgian besar rakan seagama amat lah sukar utk d bawa berbincang mngenai fesyen wanita muslimah...ble sy kerap mutarakan bentuk pbincangan spt ini jwpn ny kadangkala mnyakitkan, antara ny:-
    "penat la isu2 ni..selalu diungkit oleh2 org2 tipikal agama..sedangkan byk lagi hal yg perlu di fikir..kalau nak dikira soal fitnah..semua pun dah jadi fitnah..tapi adakah kita mengikutnya??? Huhu..( tepuk dada gongcangla lagu poco2..ewwahhh~ ) nak kata bercople pun menimbulkan fitnah..keluar dgn skandal lama (takat anta balik jerr kott ) walaupun seorg yg terhormat dlm agama…pun dah jadi fitnah..apa lagi?"
    saya buntu sgt...seboleh2 nya saya nak sgt sama2 dgn diorg utk berubah jdi lebih baik lagi

    ReplyDelete
  20. Pls delete gambar sy dan kwn sy..ini sudah mengaibkan kami..sy tahu cik adalah seorg yg sempurna hingga sanggup mengambil gambar kami yg lama utk jdkan contoh yg x baik.. semoga Allah yg dpt balas..

    ReplyDelete

  21. Assalamualaikum..
    Salah satu gambar d atas adalah kepunyaan sy dan kwn baik saya..cik x sepatutnya mengunakan gambar kami tanpa kebenaran dan ini sudah mengaibkan kami. Ini gambar 3 tahun lepas dmana kami yg sekarang sedang belajar utk menjadi muslimah yg sopan santun. Apa perasaan pasangan kami dan juga keluarga jika melihat gambar spt ini dan contoh yg x baik utk di tonton umum. Saya harap kerjasama dpt di buat utk delete gambar berbju putih juga grey dan juga semua di atas. Adalah kita sesama muslim nasihat menasihati tanpa mengaibkan dgn menunjukan gambar tanpa kebenaran.
    Pls delete gambar sy dan kwn sy..ini sudah mengaibkan kami..sy tahu cik adalah seorg yg sempurna hingga sanggup mengambil gambar kami yg lama utk jdkan contoh yg x baik.. semoga Allah yg dpt balas apa yg anda telah lakukan..

    ReplyDelete
  22. Salam. Saya setuju dangan komen dari lovetut dan nahwanz di atas. Rasanya tak wajar publish gamba org lain tanpa kebenaran. Nasihat ikhlas dari kakchik sudah cukup utk pembaca semua. Tak perlu la mengaibkan sesama Islam. Saya yakin kakchik lebih arif.

    #hamba Allah yg tak sempurna#

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs