Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Selamat bersiap untuk ke masjid, solat Isyak dan terawikh berjemaah.
Dalam sedikit masa yang ada ni kakchik ingin berkongsi satu tulisan yang sangat menarik dari blog Ustaz Nor Amin. Tentu kalian pernah lihat video tentang Malaikat turun ke atas masjid dan Kaabah di Mekah. Mungkin juga kalian pernah membaca bloggers menulis tentang video tersebut.
Sumber imej dari Melurjelita.com |
Tapi, ada tak kalian terfikir, benarkah itu Malaikat? Ust Nor Amin menulis berkenaan hal ini dan eloklah kita baca dan buat penilaian semula. Jom baca!
Boleh Percaya Ke Video Malaikat Turun Di Kota Mekah Ni???
Salam dan selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog ini, saya doakan kepada semua semoga Bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari Bulan Ramadhan tahun lepas. Ramadhan merupakan bulan pesta ibadah yang diturunkan Allah kepada semua hambanya untuk membersihkan diri dari segala dosa yang telah dilakukan selama setahun.
Sebenarnya saya ingin mendedahkan satu video yang saya jumpa dalam laman web YouTube, kononnya ada seorang ternampak Malaikat turun ke Masjid Al-Haram atau Baitullah. Saya sebenarnya berasa pelik dan timbul persoalan dalam benak fikiran betul ke ada orang nampak Malaikat turun di Kota Mekah. Kesedaran ini berlaku apabila ada kawan-kawan di pejabat bertanya “Betul ke ustaz ada orang boleh nampak Malaikat?”. Yang saya tahu malaikat ini dinamakan sebagai sam’iyat (dengar) dan tidak boleh dilihat dengan mata kepala kita melainkan dengan izin Allah. Nabi dan rasul dahulu lainlah sebab mereka ini maksum dan manusia yang dipilih oleh Allah. Kalau setakat orang yang macam kita yang iman seperti papan saham BSKL ini memang payah dan memang tidak dapat melihat malaikat.
Saya juga pernah melihat di laman web popular Facebook mengenai video ini dengan tajuk Kebesaran Allah, Masyaallah, Malaikat Turun Malam Lailatul Qadar dan banyak lagi tajuk yang diberikan untuk menyebarkan video tersebut. Sebagai orang Islam, sepatutnya kena cari kesahihan video tersebut terlebih dahulu, bukan terus memaparkan video tersebut. Kalaulah video yang disebarkan ini salah dan berlaku penyelewengan pihak-pihak yang busuk hati kepada Islam. Maka secara tidak langsung orang yang menyebarkan video ini dalam Facebook juga mendapat dosa dan menyebarkan perkara dusta yang melibatkan akidah umat Islam. (minta diampunkan Allah) Hal ini juga boleh berlakunya penyelewengan kepada orang awam yang malas mengaji percaya itulah rupa malaikat yang sebenarnya. Secara tidak langsung, berlaku penyesatan akidah umat Islam yang boleh merosakkan iman mereka.
Lihat pada video tersebut, tak silap saya Baitullah di penuhi dengan orang yang berihram dan menunaikan haji. Tetapi ditajuk video ialah Malaikat Turun Di Mekah Pada Malam Lailatul Qadar. Ini sudah membuktikan bahawa berlakunya pembohongan yang nyata. Siap lagi di situ ada orang dan ambil video dan ada orang tunjuk lagi malaikat turun dari langit.
Cukuplah setakat itu, jangan lagi percaya kepada perkara yang tidak mempunyai fakta yang jelas. Ini melibatkan akidah, perkara akidah bukan main-main, silap-silap boleh terkeluar dari Islam dengan mempercayai video tersebut. Tindakan yang baik, kalau jumpa video atau gambar seperti ini, rujuklah dulu kepada orang agama seperti ustaz, mufti, tok guru dan sebagainya untuk mengetahui kesahihannya dan mengetahui komen mereka terhadap perkara ini.
Kakchik juga ada menonton video ini di fb dan pernah kata "I have goosebumps all over me watching this video." Memang kali pertama tengok terasa sedemikian tapi jauh di sudut hati terasa ragu, adakah ianya benar. Alhamdulillah ada tulisan Ust Nor Amin ni, kembali tersedar dari mempercayainya. Biarlah. Serahkan aje pada Allah Yang Maha Tahu.
Terima kasih Ust Nor Amin (http://www.ustaznoramin.com) kerana mengizinkan kakchik kongsikan tulisan beliau di sini.
terima kasih kak chik kongsi info ni...sy pun tertanya2 juga betul ke? bila tengok video tu...
ReplyDeletesalam ziarah kakchik
ReplyDeletesy ternampak video ni di fb, sebelum tu sy tak ingat bila,sy ada bercerita tentang pengalaman ke masjidilharam dgn seorg jiran,beliau ada bercerita tentang sahabatnya nampak malaikat turun tapi tak sempat nak rakamkan gambar/video.
bila video ni tersebar,sy termangu2 jugak bila membandingkan cerita yg saya dengar sblm ni...apa pun sy stuju dgn ustaz!
assalamualaikum kak chik. sy pun sblum ni cm2 jgak..ragu2.
ReplyDeleten..smlm kot..sy trjumpe vid ni, bukti yg vid 2 adalah palsu. moga bermanfaat. :)
http://www.facebook.com/home.php?#!/video/video.php?v=1172272202333&ref=mf
salam ziarah...dah tgk video tu, amatlah ragu ragunya, pasal kat situ mmg terlalu banyak lampu.
ReplyDeleteapa pon hanya ALLAH yang tahu
Assalammualaikum kak chik,
ReplyDeleteApa keistimewaannya kita ini sampai kita boleh melihat malaikat sedangkan Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim hanya dapat melihat malaikat dalam bentuk rupa seorang manusia yang sangat cantik dan bersih.
Akak ada merujuk pada ustazah di tempat akak dan pendapat beliau adalah sama dengan pendapat ustaz.
Adalah mustahil kalau dilihat dari segi logiknya sampai boleh rakam video di scene bus dan orang memandang malaikat itu terbang.
salam kak chik;
ReplyDeletedah lama tengok video nih kat FB...tapi ragu2 jugak .....diakhir video siap ada scene malaikat nih mendarat kat atas kaabah...siap nampak macam rupa orang yang bersayap....sebijik macam angel yang orang kristian bayangkan dalam cerita2 dorang tu kan....hmmm....maksum sangat ke orang yang mengambil video nih siap boleh nampak malaikat kan?
wallahualam
sama-sama suzi. semoga minda dan hati kita sama-sama terbuka dan lebih berhati-hati selepas ni.
ReplyDeleteselamat datang rose@ila.
ReplyDeletevideo ini mmg banyak di youtube dan di fb dengan macam2 tajuk.
nak percaya atau tidak terserah cuma kalau kita luaskan sikit pemerhatian kita, kita semua akan terasa sesuatu yang pelik.
anyway, cerita kawan rose tu kita serah kat Allah sajalah sebab di Mekah, banyak kejadian aneh dialami.
trm ksh ya singgah dan komen.
wa'alaikummussalam nab. terima kasih nad atas perkongsian video tu.
ReplyDeleteselamat datang indra qirana. mula-mula kakchik pun fikir itu semua pantulan cahaya lampu. memang betul, hanya Allah lebih tahu.
ReplyDeletewa'alaikummussalam kak azah.
ReplyDeleteada kemungkinan dah diedit kak. nak buat video yang laris memang mudah kak. agaknya video ini juga ada tujuan yang terselindung kerana umum tahu umat Islam ni suka yang pelik-pelik.
wa'alaikummussalam shiori.
ReplyDeleteha'ah, yg imej atas Kaabah itulah yg paling membuat kakchik sangsi. mana mungkin... kakchik suka: "maksum sangat ke orang yang mengambil video nih siap boleh nampak malaikat kan?"