Followers

14.8.10

Buntu Nak Masak Apa

Assalamualaikum dan salam Ramadhan Mubarak.

Pernah kawan-kawan rasa buntu memikirkan resepi apa yang nak dimasak setia hari? Sejak masuk bulan Ogos ni mood memasak kakchik menurun sikit tambah-tambah bila dah masuk Ramadhan ni. Kalau hari tak sibuk kakchik akan masak untuk makan malam tapi ada masanya membeli juga. Tapi makanan beli ni nak kena pilih betul-betul takut juga terkena penyakit jika tempat jualannya kotor atau hidangan tak bertutup.

Gulai Lemak Telur
Semalam kakchik cuti hujung minggu.Sebelah pagi tu ada juga hajat nak masak best sikit untuk berbuka tapi bila diingatkan kami berdua selalunya mudah kenyang dengan beberapa biji tamar dan air secawan, hati jadi tawar pula. Teringat pizza hari sebelumnya masih ada 1 hiris setengah dan cendol sirap masih ada semangkuk. Jadi cukuplah itu hidangan berbuka kami.

Yang jadi buntu ialah menu untuk makan malam dan sahur. Kakchik tak sempat ke pasar jadi perahlah otak mencari menu yang sesuai dengan bahan-bahan yang ada di dapur. Cadangan awal nak masak nasi goreng kampung dan goreng keropok. Cik abe suka tu tapi lepas Asar tu lain pula jadinya. Kakchik masak Gulai Lemak Telur... (resepi sempoinya di My Culinary Adventures)

Masak untuk dua orang nampak macam mudah tapi kena buat anggaran betul-betul agar tak membazir. Periuk pun guna yang paling kecil hehe. Terima kasih Mak sebab hadiahkan set periuk bertangkai tu., senang kerja masak-memasak. Hari ni mesti ke pasarlah tapi tunggu lepas habis kerja.

Jealous tengok kawan-kawan yang saban hari masak macam-macam. Kita aje yang liat nak memasak.

10 comments:

  1. Hari tuh kakchik kata dah lama tak masak lemak kan.. semalam kakchik masak lemak kan. heehehe

    Sedap nampaknya.. Apa resepinya kakchik? bolehlah kongsi..

    ReplyDelete
  2. hehe.sizuka pun buntu jugak nih.kot2 kakchik leh tulih resepi2 menARIK lg utk Ramadhan ni:)

    ReplyDelete
  3. shira, lepas cakap lama tak masak lemak hari tu kakchik buat sayur lemak :) yang semalam tu resepinya ada... kakchik dah tulis dalam entri kat mana nak tengok - My Culinary Adventures

    ReplyDelete
  4. sizuka, kakchik pun tak tahu sama ada resepi kakchik ni menarik atau tidak. kalau menarik silakan kalau nak tiru.

    ReplyDelete
  5. shira baru tahu yang My Culinary Adventures juga blog kakchik, blog masakan.

    shira ingatkan kakchik ambil resepi dari blog2 teman.. hehehehe

    shira dah tgk dah blog kakchik yang tuh.. memang ringkas2 je masakannya.. senang sket bg yg bujang2 mcm shira nih.. hee..

    utk berbuka nih shira msk telor dadar, sebab terliur kat telur dadar yg kakchik masak tapi ikut resepi shira lah.. sayur air dan juga udang+sotong goreng tepung.. hehe

    selamat berbuka semua, kakchik dan suami..

    ReplyDelete
  6. Salam kak chik,

    Gulai lemak telur tu memang sedap, mengingatkan akak masakan bonda akak. Kalau diingatkan memang buntu nak masak hari2..kalau ada private chef kan best.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Tetiba je terasa nak makan masak lemak telur ni...telur itik lagi best hu hu hu ...mana nak cari pepagi buta ni?

    Aduhaiiii...lain kali hantar la Bangi semangkuk ;)

    ReplyDelete
  8. shira, blog tu masih baru. kakchik sekadar nak simpan mana-mana resepi yang kakchik dah cuba. itupun mana yang sempat saja. sebab memasak ni satu adventure bagi kakchik.

    ReplyDelete
  9. wkslm kak azah. haha, private chef pun nak kena yang pandai mengambil selera kita kak. dibuatnya dia masak yang canggih2 tp tekak tak mau, sayang je :) ala... kak azah tentu pandai masak cuma tak nak cakap je

    ReplyDelete
  10. wkslm anyss. ha'ah kalau nak kira mmg telur itik lebih sedap. jauhnya nak dihantar gulai ni. kan belum sampai dah licin dimakan penghantar hehe

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs