Followers

6.8.10

Keputusan 'Ramadhan Giveaway' KakChik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah... bersua lagi kita hari ni. Kakchik sedang happy sekarang ni sebab pelanggan Abaya Elegan hantar mesej bagitau dia dah terima abaya pagi tadi. Mesejnya sangat ceria dan menggambarkan betapa dia sangat gembira menerima abaya tersebut. Dan lagi bagus kini pelanggan kakchik ini telah pun memesan sehelai abaya untuk ibunya dan adiknya juga sedang mencari abaya untuk dipakai di hari raya nanti. Alhamdulillah. Lagi menggembirakan ialah dalam kami dok berurusan tu kakchik dapat tahu beliau ialah rakan seuniversiti dulu, Mashaallah... sungguh tak sangka. Dan kini kami juga dah jadi kawan di FB. Allah itu Maha Tahu betapa kakchik suka menyambung silaturrahim dengan teman-teman lama dan baru.

Baiklah, sebagaimana yang kakchik dah maklumkan dalam post sebelum ni, hari ini ialah hari kakchik mengumumkan keputusan pemenang 'Ramadhan Giveaway" yang kakchik buat beberapa minggu yang lepas. Selepas kakchik cek tadi, ada 8 penyertaan semuanya. Terima kasih banyak kepada semua peserta di bawah:

Niza said...
Assalamualaikum k Chik. Niza teringin nak join giveaway kak Chik yg terulung kalinya ini. Untuk pengetahuan kak Chik dan semua, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia disisi Allah swt. Banyak hikmah terdapat didalamnya dlm meningkatkan ketaqwaan kpd-Nya. Dan perkara yang paling menarik tentang Ramadhan bagi niza adalah Solat Tarawih. Ini kerana segala dosa yang dilakukan sebelumnya akan diampunkan Allah swt, bg yg mendirikannya dgn penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan-Nya. Almaklumlah, kita takkan dapat lari dari membuat dosa, besar atau kecil. Inilah salah satu cara terbaik untuk kita bertaubat. Wallahua'lam..

url: http://nizarazi.blogspot.com/2010/07/ramadhan-giveaway.html
my email: jaji_81@yahoo.com
wanita mustanir said...
'Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?

Bagi shira, perkara yang paling menarik tentang Ramadhan adalah pahala yang dilipatgandakan.. even benda yang remeh..

Biasanya paling bermaksud the best tapi Ramadhan bagi shira bukan hanya satu..Kerana Allah telah menjadikan satu malam di bulan Ramadhan ini yang nilainya lebih baik dari seribu bulan, untuk umat Islam beribadah di dalamnya. Jadi, tidak hairanlah jika orang-orang Mukmin dan Mukhlis sentiasa berlumba-lumba untuk menggapai segala kebaikan yang ada di bulan ini. Rasulullah bersabda,

“Sesungguhnya telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, Allah mewajibkan atas kalian berpuasa. Dalam bulan ini dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa terlepas kebaikannya, sesungguhnya telah terlepaslah ia” [HR an-Nasa’i dan Ahmad].

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mewajibkan kita berpuasa agar kita menjadi hamba-hambaNya yang bertaqwa, firmanNya,

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” [TMQ al-Baqarah (2):183].

Wallahulam..

Emel shira di : mas88.angah@gmail.com
petite_girlz07 said...
salam....
ida dh tukar dah post 2 letak kt komen kak cik nie..terima kasih sbb tgur ida tow....
uhuhuhuh

Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?'
perkara menarik tentang Ramadhan bg ida adlh saat pegi ke masjid tok solat terawih bersama-sama ma dan abah....sgt bes....sbb jarang bkumpul ramai2 ngn org kg.....leh kukuhkan ikatan silaturrahim....bes sgt...dan satu lg yg menarik tentang Ramadhan adalah ia memg mguji kesabran nafsu mkn dan perasaaan yg nak marah bler time lapar memuncak..huhuhuhuhuh
:email:(petite_girlz07@yahoo.com )

nie URL blog ida:
http://namaku-ida.blogspot.com/2010/07/contest-ramadhan-giveaway.html

selamat menyambut bulan ramadhan yer...
m u l u t m u n c u n g said...
salam kakchik...

Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?'
bagi saya time pose ni seronok...sahur ngan family....
buka ngan family....
dpt wat amal....
masa terasa panjang utk wat ibadah....
dapat tolong mak masak2....seronok !!!
dpt kuar jln2 ngan ayah g bazar....
dpt g masjid ngan kuarge....
kalau kat kolej...dapat merapatkan lagi ukhuwah ngan kwn...
iftar dlm dalang....mkn ramai2....syok !
time pose bkn utk letiy2...tp lagi cergas....
best sgt !!

khuratulaqyun.blogspot.com
NORAIN said...
salam kakchik...
ain dah buat post pasal ramadhan giveaway tu kat blog ain...

skang ain tinggalkan komen berkaitan tajuk. sorry kakchik terpanjang plak. kakchik tak baca pun takpe, ain tak kisah...ain mmg suka membebel camni...heheh

Bagi saya bila tiba Ramadhan, perkara yang menarik adalah solat terawih di malam harinya. Solat terawih yang Allah sediakan istimewa hanya di bulan Ramadhan. Masa ni kita akan berkumpul bersama-sama menunaikan ibadah kepada Allah. Bukan la waktu lain kita tak berkumpul untuk beribadah, tapi berbeza suasananya dengan solat terawih di bulan Ramadhan ni. Bila dah berkumpul tu, tentu sekali akan terjumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa, tak kira la kawan yang muda atau yang tua. Macam saya kat kampung ni, time macam ni la dapat jumpa makcik-makcik sekampung yang jarang jumpa. Kalau nak ziarah rumah ke rumah tu, entah bila la agaknya.

Ramadhan juga menarik bagi saya sebab bulan Ramadhan ni la adik beradik dapat berkumpul kat kampung. Abang-abang dan kakak-kakak saya semuanya sudah berumahtangga dan tinggal berasingan dari mak. Jadi bila tiba bulan Ramadhan, mereka akan cuba juga pulang ke kampung walaupun sekali sebab nak ambil peluang berbuka dengan keluarga terutamanya mak. Saya suka sangat suasana tu, sangat-sangat suka. Duduk berbuka ramai-ramai, ditambah dengan riuh rendah anak-anak saudara. Ah! Saya rindukan saat tu. Saya dah lama tak berpuasa di Malaysia. Tahun lepas cuma dapat beberapa hari je berpuasa di Malaysia. Saya tunggu sangat saat begitu Ramdhan tahun ni. Mudah-mudahan Allah beri saya peluang untuk merasainya lagi.

Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang dituntut untuk kita khatam satu Al-Quran. Jadi saya akan ambil peluang tu untuk saya khatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan. Bukan la maksudnya bulan lain saya tak boleh nak khatamkan, cuma bila tiba Ramadhan, semangatnya berbeza. Ditambah dengan tadarrus Al-Quran di surau, masjid dan sekolah juga (ketika saya di zaman sekolah). Sebaiknya Al-Quran haruslah kita baca pada setiap hari. Al-Quran adalah salah satu pendinding untuk diri kita dari perkara yang tidak baik, jadi tak perlu la nak pakai tangkal dan sebagainya, cukuplah Al-Quran yang Allah turunkan.

Lagi satu yang menarik adalah bazar Ramadhan. Oh! Tak tahu kenapa saya sangat suka pergi bazar Ramadhan. Kat bazar Ramadhan ni juga tempat mengeratkan hubungan kita sesama manusia terutamanya mualim. Percaya tak? Sebab setiap kali saya pergi bazar Ramadhan, ada saja saya jumpa orang yang dah lama saya tak jumpa. Tak kira sanak saudara yang jauh mahu pun dekat, guru-guru saya, kawan-kawan saya, orang kampung dan ramai lagi la. Tu sebab kadang-kadang saya pergi bazar Ramadhan tak beli apa pun, cuma seronok jumpa orang yang dah lama kita tak bersua.
INFINITY said...
Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?

Kalau rasa nak balik perangai lama, masa tu lah Ramadhan betul-betul nak ketuk pintu sambil pesan "Hah, nak balik asal masa bulan mulia datang melawat?"

Ramadhan adalah REFRESHMENT! :D
C.M. said...
aku merindui ramadhan yang penah aku lalui beberapa tahun lalu..
|| A r a W a n i || said...
Salam kakchik..
Ara join GA kakchik tau.
Ada juga buat post, cukup sekadar berkongsi. (Kalau ada ilmu dalam post ara tu lah ye kak chik. Hihi)

Perkara paling menarik tentang Ramadhan:
1. Dapat bersolat tarawih beramai2
2. Ada malam Lailatul Qadar. Kita suprise, xtahu malam yg mana satu, jadi takut untuk melepaskan sepuluh malam yang terakhir begitu saja..
3. Tahu doa kita pada bulan ini makbul.
4. Ganjaran yang hebat bila kita baca Quran.
5. Dapat sama sama berkongsi juadah di masjid.

http://eyeliner13.blogspot.com/2010/07/keistimewaan-ramadhan-al-mubarakh.html

Kalau mengikut syarat yang kakchik sediakan, hanya 5 pemenang sahaja yang layak menerima hadiah. Memandangkan ada 8 peserta, kakchik rasa baiklah kakchik bersedekah lebih sikit dengan memberikan hadiah kepada kesemua peserta. Ini kerana kakchik amat berterima kasih atas kesudian mereka menyahut cabaran soalan mudah yang kakchik sediakan. Jazakallahu khairan kathira.

Jadi, tak perlulah kakchik membuat rakaman video kerana cukuplah kalian dapat membaca setiap jawapan peserta yang kakchik quote di atas.

13 comments:

  1. Salam kak Chik,

    Seronok baca Ramdhan Giveaway dari pembaca2 blog kak Chik..dalam tak sedar akak terlepas rupanya memberi pendapat. Tak pe next year boleh cuba. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah.

    ReplyDelete
  2. salam kakchik..

    tahniah kepada semua pemenang... :)

    ReplyDelete
  3. Salam kakchik,

    terima kasih atas giveaway Ramadhan ini.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. saya berkira2 nak join juga ga kakchik tapi berkejar2 nak balik kampung haritu....

    dah kuar result yer.... tahniah kepada semua peserta...

    ReplyDelete
  5. Wah!
    Alhamdulillah..
    dapat GA dri kakchik..
    Thanks kakchik...

    ReplyDelete
  6. kakchik ya habibati fillah...
    syukran jiddan2.....
    speechless....

    ReplyDelete
  7. Wkslm kak Azah. Baguskan para peserta memberi respon. Agaknya kalau akak sempat masuk, tentu akak pun ada dlm senarai penerima juga.

    ReplyDelete
  8. Wkslm cikmin. Terima kasih. Moga2 para penerimanya sudi la singgah dan baca keputusan ni.

    ReplyDelete
  9. Wkslm shira. Sama-sama. Nanti kakchik hubungi semula.

    ReplyDelete
  10. Takpelah wan... terlepas peluang kali ni. Jika umur kita panjang, tahun depan kakchik nak buat lagi, bolehlah wan join.

    ReplyDelete
  11. afwan ya adik mulutmuncung :)

    ReplyDelete
  12. salam kakchik...
    terima kasih kakchik...
    seronoknya saya...

    maaf la kakchik, saya baru je dapat on9 hari ni..jadi terlambat dpt berita gembira ni...
    semoga ALlah tambahkan n murahkan lagi rezki kakchik sekeluarga dan kita semua ameen!

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs