Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sebelum tidur ni kakchik ingin nak memberi sedikit komentar tentang penghinaan yang dilakukan oleh sesetengah dapur hotel ke atas makanan bufet Ramadhan yang mereka sediakan. Entha tukang masak mereka itu Islam atau tidak kerana mereka sanggup memasukkan penambah perisa masakan dari jenis yang mengandungi arak dan alkohol. Astaghfirullah.
Print Screen dari myMetro |
Sepatutnya mereka mengambil berat isu halal haram ni kerana negara ini lebih dari separuh adalah orang Islam. Jadi, kita sebagai orang Islam ni, haruslah berhati-hati. Jangan sampai kita berpuasa tapi bahan haram yang masuk dalam badan kita semasa berbuka.
Isyk, inilah padahnya bila segalanya moden, bombastik dan plastik. Maddiyah menjadi raya dan halal haram semakin dikelirukan dan tidak diambl peduli oleh pihak-pihak yang mengambil kesempatan.
Berita lanjut boleh dibaca di Mediakini.com
“Ketika memeriksa di dapur makanan Cina dan barat, kami menemui deretan botol arak masakan dan sos beralkohol diletakkan di rak khas. Setiap botol arak dan sos itu kandungan alkohol melebihi 10 peratus.
“Selepas disoal siasat, tukang masak di hotel berkenaan mengaku mencampurkan arak dan sos beralkohol ke dalam masakan bagi menambah perisa hidangan.
“Tindakan mencampurkan arak ke dalam masakan yang kemudian disajikan dalam hidangan bufet berbuka puasa jelas perbuatan melampau dan memperdaya pengguna Islam yang berbuka puasa di hotel berkenaan,” katanya.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah
Kakchik sedang survey tempat nak buat majlis iftaar untuk kakitangan Zahra' ni. Ada plan nak buat di hotel tahun ni. Nampaknya kena fikirkan lebih dalam lagi.
jahat tauu dorang ni.. bg kita makan menda2 camtu..
ReplyDeletehurm..tak patut betul la..nk melariskan makanan pun sampai mcm tu sekali..
ReplyDeletehuhu sy pun ade bce cite ni dlm blog sorg rakan malam td.mcm2 hal tjadi sekarang.huhu~jauhkanlah dari kita.
ReplyDeleteJiya, memang betul jahat.
ReplyDeletehoney amour, itulah diorang ni tak fikir langsung sensitiviti kita.
ReplyDeletesizuka, asalnya kakchik malas nak tulis pasal ni tapi bila difikirkan ada juga sikit sebanyak kaitan, maka kakchik tulis jugak. mungkin ada rakan2 yang belum tahu ttg hal ni. moga Allah lindungi makan minum yang masuk dalam badan kita.
ReplyDeleteSebenarnya hanya 10% sahaja hotel di Kuala Lumpur ini yg diiktiraf halal oleh JAKIM. Yang lain memang meragukan especially hotel2 5 stars. Tak mustahil daging babi diletak sebelah menyebelah dengan daging lain.
ReplyDeleteNtah2 cake atau dessert yg dihidangkan pun diletak alcohol utk menambah kesedapan.
kak azah, kita ada maklumat ni tapi orang Islam kita ni memang tak sensitif. sebab tu lah agaknya ramai anak2 skrg yg nakal2 dan degil. makanan yg masuk sumbernya diragukan.
ReplyDeletenasib baik tak minat nak makan di hotel.