Followers

31.8.10

Yang Lama Sedekah, Beli Yang Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar teman-teman semua di malam Rabu ni? Semoga semuanya sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia bersama keluarga masing-masing.

Alhamdulillah, kita kini menganjak ke hari yang ke-22 Ramadhan. Tentu masing-masing sudah sibuk membuat persiapan untuk menyambut Syawal. Petang tadi semasa kakchik ke kedai kakchik lihat punyalah ramai orang di dalam pasaraya sampai nak naik lif ke tingkat 3 pun kena tunggu agak lama.

Coach 909 beli dengan Nora's Collection

Sebagaimana yang kakchik pernah ceritakan kat sini, persiapan raya kakchik dah siap jadi takdelah nak sibuk-sibuk membeli-belah lagi untuk pakaian. Jadi kakchik hanya kemaskini dan sort semula segala koleksi pakaian yang ada dalam almari.

Mana yang masih elok tapi dah lama kakchik tak pakai seperti jubah, tudung, beg tangan dan kasut, kakchik asingkan dan sedekahkan kepada sanak-saudara. Sebut pasal beg tangan ni, koleksi beg hari-hari kakchik dah tinggal 3 selepas sorting.

Kebetulan pula ada kedai online yang menjual beg tangan imitation yang murah, cantik, seperti ori, kukuh cuma tidak ori je. Kakchik beli satu beg tangan coach imitation yang baru. Mula-mula beli, sampai kat rumah, adik tengok dia berkenan, so kakchik jualkan kat dia. 

Kakchik order yang baru. Kali ini coach imitation juga. Tak tahu kenapa suka sangat beli beg tangan coach imitation ni. Walhal imitation jenama lain pun banyak. Kakchik sebenarnya tak kisah beg tu ada brand atau tidak, asalkan ia kukuh dan harganya tidak lebih RM300 (limit) kakchik beli. Itupun mesti pastikan ia benar-benar digunakan sepenuhnya.

Kakchik tak beli yang ori sebab harganya terlalu mahal. Membazir juga nanti sebab kakchik tahu bukannya boleh tahan lama minat kakchik pada satu-satu beg. beli yang berpatutan ajelah. Bila dah bosan, jualkan atau sedekahkan aje pada yang sudi atau memerlukan.

Susah nak kawal nafsu bila duit ada di tangan.

10 comments:

  1. salam, kakchik...

    dni pon suka imitation punya jer. hehe.. kalo beli yang ori, sekali rosak adoyai rasa cam rugi tahap tak tahu nak cakap. baik beli imitation je... kalo tak pun, dni beli handbag rorine. :D suka beg2 rorine

    ReplyDelete
  2. setuju.bila duit ada, laju je.haha~

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak chik,

    Alhamdulillah, sememangnya adalah satu kepuasan apabila kita bersedekah barang2 yang kita sendiri tidak gunakan lagi apatah lagi melihat betapa gembiranya orang yang menerimanya. Tapi akak agak terkilan apabila beberapa hari lepas akak memberi baju2 kurung anak akak yang masih elok, cantik dan kebanyakannya sulam bermanik pada satu sekolah anak2 yatim Islam apabila akak lihat dari riak air muka gurunya macam tak mahu terima sangat sedangkan akak juga menghulurkan wang ringgit.

    Entahlah kak chik, akak bukan kasi barang buruk, kekadang lebih baik akak beri baju2 tu pada rumah2 anak yatim bukan Islam, mereka menerimanya dengan senang hati dan muka yg amat gembira.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    RM300 tu tak mahal? hu hu hu

    ReplyDelete
  5. salam kakchik..
    saya pun nak menyedekahkanla baju, tudung, baju bby, beg,,selain sedekah pada sanak saudara,siapa nak ye?

    ReplyDelete
  6. wkslm dni.

    betul juga tu. kalau beli mahal bukan kepalang bila rosak kuuus semangat. kakchik pun pakai beg rorine juga. murah pulak tu.

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam kak azah.

    Betul kak. Paling happy bila lihat wajah penerima yang manis dengan senyuman. Tapi kalau alami pengalaman macam akak tu sedih la juga. Ada ke macam tu mukanya. Mungkin standard dia nak tinggi kak. Allahu'alam. Mungkin hari tu dia tengah sakit perut kot sebab tu muka pun kurang manis.

    ReplyDelete
  8. Wkslm anyss. RM300 tu limit je tapi kakchik tak pernah lagi beli yang harga tu. Paling mahal dlm RM200 lebih sikit. Memang tahan lama sangat. Puas hati memakai.

    ReplyDelete
  9. Wkslm rose.
    Cuba buat iklan kat blog rose. Kakchik ada buat pos pasal nak sedekah jubah kakchik sebelum ni. Sesiapa yang nak hanya bayarkan pos je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs