Followers

3.8.10

Shopping for books and lunch at Noodle Station

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian semua hari ni? Kakchik, alhamdulillah baik-baik saja. Sekarang ni kakchik di bahagian Resepsi mengawalselia para pengunjung yang mula ramai. Pelajar-pelajar sekolah dah balik jadi sebahagiannya akan singgah di sini.


Semalam talian Internet di Zahra' ni terputus sepanjang hari jadi kakchik, kakmar dan dila keluar membeli-belah buku-buku perpustakaan di Popular Bookstore. Sambil shopping buku, kakchik beli juga bahan bacaan untuk perpustakaan peribadi. Lagi banyak berhabis berbanding beli buku untuk Zahra' hehe.

siapa yang tak tergoda
Oleh kerana Ramadhan pun dah tak lama lagi, kami bertiga berjanji untuk makan tengahari di luar. Kakchik cadangkan Noodle Station lagipun hanya perlu naik setingkat je dari Popular Bookstore tu. Kami tak singgah di SMO sebab nak membeli dengan harga diskaun menggunakan kad keahlian Popular kepunyaan kakchik. Dapatlah 10 - 20% diskaun.

kakchik punya
kakmar dan dila punya


Makan di Noodle Station, alhamdulillah... sedap-sedap makanannya. Kami bertiga order hidangan yang enak-enak. Syukur... kalau tidak bimbang membazir pula. Lagipun kali ni makan-minum ditanggung oleh Zahra', FREE... siapa tak suka kan?

Zahra' punya.
Buku-buku tu kami sama-sama pilih mengikut keperluan. Bajet tak banyak, dalam RM300 lebih je tapi cukuplah setiap 3 bulan sekali pengunjung akan dapat membaca buku-buku baru. Bosan juga kalau asyik tengok buku-buku lama. Buku-buku baru tu kami letakkan di rak New Arrivals kat Ruang Keluarga supaya senang menarik perhatian pengunjung yang masuk. Alhamdulillah, nampaknya setakat ini memang berjaya.

kakchik punya
Kejap lagi syif kakchik akan tamat. Pengunjung pun dah makin ramai ni. Bunyi ting-tong lif pun berulang-ulang dah. Tanda makin ramai yang naik ke tingkat 1 dan 2. Kakchik pun nak masuk rehat, solat Zohor dan makan tengahari. Hari ni makan nasi berlauk je.

Jumpa lagi. Wassalam.

14 comments:

  1. wah bestnye byk buku baru:)

    ReplyDelete
  2. salam kakchik, dah lawa ye kedai buku muda osman tu tp ni kat lokasi mana ye? byk nostalgia kat kb tp takde hajat dh nk pndh blk ke kb he3 :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak mee di noodle station ye

    ReplyDelete
  4. Salam kak Chik,
    bestkan gi shopping ni..satu therapy diri..tadi akak keluar gak gi Alamanda, Putrajaya saje dok mencari album Maher Zain tu.. Singgah MPH hajat di hati nak beli buku pakai voucher MPH tapi teringat anak nak beli buku collection vampire nya so tak jadi beli buku tapi tertarik ngan handbag lak..hehehe tadi singgah VINCCI..terjumpa kasut raya kak chik..waduh! memang cantik kak chik.

    ReplyDelete
  5. wkslm intan. kedai buku muda osman dah byk cawangan skrg ni intan. yg tu cawangan dalam kb mall. kalau tak silap kakchik, dah ada 5 cawangannya di KB.

    ReplyDelete
  6. Wkslm kak azah,
    Shopping mmg terapi kak. Hehe... tak beli pun takpe tapi kalau dapat membeli lagilah seronok.
    Huhu, akak beli tak kasut tu?

    ReplyDelete
  7. fahmi, alhamdulillah memang suka dan seronok membaca.

    ReplyDelete
  8. Noodle station nih restoram francais ke?? Shira tak berapa suka mee tapi kuey teow sangat suka.. hee

    ReplyDelete
  9. Salam kak chik

    Saya baru je terjumpa dgn blog kak chik yang sangat menarik nih!keep it up kak chik!

    Cuma ada kemusykilan, noodle station tuh dah dapat sijil halal jakim ke?saya cari di directory jakim takde. saya pnah tanya outlet di putrajaya mana sijil jakim pekerja kat situ tergagap2 nak jawab. teringin juga nak makan di situ tapi was2 pasal sijil halal dia.

    thanx for info!

    ReplyDelete
  10. shira, kakchik rasa NS ni francais. kuey teow pun ada.

    ReplyDelete
  11. Wkslm mummy umar,

    Terima kasih ya atas sokongan mummy umar ni. Insyaallah selagi mampu kakchik akan terus menulis di sini.

    Kakchik perasan kat NS KB Mall tu ada sijil Halal tapi tak teringat pula nak ambil gambar.

    Kakchik nampak tukang masaknya seorang Muslimah tapi nak lebih yakin kenalah tengok bahan2nya. Nanti kakchik cuba cek sekali lagi. Setakat ni kakchik masih yakin halal.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs